Aku Suka Dia Benci - SISHAWA DOT COM

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

5 Mar 2017

Aku Suka Dia Benci

Masa berjalan-jalan tadi, aku singgah sekejap di blog Syed. Post entrynya yang bertajuk 5 Hadiah Untuk Lelaki agak best untuk di baca. Ye lah, sebagai perempuan mestilah nak tau juga barang apa yang lelaki cukup suka.

Terus terang, walau aku ni dah berbelas tahun tinggal sebumbung dengan suami tapi bukan mudah untuk aku beli sesuatu barang yang dia suka. Payah, cukup payah. Masa mula-mula kahwin dulu memang excited betul aku belikan dia pakaian (seronok shopping baju untuk yang tersayang) tapi sayangnya boleh dikatakan hanya separuh saja dari barangan tu yang dia guna pakai. Lain-lainnya semua masuk almari dan sampai sekarang langsung tidak terusik.  Adoi la. Aku beli mengikut apa yang aku suka dan aku nak dia pakai untuk aku makin suka tapi masalahnya taste kami tak sama. Tension!

Hakikatnya;

1- Aku suka lelaki stylo dengan hair style terkini tapi suami aku suka berambut panjang macam rockers.

2. Aku suka lelaki tidak bermisai tapi suami aku suka simpan misai dan janggut. (mujur pendek)

3- Aku suka lelaki berseluar costum made tapi suami aku suka berseluar jeans. 

4- Aku suka lelaki berkemeja plain dan smart tapi suami aku suka pakai baju shirt bersama dengan kemeja yang sengaja tidak di butangkan.  

5- Aku suka lelaki berbaju sweater dan blazer (aku sendiri suka pakai sweater dan cardigan) tapi suami aku lebih suka pakai jacket.

6- Aku suka lelaki berkasut formal dan sneakers tapi suami aku pula hanya akan pakai sandal bertali dan boots with safety. 

** " Mahal juga harga kasut boots with safety ni, kalah harga kasut aku. Tapi memang kebanyakan orang lelaki ni, mereka akan lebih pentingkan kualiti dari kuantiti. Lebih baik beli mahal untuk pakai bertahun-tahun daripada beli murah-murah tapi pakai sekejap dah rosak."

7- Aku suka lelaki yang pakai warna chill tapi suami aku suka pakai warna dark and warm.

8- Aku suka lelaki yang sopan dan romantic tapi suami aku seorang yang brutal dan straight forward.

** Bab ni memang aku hangin. Ye lah sepatutnya si suami lah yang perlu ucap ayat bunga-bunga tapi ini dah terbalik dan tiap kali aku tanya dia "awak sayang saya tak?" dia akan jawap... "TAKKKK...." sambil senyum sengih, adoi lah tension betul aku, tension!

9- Aku suka meronda sana sini dengan kereta (elak panas) tapi suami aku lebih suka meronda dengan motor. 

10- Aku suka lelaki yang dapat teman aku tengok movie genre romantic comedy tapi suami aku lebih prefer cerita horror, fiction and action.


Hmmm. Lain yang aku suka lain yang aku dapat. Hahaha. Tapi sebagai seorang muslim kita tetap kena percaya dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Walau suami aku ni tidak seromantik dan sesmart yang aku impikan namun aku tetap happy dapat hidup bersama dengan dia.Memang dia nampak kasar dan tegas tapi dia juga seorang suami dan bapa yang sangat bertanggungjawab pada aku dan anak-anak. 

Dulu masa duduk KL suami boleh dapatkan pekerjaan dengan mudah mengikut bidang yang dia ceburi tapi sejak dah pindah balik kampung ni agak susah lah sikit. Waktu ini aku semakin berpuashati dengan sikap suami kerana dia bukan seorang yang suka berpeluk tubuh. Demi mencari sesuap nasi dia sanggup buat apa saja kerja walau pekerjaan tersebut sama sekali tidak setanding dengan kelulusan yang dia ada.

Nasihat aku untuk adik-adik yang belum berkahwin kat luar sana tu, untuk memilih pasangan hidup jangan hanya di ukur pada luaran tapi lihatlah pada sikap dan peribadinya. Kalau handsome dan cantik sangat pun tak guna juga sebabnya nanti kita sendiri yang tak senang duduk takut-takut kalau mereka berubah hati pada yang lain.

Sebelum nak cermin orang lain, ada baiknya cermin dulu muka sendiri

12 comments:

  1. Wah ni kalau suami baca mesti dia bangga... brader rock sis... sempoi tapi hati baik... lelaki jenis ni simple... yang bertanggungjawab tu penting... tak lepas tangan kan...sebenarnya kelainan tu membuatkannya seimbang... kalau sama nanti cepat boring kan... hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjang sampai tengah belakang rambut dia, rock abis! Syukur alhamdulillah walau rock dia baik. Rokok pun sama sekali dia tak pernah hisap. Betul la kalau dua-dua sama boring juga kan? Takde elemen suprise kata orang.

      Delete
  2. Jika saya tengok pada gambar yang awak post tu, taip yang saya suka disebelah kanan tu. Ntah napa suka lelaki yang ada jambang2 XD rata2 saya baca taip yang awak suka, tak banyak yang ada pada suami tapi betullah jodoh tak semestinya nak luaran je . Yang penting tanggungjawab dan kasih sayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya idamkan gambar yang sebelah kiri tapi saya dapat suami (persis sebelah kanan tu). Awak minat style suami saya yang brutal, ganaz and tough la ni ya.. actually bagus juga sebabnya lelaki dalam kategori ni mereka lebih melindungi dan rasa cukup selamat bila ada dengan diaorg.

      Delete
  3. best baca entri sis hawa kali ni..

    ReplyDelete
  4. Yang berlawanan tu la yang melengkapi sebenarnya kan sis.. hehehe

    Follower baru di sini.. Salam kenal sis.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal... itulah yang di katakan saling melengkapi antara satu sama lain :D

      Delete
  5. sis, sy lebih tertarik yg sebelah kanan 😉 soal jodoh ni, sy x memilih sngt. cuma, jgn lah sorg yg munafik

    ReplyDelete
  6. Yang contra tu akan jadi pelengkap yang paling sempurna. Kalau semua yg kita suka ada dekat dia, lama2 bosan pulak ye 😅

    ReplyDelete

Post Top Ad

Responsive Ads Here