Maggi Kari Hot Mealz The Best ! - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

11 Apr 2017

Maggi Kari Hot Mealz The Best !


Hari ini suami aku, siapa lagi kalau bukan Mr.Qamar bawa balik Maggi Kari Hot Mealz. 


Dua perasa yang suami aku beli dan bawa balik untuk aku dan keluarga cuba. Pertama Kari Laksa Ayam dan yang ke dua ialah Kari Kari Kaw . Suami aku ni kalau korang nak tahu memang cukup suka beli dan rasa produk baru di pasaran.

Kalau suami aku ni ada blog rasanya mesti dah ramai peniaga contact untuk minta dia review. Ye lah dia bukan hanya suka beli dan rasa produk baru tapi dia juga suka sangat mengomen. Kalau sedap InshaaAllah produk tu akan terus melekat di hati dia sampai dia sanggup beli dengan kauntiti yang banyak semata-mata untuk dapatkan freegift. Tapi kalau sekali dia rasa tak sedap jangankan dia sendiri nak beli semula tapi sampai ahli keluarga lain pun dia tak izinkan untuk beli. Buang duit kalau beli katanya sebab rasa tak sedap! Hahaha... Memang cerewet juga lah suami aku ni bab makanan kan?  

Macam yang aku cakap tadi, hari ini suami bawa balik Maggi Kari Hot Mealz. Aku yang memang bukan hantu mee segera ni hanya pandang sepi je pada mulanya. Tak tahu lah sebab apa tapi aku rasa semua mee segera ni sama jer. Di sebabkan aku ini tukang masaknya maka selalunya aku lah yang akan sediakan makanan tersebut tapi untuk makan mungin tidak! Kalau ya pun aku akan rasa sesudu je pastu anak dan suami lah yang akan habiskan semuanya sampai licin. It's okay, I don't mind.


Teruja sangat tengok wajah asben ajak aku makan so aku pun duduk lah sambil-sambil snap gambar ni. Hari ini Encik Asben yang tolong prepair. Ala bukannya susah kan? Just tambah air panas je haha. Manakala anak sulung aku pula tolong gorengkan telur dek kerana nak bodek 'mama' nya ni makan sekali.

Aku lihat sizenya memang agak besar daripada biasa. Mudah cakap sizenya ni macam dalam mangkuk tau bukannya dalam cup seperti jenama Maggi yang lain sebelum ni. So memang banyak jugalah isi mee di dalamnya. Macam biasalah garfu juga turut di sediakan. 


Hari ni Encik Asben yang tolong sediakan... nak bodek apalah gamaknya tue.. :D
Ini lah rupanya setelah siap di letakkan segala perencah. Sayur dan tauhu kering pun ada sekali. Aku ni memang suka makan laksa, almaklumlah orang utara katakan, jadi suami aku belikan aku perasa Kari Laksa Ayam manakala suami aku pula pilih Kari Kari Kaw! Anak-anak aku pun decide nak yang Kari Kari Kaw jugak. 

Diaorang makan bukan main berselera lagi, sekali tengok macam tengah buat iklan TV tapi aku  ni masih lagi dok terkebel-kebel. Last sekali aku try jugalah kuahnya sesudu. Ehhh.. apa ni? 

Siapa sangka siapa menduga, hari ini dalam sejarah, Maggi Kari Hot Mealz benar-benar telah buat aku terkejut. Serius cakap sedap u alls. Aku yang bukan hantu mee segera ni pun boleh cakap sedap, inikan pula kalau memang minat dengan si Maggi ni. Betul-betul aku cakap ni, tak tipu okay. sedaplah! 

 Kenapa aku cakap Maggi Kari Hot Mealz best?
  • Saiznya yang jauh lebih besar daripada Maggi Kari cup yang biasa. Jika cup biasa anak aku akan makan satu cup tiap seorang tapi Maggi Kari Hot Mealz mereka makan kongsi berdua. Serius besar dan banyak. (15cm x 8.7cm)
  • Mee ini di perbuat daripada bijiran gandum Australia dengan struktur yang kebih kenyal dan tak mudah putus. Kiranya memang sesuai lah dengan selera aku yang tidak terlalu minat dengan mee yang terlalu sangat kembang dan lembik. 
  • Rasanya yang benar-benar umph! Mudah cakap cukup rasa pedas, manis, masin dan masamnya. Kalau orang perempuan boleh masak dengan rasa macam ni memang luluslah kalau nak di buat menantu. Aku makan perasa Kari Laksa dan betul, memang ada rasa lemak-lemak pada kuahnya. Best!
  • Sesuai dengan nama yang Hot! Memang hot kau! Pedas okay. Hahaha.



Aku ni suka makan sesuatu dengan lauk, jadi untuk dapatkan lebih kepuasan ketika makan, maka aku tambahkan dengan sebiji telur goreng. Mujurlah anak sulung aku dah siapkan awal-awal tadi. Pergh mabeles. 

Tak pernah-pernah aku boleh hadap mee segera sorang-sorang sebungkus tapi kali ni aku boleh habiskan Maggi Kari Laksa Hot Mealz. Skip terus dinner di sebabkan kekenyangan. 

So, pada yang belum try tu aku sarankan cubalah beli walau hanya sekali. Harganya pun tak mahal mana hanya RM2.90 jer sebekas. 

Hari ni harap-harap Encik Asben sudilah beli dan bawa balik Maggi Kari Hot Mealz sekali lagi. Wakaka!

14 comments:

  1. Saya biasa beli Maggi Kari 5 pcs sebungkus tu sis.. Bawa bekal ke Thailand. Lepas ni, bawa Maggie kari nie pulak. makin Special rasa sebab encik suami yang hidangkan. hehehe

    ReplyDelete
  2. Uis nampak macam sedap.. tak pernah rasa lagik ni.. Lea memang suka sgt maggi.. hehe

    ReplyDelete
  3. haih starving pulak nak makan maggi kari pedas singgah sini hihi.

    ReplyDelete
  4. Macam sedap je Maggie ni ^^
    thank you for review, nanti nak cuba jugak lah

    ReplyDelete

  5. Huarghh.. Akak menggoda keimanan.. Nak try jgk.. Q_Q

    ReplyDelete
  6. dah pernah rasa yg ni.tu pn sbb xsngaja beli.serius rasa lain. sedappppp

    ReplyDelete
  7. Kak awa niiiiiiii...pandaiiii tauuuu menggoda kita pula dengan maggie...kena try ni. Mai suka maggie asam laksa,hehehe.

    ReplyDelete
  8. Macam sedappp je, macam lazaaatt je... Kena beli nih, cuba try test rasa. 😱

    ReplyDelete
  9. Jenama Maggi mmg terbaik...yg paling Umi suka mesti lah Maggi Asam Laksa...mmg sedapppp

    ReplyDelete
  10. nampak sedap tu kak awa... hehe. busyra belum pernah try lg..

    ReplyDelete
  11. Nampak menyelerakab tu. Boleh cuba nanti. N nak try makan dengan telur goreng. Xpnh try. Hee

    ReplyDelete
  12. dah rasa masa dapat suprise box dari lazada. mangkuk besar, sedap.
    JanjiKita

    ReplyDelete
  13. Sedap.. kari laksa ayam tu.. tapi isinya sikit sangat.. mangkuk je besar.. hehehe

    ReplyDelete
  14. Tak pernah try lagi �� Tapi macam dah tergoda perut sy nak try

    ReplyDelete