Resepi Bubur Lambuk Sedap Dan Mudah Guna Rice Cooker Untuk  Buka Puasa | Tiap kali tiba bulan puasa, antara menu yang jarang sekali muncul adalah bubur lambuk. Bubur lambuk bagi setiap negeri ni selalunya agak berbeza berdasarkan jenis bahan dan cara memasaknya. Ada bubur lambuk yang letak santan dan ada yang tak letak santan. Makin seronok bila dapat bubur lambuk yang di masak secara gotong royong di masjid. 

Sesekali bila nampak bubur lambuk rasa teringinlah jugak. Tambah-tambah kalau nampak pakcik yang masak bubur lambuk kat Kampung Baru tu. 


Bercakap mengenai bubur lambuk. Menurut pembacaan resipi asal bubur lambuk ini ia diasaskan oleh seorang warga Pakistan, Allahyarham Said Benk pada tahun 1949. Dah lama benar bubur lambuk ni. Resepi turun temurun.  Dikatakan resepi bubur lambuk Kampung Baru hingga kini masih tetap mengekalkan resepi turun temurun mereka dengan penggunaan herba, rempah, bawang putih, santan, minyak sapi, minyak kelapa, garam secukup rasa dan sebagainya. Patutlah maintain sedap!

Antara bubur lambuk yang paling popular adalah resepi bubur lambuk daging dan resepi bubur lambuk ayam. Nak nak kalau guna daging tetel, pergh memang terangkat habis!

Di sini akan dikongsikan satu resepi bubur lambuk yang sangat simple tapi sedap, InshaAllah. Bagi yang rasa teringin nak makan bubur lambuk terutama di bulan puasa, maka bolehlah di cuba resepi bubur lambuk yang mudah ni. Resepi ini dikongsikan oleh Nuhaz Kitchen dan cara memasaknya hanya dengan menggunakan rice cooker.

Resepi Bubur Lambuk Sedap Dan Mudah Guna Rice Cooker 

Bahan-bahan untuk masak Resipi Bubur Lambuk :

• 1 1/2 pot beras - basuh , rendam selama 15 minit dan toskan
• ayam atau daging - dihiris kecil , basuh dan toskan
• perencah sup adabi 1 bungkus
• daun sup - dihiris kecil
• 1 batang carrot - potong dadu
• 1 biji ubi kentang - potong dadu
• 4 ulas bawang putih
• 5 ulas bawang merah
• 2 inch halia
• 1/2 sk serbuk lada hitam
• 100 ml santan
• 2 liter air
• bawang goreng
• gula dan garam



Cara Buat Bubur Lambuk Sedap Untuk Buka Puasa :


Cara-cara

1. Blend halia , bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga halus.



2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.

3. Kemudian masukkan 1 bungkus perencah sup dan kacau.




4. Masukkan daging dan kacau dalam 1 minit.



5. Masukkan beras dan kacau rata.



6. Masukkan beras ke dalam rice cooker.

7. Masukkan air , ubi kentang dan carrot.

8. Masak sehingga beras kembang.


9. Bila beras dan kembang , masukkan santan , gula , garam , serbuk lada hitam , daun sup dan bawang goreng.



10. Kacau sebati dan masak lagi sehingga beras hancur.



Jika dilihat semula resepi bubur lambuk ini hanya menggunakan bahan-bahan biasa. Jumlah santan yang digunakan juga hanyalah sedikit saja. Walaupun ini bukanlah resepi bubur lambuk viral namun ianya benar-benar boleh hilangkan rasa teringin nak makan bubur lambuk di bulan puasa. Jika nak beli memanglah boleh tapi belum tentu lagi sedap dan mengikut kehendak kita kan?

Jika kebetulan nak buat bubur tanpa menggunakan santan juga boleh. Santan tu boleh saja diketepikan cuma mungkin rasanya ada sedikit berbeza. Keistimewaan bubur lambuk adalah ramuan herba dan rempah.
Cuma seiring dengan peredaran masa maka bubur lambuk sekarang ada yang agak susah di masak dan ada yang sangat simple namun tetap sedap. Sebagai contoh resepi ini yang hanya di masak menggunakan rice cooker. Boleh buat sorang-sorang kat rumah untuk dinikmati bersama ahli keluarga tersayang. 
Selamat mencuba.... 







Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.