Farm Fresh Jenama Tenusu Terbaik ! - SISHAWA DOT COM

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

29 Mar 2017

Farm Fresh Jenama Tenusu Terbaik !

Suka minum produk tenusu tak? Aku memang cukup suka! Suka yang teramat sangat sebabnya aku memang tak gemar ambil minuman bergas. Yang paling aku suka yogurt dan dadih susu segar. Pergh yummy yummy. Dah lah sedap berkhasiat pulak tu.

Tapi tahu tak korang yang Malaysia amat bertuah kerana mempunyai sumber produk tenusu yang amat segar dan terbaik. Produk tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah daripada jenama Farm Fresh. 

SIAPAKAH 'FARM FRESH'?
Farm Fresh merupakan sebuah syarikat yang aktif mengeluarkan produk tenusu daripada susu segar yang berkualiti tinggi. Antara produk yang mereka hasilkan ialah Farm Fresh Milk, Skinny milk, Natural yogurt, Yogurt drinks , Cafe Latte dan Nubian Goat's milk. Sekarang Farm Fresh turut menghasilkan pelbagai produk tenusu dengan pelbagai rasa baru. Soal harga tidak perlu risau kerana amat-amat berpatutan.
Dah lah sedap tak guna pula pewarna tiruan. Superb! :D

LANCAR KEMPEN 'FARM FRESH EDUCATION' !
Melalui kempen Farm Fresh Education ini pihak Farm Fresh berhajat besar untuk memberikan maklumat dan pembelajaran tentang produk tenusu yang sepatutnya di ketahui oleh semua pengguna kerana hakikatnya kuasa sebagai pengguna adalah terletak di tangan kita sendiri.

Dalam kempen ini, pihak Farm Fresh telah memuatnaik beberapa video di lamanweb youtube untuk menyalurkan seberapa banyak maklumat pada masyarakat tentang proses yang di lakukan setiap masa demi untuk mengeluarkan sebuah produk yang bermutu tinggi.

Melalui video-video tersebut, kita boleh dapat tahu yang pihak Farm Fresh mempunyai ladang sendiri yang luas dan di ladang tersebut telah di tanam dengan benih-benih rumput yang bermutu tinggi untuk menampung keperluan makanan semua ternakan mereka sebanyak 100 pound setiap hari. Antara lokasi ladang mereka adalah di Kota Tinggi Johor. Rumput-rumput ini di jaga dengan baik tanpa menggunakan sebarang bahan kimia. Rumput-rumput organik ini di tuai, di proses dan di berikan pada semua lembu ternakan dalam keadaan yang terbaik.

Happy cows with Farm Fresh 

Selain dari itu kita juga boleh dapat tahu yang lembu-lembu ternakan pihak Farm Fresh ini mempunyai rutinnya yang tersendiri dan ia bukan saja di beri makanan yang terbaik malah juga turut di jaga ketat tentang soal kebersihan.

"We want to bring you milk as a natural as possible", itulah dia kata-kata yang di janjikan oleh pihak Farm Fresh di dalam video mereka. Kerana itu pihak Farm Fresh akan memastikan semua susu segar yang di hasilkan oleh semua ternakan mereka sentiasa di hantar terus ke kilang pemprosesan bagi setiap saat dan setiap ketika. Malah semua susu segar ini akan terus di proses serta merta setiap hari tanpa henti.

Apabila tiba di kilang semua susu segar ini akan segera melalui proses pasturized supaya semua kuman dan bakteria yang tidak sepatutnya dapat di basmikan. Setelah selesai semua susu ini akan di tempatkan di dalam bekas khas dengan kawalan suhu yang tepat. Apabila semua kuman telah di basmikan, barulah susu segar ini di botolkan untuk mula di agihkan pada para pengguna.


KEISTIMEWAAN UTAMA PRODUK 'FARM FRESH' 
Percaya atau tidak mereka hanya mengambil masa selama 24jam sahaja untuk memasarkan produk susu segar mereka. 24 jam ini bermula dari proses memerah susu sehinggalah ke proses penghantaran terus ke pasaraya-pasaraya seluruh Malaysia. Bayangkanlah sendiri, hanya 24jam! Nak susu segar yang terbaik dari ladang? Ini lah jawapannya. Hebat betul kan?

Jadi memang patutlah jika syarikat ini di beri nama Farm Fresh dan memang patut juga kempen Farm Fresh Education ini di lancarkan kerana ia telah berjaya memberi maklumat yang nyata dan jelas pada aku tentang produk susu segar yang terbaik di pasaran. Syabas Farm Fresh!

MASALAH YANG TIDAK DAPAT DI ELAKKAN
Dah nama pun susu segar kan, tak guna pula bahan pengawet, pewarna tiruan dan lain-lain jadi semestinya produk sebegini tidak boleh tahan terlalu lama. Mereka boleh je letak bahan pengawet atau lain-lain yang seangkatan dengannya supaya produk tahan lama macam produk-produk tenusu yang lain tapi mereka tetap tak buat demikian. Jadi masalah terbesar yang sedang di hadapi oleh Farm Fresh sekarang adalah apabila ada segelintir pelanggan mendakwa telah terbeli produk yang sudah rosak walau tarikh luputnya lambat lagi. Tapi aku masih tabik pada mereka ni kerana mereka ambil berat dan tak delete komen aduan yang di hantar oleh pelanggan ke facebook mereka. Bagi aku mereka sama sekali tidak lepas tangan dan aku harap pihak Farm Fresh dapat cari jalan terbaik untuk  selesaikan isu yang satu ini.

Walaupun begitu pelanggan tetap teguh hati dan tak putus-putus untuk membeli produk Farm Fresh kerana pelanggan semua mahukan produk tenusu yang segar dari ladang.

JOM BERAMAI-RAMAI KITA BELI DAN SOKONG PRODUK TEMPATAN!



[ Klik SINI untuk lihat video Farm Fresh Education ]
[ Klik SINI untuk berhubung terus dengan pihak Farm Fresh ]

p/s: Nuffnang sedang giat perkenalkan Farm Fresh Education sekarang ni tau. Sayang Nuffnang! :D

13 comments:

  1. sis awaa, jemput join giveaway aaisy :)

    http://theaaisy.blogspot.my/2017/03/1-giveaway-by-theaaisy.html

    ReplyDelete
  2. Sha suka yang berperisa buah-buahan tu.. memang best..

    ReplyDelete
  3. recommend cappucino dengan yogurt farmfresh...serius sedap sangat!

    ReplyDelete
  4. alaaaaa sedapnya susu kurma tu... dh lama tak minum... nnt nak minum balik la...skrg kena cut off yg manis2

    ReplyDelete
  5. Feveret ccl perisa epresso & chocolate ...

    ReplyDelete
  6. Mai selalu beli yang yogurt tu, memang terbaik... Next time nak try yang kurma pula. Mai pun tak minum ayaq gas. Hahaha. Susu memang fav.

    ReplyDelete
  7. Sedap kan susu jenama nie!! Elsa minum selalu!! Tak pernah muak hikhik

    ReplyDelete
  8. Ok, lepas ni mrs pip try la juga..

    ReplyDelete
  9. alhamduliullah mmg suka ambil FF

    ReplyDelete
  10. Ira pun suka susu yogurt brand ni, selalu beli yang mix berries

    ReplyDelete
  11. x pernah try lagi produk FF ni :'p

    ReplyDelete
  12. aida da num da farmfresh ni.
    kurma.
    sedap.
    anak-anak pun suka :)
    kat melaka, ada seller anta ke rumah free delivery.
    alhamdulillah...

    ReplyDelete

Post Top Ad

Responsive Ads Here