Kisah Benar Hidupku Part 1: Aku Pernah Lupa Mak Ayah - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

8 Mar 2017

Kisah Benar Hidupku Part 1: Aku Pernah Lupa Mak Ayah



Aku pernah lupa. Aku pernah lalai. Aku pernah abaikan mak ayah dan itulah sesalan yang amat aku kesalkan dari dulu sampai kini. Sepatutnya aku perlu terus bersyukur kerana di kurniakan ibu ayah yang sporting habis, apa aku nak mereka akan cuba tunaikan.

Masa gadis dulu memang ada yang mahu melamar. Aku sendiri dah tak ingat berapa ramai tapi semuanya aku tolak. Kalau lelaki tu lebih rendah daripada aku, automatik aku reject. Kalau lelaki tu punya lemak yang banyak, pun aku reject. Kalau si lelaki tu tak ada kerja tetap lagilah aku reject. Sampaikan mak aku pening dengan kerenah aku, dah berapa ramai berhajat tapi kebanyakannya aku tolak mentah-mentah.

Nak kata aku ni cantik sangat tu tidaklah tapi alhamdulillah aku bersyukur dengan apa yang di berikanNya pada aku ni. Jika lihat sekali imbas aku macam anak mami sikit (mewarisi dari ayah) dengan ketinggian 158cm dan berat 48kg (sekarang dah dekat 60kg.. gulp).

Nak di jadikan cerita aku dapat tawaran berkerja di Pulau Mutiara. Kat sana sama juga ada yang cuba nak datang dekat dan aku macam biasa memang payah nak terima. Kalau mereka cuba buat baik secara automatik aku akan mula berfikir yang bukan-bukan. 

Hati manusia bukan mudah untuk di jangka, betul tak? Akhirnya aku terkena 'jerat cinta'. Meracau tak habis teringatkan akan seseorang sampaikan nak tidur malam pun susah. Dalam sekelip mata aku terima dia sebagai teman istimewa. Semasa bercouple, dia melayan aku dengan agak baik. Aku di beri itu ini mengikut apa yang aku mahu sehinggakan semakin lama aku semakin lupa pada keluarga di kampung. Jangan kata nak jenguk nak menelofon pun tidak.

Ibu mithali mana yang tak sayang anaknya. Akhirnya keluarga aku sendiri datang ke Pulau Mutiara untuk menjejaki aku yang tiba-tiba senyap tanpa sebarang khabar berita. Kebetulan saat itu aku telah berpindah dan operasi untuk menjejaki aku menjadi semakin sukar. Keluarga tetap tidak berputus asa. Hari demi hari ahli-ahli keluarga cuba menjejaki dan akhirnya abang sulungku berjaya mengetahui di mana aku berada. Ini semua dek kerana pertolongan rakan-rakan sekerja. 

Saat bertemu aku rasakan keluarga adalah orang asing. Mereka mahu rapat tapi aku cuba jauhkan diri namun Allah swt itu maha kuasa. Dek kerana doa seorang ibu akhirnya aku tewas jua. Airmata ibu yang tumpah membuatkan aku tersentak dan terus berlari memeluknya. "Emak.... Awa rindu kat emak..." 

Saat itu juga, keluargaku terus bawa aku pulang. Semua pakaian aku mereka ambil dan terus masukkan ke booth kereta. Tanpa ada apa-apa surat perletakan jawatan yang formal mereka terus bawa aku pulang serta merta ke kampung. Mujurlah majikan ku baik dan amat memahami. Setibanya di rumah aku mula menjadi diri aku semula. 

Apabila aku tanya pada emak dan ayah, kata mereka aku telah terkena buatan orang. Bila aku tanya bagaimana mak tahu? Mak hanya diam seribu bahasa. Aku juga jadi takut untuk bertanyakan apa-apa lagi sebabnya aku sendiri jadi trauma dengan kejadian tersebut. Cuma apa yang aku masih ingat, 'kekasih' aku itu pernah bertanya satu soalan pada aku.

Tanya beliau pada ku: "Awa... Awa pilih saya atau Awa pilih mak ayah Awa?" 
Jawapan aku: "Awa pilih emak dan ayah."

Mungkin soalan itu sengaja di tanya atas sebab tertentu. Yang pasti beberapa minggu selepas pulang ke rumah, aku ada menerima sepucuk surat dari seseorang. Isi surat tersebut berbunyi lebih kurang begini...

                        Awa, abang minta maaf atas apa yang telah berlaku. Abang sebenarnya terlalu sukakan Awa. Abang tamak untuk cuba memiliki Awa tapi mujurlah kasih sayang abang terhadap Awa telah membuatkan abang kembali berfikir dengan rasional. 
                                                                                                                                                                                              Awa, abang minta maaf sekali lagi. Abang tak sampai hati untuk berbuat jahat terhadap Awa sebab abang memang betul-betul sayangkan Awa. Abang doakan Awa bertemu jodoh dengan orang yang benar-benar sesuai dan izinkanlah abang untuk terus menyayangi Awa buat selama-lamanya.

Aku tunjuk pada emak dan emak cakap syukur Awa dah pulang ke rumah dengan selamat. Bagi aku episod tragedi itu sudah tamat dan semuanya akan kembali baik tetapi rupa-rupanya timbul pula masalah yang baru.. apakah masalah tersebut? Baca sambungannya DI SINI 


KASIH IBU AYAH TIADA TARANYA DARI DUNIA HINGGALAH KE SYURGA


30 comments:

  1. Replies
    1. nak tahu kisah hidup sis jangan miss baca nanti ya..

      Delete
  2. Menarik cerita ni, jangan pernah menyesal dengan kisah lalu kerana ianya pengajaran yang terbaik... tak sabar nak baca episod ke-2.... Kalau dah kena 'ubat' tu yang susah... kadang-kadang bukan salah kita kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dulu sis rasa marah dengan semua yang berlaku tapi memang betul apa yang sudah terjadi ada hikmahnya. Allah swt dah atur dengan baik cuma sis yang tak boleh nak sabar. Nak tahu kisah suka duka hidup sis tunggu next entry. :)

      Delete
  3. x sabar nak baca next entry 😄 nasib baik family sis berjaya cari dan bawa pulang sis. kasih ibu bapa tidak ternilai

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu ayah tak da penganti... nanti boleh baca part 2 kat sini http://sishawa.blogspot.my/2017/03/kisah-hidupku-part-2.html

      Delete
    2. silakan... lajak baca sampai part 4 ye.. ;)

      Delete
    3. dah abes baca, yeahhh 🎉

      Delete
  4. Baca dengan penuh khusyuk perjalanan hidup sishawa ..ada teladan dari cerita ni .mujur family jumpa sishawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. akan ada teladan lebih banyak lepas ni.

      Delete
  5. Begitulah kasih ibu kepada anaknya...hatta terpaksa menggadai nyawa sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, skrg Awa pun dah jadi ibu lagilah Awa faham perasaan emak masa tu

      Delete
  6. Saya baru nak mulakan pembacaan kisah kak hawa yang dikatakan seperti novel nih. Haha back to blogwalking. 😉

    ReplyDelete
  7. siapalah x sayang anak, tapi ada mkcikSiti kann., kannns ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jadi ibu lagi paham perasaan mak

      Delete
  8. Mujur family kak Awa tak lepas tangan dan berusaha bersungguh2... Doa ibu tiada hijab, sebab pula baca entry ni..

    Ending tu suspen..jap nak godeh next episode. (Saja peram nak marathon baca)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tima kasih sudi singgah baca kisah sis ya Mai :D

      Delete
  9. wahhh best la baca kisah awa ni, btl tu mak mana x syg anak2 kan...

    ReplyDelete
  10. oh awa....ramai peminat rupanya...hihi

    ReplyDelete
  11. ehehehe..suka baca kisah gini.. besttt.. tetiba SA pon terflash back kisah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. share la kisah cinta SA plak nanti.. boleh awa baca

      Delete
  12. Done baca part 1 nak baca part 2 pulak..

    Kasih ibu sampi syurga.. Syukur alhamdulilah

    ReplyDelete