Kenapa Panggil Aku Bodoh? - SISHAWA DOT COM

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

10 Feb 2017

Kenapa Panggil Aku Bodoh?



"Kenapa kau panggil aku bodoh?" 

"Apa salah aku pada kau?"

"Kita kenal ker?"



BODOH! Satu perkataan yang aku rasakan tak patut ada dalam kamus. Silap sikit dengan mudah di panggil bodoh. Tak sama jer dengan orang lain di panggilnya kita bodoh! Hellooo....

Sebagai ibu dan bapa, sekiranya anak kami agak lemah di sekolah, adakah dengan begitu mudah kau boleh panggil anak kami bodoh?  Apakah kau yakin anak kami tak akan berjaya suatu hari nanti?

Terus terang, walau pun ayat penulisan aku pagi ini kelihatan sedikit 'emo' tapi sebenarnya aku menulis dalam keadaan yang sangat tenang. Tenang setenang tenangnya kerana aku tak kisah walau ada yang menganggap anak aku seorang yang kurang cerdik dan lembab jika dibandingkan dengan murid lain di sekolahnya.

Ya, anak aku yang ke empat berusia 6 tahun (tabika) agak lembab sikit, aku mengaku kekurangan anak aku.  Tahun depan dia akan melangkah ke darjah 1 tapi sayangnya sehingga kini dia masih belum dapat membaca. Malah kenal huruf pun susah. Aku sedar semua itu.

Tapi, tolonglah jangan sengaja membandingkan anak aku dengan anak orang lain. Tak perlulah berulang kali menegurku tentang hal ini. Sebagai seorang ibu yang membesarkannya sudah pasti aku tahu kekurangannya itu.

Bahkan aku tahu sikap ke semua anak-anakku. Aku tahu apakah minat mereka, apakah kelebihan mereka dan apakah kekurangan mereka. Aku bukan seorang yang tidak mahu menerima teguran cuma bak kata pepatah, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Jadi, sebelum kita bercakap tentang keburukan seseorang ada baiknya kita pandang dulu pada diri kita sendiri. Untuk lebih memudahkan keadaan ada baiknya kalau kita sama sekali tidak pedulikan kekurangan orang lain. Kalau nak bercakap juga cakaplah akan kebaikan seseorang itu daripada bercakap tentang keburukan dan kekurangannya supaya kita dapat menjaga lidah dengan baik.

Sebagai ibu memang aku mahu semua anak aku menjadi bijak. Tapi sebagai seorang hambaNya, pasti ada sesuatu yang kita tidak tahu. Jika kita telah berusaha tetapi apa yang kita inginkan tidak di beri, bermakna mungkin perkara tersebut tidak sesuai dengan kita. Mungkin kalau ada agaknya akan membuatkan kita lebih bermasalah, siapa tahu? Jadi sebab itu kita kena redha. Jangan marah dan mengeluh kalau apa yang kita hajatkan tidak kesampaian. Macam aku, semua anak aku lelaki, ada yang bertanya... "tak mau anak perempuan ker?" Eh mestilah aku nak! Tapi oleh kerana Allah tak izinkan, jadi aku redha sajalah. Aku dan asben tak de masalah pun walau tak de anak perempuan. Kami happy jer :D

Berbalik pada anak ku yang agak lembab dalam pelajarannya. Ada yang menegur aku berkali-kali untuk lebih mengajarnya di rumah. Aku hanya senyum... bukan senyum sebab orang yang menegur itu prihatin pada aku dan anak tetapi senyum sebab orang yang menegur ku itu tidak kenal pun aku secara rapat.

Sebelum dia menegur, adakah dia kenal bagaimana corak pemikiranku?



Walau dia tidak membaca tulisanku ini tapi suka aku beritahu, kami (aku dan asben) bukan ibu dan ayah yang suka memaksa anak-anak dalam pelajaran. Memang kami tegas soal pendidikan, memang kami peruntukan dua jam sehari memerhatikan anak-anak buat kerja rumah dan ulangkaji, memang kami sanggup mengikuti pelbagai aktiviti di sekolah untuk support anak-anak tapi jika salah seorang darinya menunjukkan prestasi yang tidak sepatutnya, tak kan kami nak pukul, ikat dan buang dia ke laut?

Alhamdulillah, anak ku yang pertama (14 tahun) seorang pelajar di salah sebuah Maahad, anak aku yang ke dua (11 tahun) seorang pelajar di sekolah kebangsaan dan antara murid yang paling cemerlang di sekolahnya sejak dari darjah 1 (pegang jawatan pengawas), anak aku yang ke tiga (8 tahun) pelajar di sekolah rendah aliran agama yang sentiasa berada di dalam kelas teratas dan mendapat kedudukan yang teratas juga di sekolahnya.

Kalau awak perasan, anak pertama dan ke tiga di dalam aliran agama tetapi anak ke dua di sekolah kebangsaan, tiga anak dengan tiga sekolah berbeza, kerana apa? Kerana aku dan asben tahu apa minat mereka, walau agak susah hantar dan pick up tiga anak dari tiga sekolah berbeza setiap hari tapi itulah cara aku dan asben untuk support anak-anak. Di sebabkan ini jugalah aku buat keputusan jadi ibu sepenuh masa supaya mudah uruskan semua anak-anak.

Kini, anak aku yang ke empat tidak menunjukkan prestasi ke arah itu. Dimanakah silapnya? Apakah cara aku mendidik salah dan kerana itu aku sering di ingatkan tentang kekurangan anak aku tu?

Hmmm... itulah dia sikap sesetengah manusia kan? It's okay. Takpe.. aku dah lali kot.

Lagipun aku dan asben memang sudah ada perancangan untuk anak ke empat ku ini. Kami tetap akan hantar dia ke sekolah rendah untuk beberapa tahun. Tapi, sekiranya dia masih menunjukkan tahap yang lemah dalam akedemik maka kami akan hantarkan dia ke sekolah pondok. Kami akan fokuskan dia ke arah agama supaya menjadi seorang insan yang lebih berguna.

Memanglah di zaman sekarang ni semuanya mementingkan akedemik. Aku dan suami juga tidak pandang rendah soal itu (sebab tu kami tegas soal pelajaran terhadap anak-anak), tapi soal rezeki bukannya kita tentukan. Contoh paling terdekat asben aku sendiri, walau dia punya sijil dan kelulusan dalam bidang aircond dan elektrik tapi dia boleh buat income dalam bidang pertukangan yang sama sekali dia tidak belajar di mana-mana (hanya bermula kerana minat).

Contoh seterusnya, Dato' Aliff Shukri walau dia fail dalam SPM tapi cuba tengok kedudukan dia sekarang. Aku sendiri tidak mampu untuk bersaing dengan dia.

Walaubagaimana sekalipun, aku dan asben tak pernah membezakan anak kami. Kami terima semuanya dengan seadanya. Mungkin anak ke 4 kami kurang bijak dari segi pelajaran akademik sebab dia lah yang akan terus hidup di samping aku dan suami. Dia yang akan menjaga kebajikan aku dan suami apabila kami semakin tua nanti. Semua itu kita tidak tahu lagi sebab kita bukannya boleh lihat masa depan macam si Doreamon dan Nobita tu.



Apa yang penting, anak-anak aku tidak melakukan perkara-perkara yang di murkai Allah, ameen. Betul tak apa yang aku fikir ni? Apa pendapat awak semua?

Janganlah  terlalu mudah meletakkan seseorang pada suatu tahap yang buruk kerana dunia ini bukannya untuk selama-lamanya. Tiba masa kita semua akan mati menghadap ilahi.

15 comments:

  1. Allah.. Berat dugaan sis.. semoga sis sabar melalui ujian ini..
    Mulut manusia nie memang sentiasa mencari kekurangan orang lain..
    Kekurangan sendiri tak pernah nak nampak..
    Sha doakan semoga sis kuat..
    Bab anak tu pun Sha melalauinya.. (Dua2 anak Sha gegurl)..
    sebok tanya tak nak tambah anak lelaki ke.. Malas nak layan..
    sebab Sha tahu rezeki tu dari Allah.. kalau Allah nak bagi bebile je kan Sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Sha. Take it +ve. sebab sebaik-baik atas semesta alam ni adalah Allah. So, buat apa kita nak pertikai semua tu. Buat sakit kepala je kan? As long kita happy dan tak lari dari landasan agama. Kita bukan nak hidup atas muka bumi ni smpai bila-bila pun...

      Delete
  2. Sis... Sebenarnya macam ni.. kadang2 bila budak tu belum sampai cukup umur nya 6 tahun sama ada birthdaynya bulan 11 atau 12, memang nampak slow sikit... maksudnya belum tiba masanya dia nampak apa yang dia belajar.. teruskan bagi semangat pada anak.. mana tau umur 25 dia jadi jutawan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang itu salah satu faktornya, anak sis lahir 27/Nov so kalau ikut umur dia masih 5 tahun. Alhamdulillah, so far sis tak pernah giveup ngan anak-anak. Cuma segelintir dari masyarakat kita ni cepat sangat nampak kekurangan orang lain.

      Delete
  3. Biasalah tu sis, mulut orang ni susah kita nak tutup. biarkan je dia nak kata apa. Saya rasa anak sis tu belum sampai dia punya masa lagi tu. Tak lama nanti okay punya tu inshaAllah.

    ReplyDelete
  4. sedihnya. sama kes cam anak saya yang sulung dulu
    dia pun lambat. dia hanya boleh membaca ketika di tahun 1
    yang tak adil di zaman sekarang adalah perbandingan bab akademik
    sangat mengecewakan sedangkan anak kita pandai bab lain
    cuma bab akademik mereka kebelakang
    label yang diberikan seperti bodoh, hanya menjatuhkan jati diri mereka
    saya faham apa saudari rasa
    sebab saya juga pernah melalui. saya tak lupa ornag yang berkata tu
    walau dibibir saya kata saya maafkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. makin hari makin pelik masyarakat kita sekarang ni. Tak open minded sepenuhnya lagi nampaknya

      Delete
  5. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. klik iklan menarik juga di sini. :)

    ReplyDelete
  6. Betul. Tak baik guna perkataan macam tu terutama pada budak-budak kecil. Dengan sepatah perkataan tu boleh membentuk laluan dalam neuron otak dan boleh buat dia sentiasa percaya yang dia tu bodoh sepanjang kehidupan remaja dia.

    P/s: Paling teruk saya pernah dengar ibubapa panggil anak mereka saitan. :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah... ini lagi teruk. mak ayah cakap ish.. cianlah anak tu

      Delete
  7. hishhhh . manusia zaman skarang ni, sikit2 mengata . apelahh .. aril cili kan mulut diorang tu baru tau.. sabar ye sis :) moga tabah. Yeay .. Aril ade entri baru. Jom baca Demam Boleh Menyebabkan MATI

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa boleh buat aril. namapun manusia. ok nnti sis singgah baca ya

      Delete
  8. Assalamualaikum sis Hawa..

    Sedih bila baca post ini sebab saya juga ada anak lelaki dan dia satu2nya anak tunggal saya. Kadang-kadang org x faham keadaan dan cara kita membesarkan anak. Bila berdepan dgn org2 sebegitu, saya hanya diam dan berlalu pergi.

    Teruskan berdoa utk yg terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam LZ...

      Terima kasih atas komen ni. Itulah tiap orang lain caranya dan kita sntiasa cuba untuk beri yang terbaik.. cuma kadangkala result tak seperti yang kita jangka

      Delete

Post Top Ad

Responsive Ads Here