Header Ads

Ini Rumah Ke Zoo?


Ini Rumah Ke Zoo? Kalau ada sesiapa tanya macam tu kat aku, memang sah-sah aku akan jawab, "Ini zoo!"

Sebab apa aku jawab macam tu?

Sebabnya rumah aku ni memang dah agak lama riuh rendah seperti berada di zoo. Dengan suara riuh rendah anak bermain yang boleh menangis bergaduh bila-bila masa kerana berebutkan sesuatu, dengan suara encik asben yang kadang-kadang memarahi anak-anak kami dan semestinya dengan suara aku yang pot pet bebelkan sesuatu (namapun pompuan). Semuanya bercampur menjadi satu di dalam rumah kecik aku ni. Kalau awak seorang yang jenis sukakan kedamaian gerenti tak boleh duduk lama dalam rumah ni. Huhu..

Dan part yang paling penting sekali ialah.... memang ada banyak 'haiwan' di dalam area rumah aku. Bukan haiwan yang sengaja  mahu datang bersinggah seperti lipas, semut dan burung tu tapi haiwan yang memang telah di iktiraf kerakyatannya di dalam kawasan rumah aku ni.

Terus-terang aku memang tak pernah ada haiwan peliharaan. Bukan sebab aku benci binatang tapi sebab aku tak boleh beri tanggungjawab penuh pada mereka dan lagi satu sebab aku takut kehilangan. Aku ni kalau sekali dah jatuh sayang memang aku sayang habis-habis dan haiwan ni pula jangka umurnya tak sepanjang kita jadi aku memang tak sanggup nak tahan sedih masa kehilangan tu. Itu sebab aku buat keputusan untuk jauhkan diri dari memiliki haiwan kesayangan ni. Aku cuma fokus menjaga anak-anak je. 

Walaupun macam tu, aku langsung tak boleh nak sekat minat asben dan anak-anak aku yang cukup suka pada binatang. Lagipun dalam rumah ni hanya aku soranggg je pompuan, so memang aku akan kalah tanpa perlu bertanding dan secara automatiknya telah berkembanglah perkataan 'zoo' tadi ke atas rumah kecik aku ni. Tapi itu tak bermakna aku akan mengalah begitu saja... No! No! No!

Di sebabkan aku kurang berminat soal ni dan di sebabkan juga aku orang ke dua tertinggi dalam kedudukan pangkat di dalam rumah ni (semestinya suami no1), maka encik asben memberi aku peluang untuk meletakkan satu syarat. Dan 1 syarat yang aku telah tetapkan ialah.... "NAK BELA, JAGA SENDIRI! fullstop" Hahaha... yes!!

Dan itulah akhirnya yang berlaku. Aku sama sekali tak masuk campur dalam soal penjagaan haiwan di rumah aku ni. Hanya encik asben dan anak-anak yang pantau semuanya.

Meh aku perkenalkan penghuni lain dalam rumah aku ni.............

1st, Mr. & Mrs. Hamster bersama baby-baby nya. Hamster ni di beli atas permintaan anak ke tiga aku yang kini berumur 8 tahun (darjah 2). Memang sengaja asben aku tak beli pakai duit dia sebabnya anak ke tiga aku tu memang teruja habis nak kan si hamster ni, jadi alang-alang dia teruja kami suruh dia kumpul duit sendiri kalau nak beli. Akhirnya, walau makan masa agak lama tapi berjaya juga. Dari kos mula beli sepasang hamster (RM10 seekor), sangkar (RM45 sebuah) dan kuaci semuanya gunakan duit simpanan anakku. Alhamdulillah, di sebabkan hamster ni juga lah kini amalan menabung dah melekat kat jiwa anak ke tiga aku tu. Setiap hari pulang dari sekolah mesti dia bawa balik 50-60% dari duit saku dia untuk di masukkan ke dalam tabung. Bila tabung dah penuh aku sendiri yang akan bawa dia ke Bank Tabung Haji untuk latih dia cara-cara menyimpan duit di bank. Kalau tak silap duit dia menyimpan sendiri yang ada di bank sekarang dah cecah beberapa ribu (kalah simpanan aku! malunyaaaa...)

Seterusnya, Cik Turtle....
Aku sendiri dah tak ingat berapa lama dah Cik Turtle menjadi penghuni rumah aku ni. Yang aku pasti masa beli dulu size dia lebih kurang 3 jari aku ni jer. Jantina pun tak dapat nak di kenal pasti. Cuma yang aku tau, memang letih juga jaga mereka berdua ni. 2-3 hari sekali mesti kena tukar dan basuh bekas dia tu. Kalau tidak dia punya bau mak oi.. pening lalat aku. Ini pun anak sulung aku baru je tukar air dalam bekas tu 2 ari lepas, tapi dah keruh semula. Jawabnya dia balik sekolah petang nanti, dia nak kena tukar pula lah tu. Bab Si Turtle memang anak sulung aku yang incharge sebab dia sendiri yang bersungguh minta en.asben aku beli. Tapi macam aku cakap awal tadi, aku tak perlu campur bab penjagaan, diaorang nak bela, diaorang jugalah yang kena bertanggungjawab.

Ohya, Cik Turtle sekarang dalam proses pembincangan untuk dipindahkan ke 'rumah baru' sebab dah tak muat dengan bekas yang di huninya sekarang tu..

Sekarang giliran Cik Nab!!
Bermula dari sepasang kini keturunan Cik Nab semakin bertambah. Kalau nak di kira betul-betul rasanya dah genap 10 ekor ahli keluarga Cik Nab tapi sayangnya sekarang dah tinggal 5 ekor. Ada yang kena curi dan ada yang dah mati akibat di gigit dan di bunuh oleh kucing jiran yang 'kurang di ajar'. Aku tak salahkan kucing, aku salahkan tuan kucing sebab tak pandai jaga dan didik peliharaan dia, tau main bela jer... Sekarang ni asben buat sangkar yang lebih besar dan selamat di belakang rumah. Cik Nab hanya di benarkan bermain di halaman rumah sewaktu petang itupun dengan pengawasan. Tak berani dah nak lepas main begitu saja tanpa pengawasan macam sebelum ni.


 Cik Yam ni absen baru je start bela itupun secara tak sengaja selepas berjaya selamatkan salah sekor tu dari dalam longkang. Masa tu cik yam baby lagi, suami hala pergi ke masjid dengan motor terdengar bunyi seekor anak ayam. Hala balik dia dengar lagi kali ni dia behentikan motor dan cari. Terjumpa ada di dalam longkang dalam keadaan kotor dan basah. Asben terus bawa balik dan tak berapa lama lepas tu asben beli lagi 2 ekor anak ayam buat kawan Cik Yam tadi. Total ada lah 3 ekor cik yam yang sedang membesar seperti juara. Aku dalam diam happy juga bila ada cik yam sebab kalau ada lebihan nasi boleh beri diaorang je makan. Tak la rasa bersalah lagi seperti sebelum ni yang terpaksa buang terus ke tong sampah.

Itu lah dia penghuni yang berada di rumah aku sekarang. Sebelum ni ada juga beberapa ekor burung yang suami aku telah selamatkan (macam kisah cik yam juga) tapi dah namapun burung kan? Mestilah dia nak bebas. So bila dia dah besar dan sihat sepenuhnya asben biarkan sangkar nya terbuka untuk dia bebas terbang pergi dan pulang bila-bila masa dia suka.

Kesimpulannya, Ini Rumah Ke Zoo?  aku tetap cakap ZOO!!! Apa pendapat awak?

Elok juga bela haiwan ni untuk didik sikap tanggungjawab dalam diri kanak-kanak cuma perlu ada seorang dewasa untuk pantau


Jom join GiveAway.  KLIK SINI
Nak 30 produk sample percuma? KLIK SINI
Cara Terbaik Berkawan Dengan Blogger Lain KLIK SINI
Resepi Sambal Bilis Tempoyak. KLIK SINI

16 comments:

  1. Hahaha... Banyak juga haiwan kat rumah... Comelnye arnab tu, rasa daging arnab sedap tau.. kalau diaorang tak jaga kan, Sis Siti boleh masak sate arnab.. sedap tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea yang baik! hahaha... pernah makan sekali daging arnab sedap macam ayam. Manis...

      Delete
  2. Ayam tu ok juga boleh semebelih makan:)
    Kalau boleh teruskan anak-anak menabung - jgn kacau duit mereka
    Nanti dia nak sambung belajar kita juga yg senang - tak payah pinjam PTPTN

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, diaorg jaga saya tukang sembelih! kikiki :D
      Inshaa Allah memang itu hajatnya, kalau ada rezeki biarlah habis belajar dalam keadaan hati yang lapang tanpa apa-apa beban hutang.. ameen (terima kasih sudi singgah sini ya kak)

      Delete
  3. bnyaknye haiwan . hahahahha .. aril singgah jap ye . hhuhuhuhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Aril... memang patut kena panggil zoo hehe

      Delete
  4. Ya ampun. banyaknya haiwan peliharaan. hehe. tak taw nak simpulkan as rumah atau zoo. hihi. apapun byk pahala akak sefamily bela haiwan2 ni. alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis biar jer diaorang nak bela apapun jangan kacau sis sudah... haha :D

      Delete
  5. hahahaa banyaknya haiwan kak. tapi takdalah sampai jadi zoo lagi hehe. Comel betul hamster dengan arnab tu! rasa nak picit je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak geli ngan hamster, arnab takpe :D

      Delete
  6. hamster & arnab dah mati, tinggal kucing ja kat uma ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis sugar glider mati.. yang tu sedih sebab mahal :(

      Delete
  7. Belum jadi zoo lagi tu.
    Tak lama lagi kot.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.