Santan Segera Ayam Brand Terbaik - SISHAWA DOT COM

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

13 Mar 2017

Santan Segera Ayam Brand Terbaik

Wah! Tak sangka pula yang santan kegemaranku ini berjaya mendapat anugerah dari  Womens Weekly. Yes!! Ini membuktikan aku telah membuat keputusan yang betul dari segi rasa dan faktor kesihatan.                                                                                                                                                                                                                      Aku sebenarnya tak ingat dah bila pertama kali aku mula membeli santan ni cuma yang pasti aku dah bertahun guna santan segera dari Ayam Brand ni. Sekali beli bukannya sekotak dua tapi kadang-kadang sampai 1 dozen. Aku sama sekali tak risau membeli dalam kuantiti yang banyak kerana mutu pembungkusannya cukup bagus dan senang untuk di simpan lama tanpa ada apa-apa masalah. 

Kenapa aku suka gunakan santan segera dari Ayam Brand?
- kepekatannya yang setanding dengan santan asli
- rasanya yang hampir sama dengan santan asli
- ada U.H.T
- mengandungi lemak baik yang akan terus di proses oleh badan sebagai tenaga, gunalah sebanyak mana pun tapi lemak ini tetap tidak akan menyebabkan kolestrol
- mudah di simpan dan tahan lama
- harganya yang murah (RM2.60 - RM2.80 sekotak)

Aku cukup suka beli santan segera Ayam Brand dalam size 200ml dengan kuantiti yang banyak sebabnya boleh terus guna untuk sekali masakan dan kepekatannya menyamai seperti sebiji kelapa yang besar. Apa saja masakan yang melibatkan santan aku akan gunakan santan segera dari Ayam Brand ini. Sebut lah apa saja. Ayam percik, bubur kacang, gulai ayam, mee kari, kerutup daging, cendol, pemanis mulut, pulut durian, kuih melayu asli semuanya aku gunakan santan ini. 

Syukur alhamdulillah suami makan dengan selera malah emak dan ibu mertua juga boleh terima rasa masakan aku dengan menggunakan santan ni. Kalau dulu nak masak apa-apa sibuk nak ke kedai semata-mata untuk membeli santan segar tapi kini aku tak alami masalah seperti itu lagi. Terfikir nak masak apa, santan sudah ready menunggu di dapur untuk memberikan khidmatnya.

Sebagai pengguna tegar produk ini, aku juga telah berjaya mendapat pelbagai hadiah percuma jenama Ayam Brand dari salah sebuah pasaraya berhampiran dengan kediaman rumah aku ini. Antara hadiah yang aku terima ialah Kacang Panggang Dalam Sos Tomato dan Sotong Di Dalam Kicap. Selain itu aku turut menerima set membuat sushi khas dari pihak Ayam Brand.

Sekarang pihak Ayam Brand sedang mengadakan  CONTEST : KNOW YOUR BEANS. Alhamdulillah aku juga sudah menerima email jika berminat untuk turut serta. 

Rasanya aku akan terus setia dengan jenama ini dan bagi yang belum pernah cuba, silalah dapatkan produk terbaik Ayam Brand dari pasaraya yang berhampiran.


10 comments:

  1. Bagus guna kotak kecil kan... tak membazir baki lepas masak... wah sis, boleh jadi duta ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. sekali masak je sbb mmg 200ML tu sama mcm hasil perahan dari sebiji kelapa. Tak payah nak pening kepala, tak payah membazir dan tak payah juga biar santan sampai masam berkulat dalam peti. Harga pun sis rasa sama je macam beli kepala sebiji kat kedai tu.. yang penting sihat.. tak payah susah hati makan santan akan gemuk ke apa.. :D

      Delete
  2. sis boleh jadi duta dah lepas ni..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. kalau ya lompat sampai bintang!! :D

      Delete
  3. selalu beli beli kelapa. buat santan. hehe

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu-dulu ya tapi skrg tak sempat. semua nak ekspress hehe

      Delete
  4. Walau pun selalu jual kelapa tetapi tetap beli santan kotak untuk kegunaan dapur sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. kantoi dah.. tokey kelapa makan santan kotak. kiki :D tak de hal janji kena dengan selera

      Delete
  5. aida memang standby santan kotak at least 3 kat umah.
    mudah nak masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3x... senang keja kan? cuma perlu fikir nak masak apa je

      Delete

Post Top Ad

Responsive Ads Here