Suami Jemur Kain, patutkah? - SISHAWA DOT COM

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

8 Feb 2017

Suami Jemur Kain, patutkah?




Aku tertarik dengan isu ni setelah menonton cerita Abang Sado Jemur Kain yang sedang rancak di tayangkan di tv. Kebetulan pula jiran aku, Mr.Azlan buat tajuk entry yang bertajuk Senarai Kerja Suri Rumah supaya para suami semakin menghargai isteri masing-masing. (bagus entry yang Mr.Azlan tulis tu, ada masa boleh gi baca)

Maka, sebagai seorang isteri dan ibu yang telah berumahtangga selama 15 tahun, aku rasa terpanggil untuk ulas sedikit tentang isu ni.

Mr.Sado Jemur Kain, awak rasa patut ke tidak?

Aku yakin mesti masing-masing ada jawapan  yang tersendiri.


Bagi aku yang sudah agak lama berumahtangga ni (bagi aku 15 tahun tu lama laa.. hehe), jawapannya ialah PATUT! Dan disebabkan itulah suami aku yang membasuh semua pakaian ahli keluarga kami seramai 7 orang ni (anak 5 + aku + suami). Seminggu dua kali (isnin dan khamis) suami aku yang akan membasuh semua pakaian kami (laundry day yang di jadual oleh suamiku sendiri), baik baju kecik mahupun baju besar dan tugas aku adalah untuk melipat dan menyimpan semua pakaian tersebut ke rak pakaian yang sudah disediakan oleh suamiku (rak baju buat sendiri, nanti tunjuk next entry). Selama 15 tahun aku menjadi isterinya, rasanya aku pernah basuh pakaian suami tidak sampai pun 10 kali. Selain membasuh pakaian, suamiku turut bantu buat kerja rumah yang lain.

Mudah cakap, soal kerja rumah memang aku boleh harapkan suami terutama masa aku tengah sarat mengandung dan dalam tempoh berpantang, a-z semua suami yang kerjakan. Family, jiran dan sahabat rapat memang dah tahu akan hal ni. Melihat suami aku menyidai pakaian di halaman rumah adalah perkara biasa. Sekarang anak sulung aku pun dah ikut jejak abahnya untuk mula membuat kerja-kerja rumah. Kiranya aku dah ada 2 orang assistant la sekarang ni, sebab tu boleh luangkan masa untuk berblogging, hehe....

Mesti ada yang fikir aku ni queen control kan.. tak pun akan cakap yang aku sengaja buka cerita untuk tunjuk lagak sampai tak sedar dah malukan suami sendiri. Ops, nanti dulu, jangan cepat buat andaian okay, tak baik..

Tak de maknanya aku boleh control suami aku! Jangan mimpi aku boleh control dia mudah-mudah. Dengan badannya yang agak tough (boleh angkat badan aku dengan mudah), di tambah dengan rambutnya yang panjang (suami aku rockers you), siap dengan misai dan janggut lagi, kirim salam aku boleh control dia. Orang tengok dari jauh pun tak berani nak dekat sebab dia jenis yang agak susah nak mesra bila jumpa kali pertama... soal tegas jangan cakap lah, memang dia cukup tegas terutama dengan anak-anak kami yang ke semuanya lelaki.

Rasanya aku tidak pernah mengarah suami sebab jika aku sangat-sangat perlukan bantuan dia pun, aku akan minta dengan suara yang palinggggg lembut berserta dengan senyuman yang palinggggg manis.... (senjata utama bagi seorang perempuan)

Suami aku membantu aku menguruskan kerja rumah kerana mengikut apa yang telah diperjelaskan dalam Islam. Tahu ke tak tahu yang sepatutnya semua kerja rumah ni suami yang kena buat? Tahu ke tak tahu yang tugas isteri hanyalah untuk pakai cantik-cantik, mandi wangi-wangi dan duduk dalam rumah untuk melayan suaminya bila-bila masa suaminya minta?

Dalam soal makan minum terutamanya, adakah si isteri yang kena masak?
jawapan sebenarnya ialah  TIDAK!
2 kali sehari suami yang patut sediakan makanan untuk isteri samada beli dari kedai, upah orang lain masak atau suami sendiri yang masak.


Masalahnya sekarang, ramai suami yang minta isterinya buat semua kerja rumah sampaikan si isteri tidak sempat untuk berhias. Adakah si suami perlu membayar gaji pada sang isteri yang sibuk uruskan semua kerja rumah tiap hari?
Jawabnya ialah YA! suami sepatutnya membayar upah atas semua kerja rumah yang di lakukan oleh sang isteri.


Itulah dia sebenarnya konsep antara suami dan isteri menurut Islam. Isteri melayan suami, mengandung, bersalin, smua itu bukannya mudah. Islam itu indah dan seronok sebenarnya, cuma ramai yang tidak mahu ambil peduli dan kahwin semata-mata kerana cinta, bukan kerana tanggungjawab.


Tapi, jangan terlalu seronok dengan kenyataan yang suami patut buat semua kerja rumah ni ya.. sebabnya apabila suami menyuruh isteri melakukan sesuatu, selagi tidak bercanggah dengan agama kita maka si isteri kena buat. Bukan kerana kewajipan isteri tapi kerana taatnya seorang isteri terhadap si suami. Kita kena ingat sebagai seorang hawa, kalau kita nak masuk syurga, salah satu daripada syaratnya ialah taat pada perintah suami.

Kerana itu jika si suami mahu di layan di tempat tidur tetapi isteri menolak maka tidurlah si isteri sepanjang malam dalam keadaan yang di kutuk oleh para malaikat, berdosa tau.

Agama kita dah tersusun cantik sebenarnya untuk kita hidup bahagia. Atas kita je nak ambil peduli untuk ikut ataupun tidak. Terus terang aku dulu pun tak pandai dalam ilmu rumahtangga ni cuma alhamdulillah semakin hari semakin belajar. Kalau tak boleh keluar dari rumah untuk pergi ikuti kelas-kelas ilmu agama, takpe.. boleh rujuk youtube. Ada banyak penerangan dari para ustaz dan ustazah.

Dan di sebabkan aku ni bukannya seorang yang bijak pandai dalam soal agama, maka aku sematkan sekali video youtube dari UAI (Ustaz Azhar Idrus) yang ada kena mengena dengan tajuk entry ni.



Apapun, yang penting di dalam rumahtangga kena ada tolak ansur. Aku akui semasa mula berkahwin semuanya indah (fasa pertama), selepas masuk fasa ke dua mulalah masing-masing rasa kurang puashati sampaikan ada yang sanggup bezakan si isteri / si suami dengan kekasih lama. Dan akhir nya apabila tiba fasa ke tiga semuanya dah jadi okay. Dah lali. Dah masak.

Aku selalu ingatkan pada diri sendiri saat aku rasa tidak puas hati akan sesuatu terhadap suami.. "suami yang baik adalah untuk seorang isteri yang baik dan isteri yang baik adalah untuk seorang suami yang baik. Jika begini sikap suami, tentu aku juga tidak baik."

Alhamdulillah dengan amalkan sikap begini dalam hati, aku dapat pujuk hati dengan sendiri dan boleh biarkan kesilapan tersebut berlalu begitu saja. Mula kahwin dulu jika suami aku ternaik suara, aku pun nak ikut naik suara sama tapi sekarang ni seorang bercakap seorang lagi menjadi pendengar. Walau rasa nak buka mulut tetap diam! Ala selalunya bukan silap besar-besar pun, tak yah lah simpan dalam hati.. Tak guna pun gaduh lama-lama.. buang karan je.. hehe.. (ni bagi masalah remeh temeh la ya, kalau hal besar-besar rujuk pejabat agama, jangan rujuk pada sis.. kiki)

Alhamdulillah, rumahtangga kami sekarang semakin hari semakin  aman damai. Walau macam-macam ujian yang Allah swt datangkan pada kami berdua, kami masih lagi tetap bersama dan terus berusaha untuk membesarkan anak-anak kami.  Aku cukup hargai jasa baik suami pada aku sebab aku tahu aku pun mesti ada banyak buat silap juga terhadap dia. Dah nama pun manusia. Sebagaimana aku ada rasa tak puashati akan sesuatu perkara yang dia buat, mesti dia juga ada rasa tak puashati akan sesuatu perkara yang aku buat.



KESIMPULAN: Tak salah kalau abang sado buat kerja rumah dan tak kisah pun sapa yang buat kerja rumah ni. Janji saling menghargai dan menyayangi. Hargai setiap saat yang ada selagi umur masih di kandung badan.

6 comments:

  1. saya pun rasa patut! hehe, wah happy family gitu, semoga terus bahagia sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Banu... ameen.. tapi mmg tak salah pun kan cik suami bantu isteri.. sweet gitu

      Delete
  2. Terima kasih Siti Awadah... Kadang2 bila suami sidai pakaian nampak macho kan... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perempuan cukup suka org lelaki bantu, rasa di hargaiiii sangat. Boleh buat kami makin sayang tau.

      Delete
  3. sis, bestnya..kalau dapat husband yang nak tolong tu alhamdulillah sangat2 kan, doakan dayah juga yer, dapat suami yang nak tolong dayah buat kerja rumah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pilih orang yang sayangkan dayah dari pilih orang yang dayah sayang, Inshaa Allah boleh dpt suami mcm tu. Itu pesanan dr ibu sis sendiri dlm proses memilih suami :D

      Delete

Post Top Ad

Responsive Ads Here