Meja Kerja Ku - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

13 Apr 2017

Meja Kerja Ku


Inilah rupa meja kecil tempatku berkerja setiap hari. Di meja inilah aku menghabiskan masa mengedit blog, menulis, membaca dan menjahit. 


Tengoklah sendiri, simple je pun. Tiada apa yang menarik cuma alhamdulillah ia mampu membuatkan aku berasa selesa dan seronok ketika berkerja. 

Kalau awak perasan, selain laptop.. ada juga sebuah mesin jahit. Mesin jahit tu suami yang belikan. Ada kisah di sebalik mesin jahit tu tau. Kalau nak tahu harga sebenar mesin jahit tu dalam RM1,500+ tapi suami aku berjaya dapatkan mesin tersebut dengan harga RM430 saja.  Mesin ni jenama Singer dan di beli direct dari owner salah sebuah kedai Singer tempat aku tinggal sekarang ni.

Kenapa murah? Kerana mesin ni turut menjadi mangsa banjir. Kiranya kedai Singer tu habis di masuki air jadi kebanyakkan barang yang ada di dalam kedainya dia akan servis dan lelong dengan harga yang jauh lebih murah.  

Kami pun tak sangka akan berjaya dapat mesin ni sebabnya kami ke kedai Singer tu konon-kononnya nak beli sebuah mesin mini dengan harga beberapa ratus saja buat menjahit seluar anak-anak yang selalu koyak. Tapi kebetulan masa tu tuan punya kedai ada di situ (mengikut cakap pekerja, owner kedai jarang ada sebabnya owner tersebut kena handle banyak cawangan), dan owner sendiri yang decide untuk berikan mesin tu pada kami. Mengikut pekerja tu lagi semua barangan dah pun di lelong sebelum ni hanya untuk kalangan keluarga dan pekerja tetapi mesin jahit ni telah tertinggal dan kebetulan kami pula sampai untuk cari sebuah mesin jahit dalam lingkungan harga yang sama.

Risau juga aku kalau rosak tapi so far tidak ada apa-apa masalah langsung dari mula beli sampailah sekarang. Itulah orang kata kalau sudah rezeki tak ke mana kan? 

Bermula dari hanya mahu jahit seluar anak-anak yang sering koyak sebab aktif sangat bermain, aku jadi tertarik untuk cuba-cuba belajar menjahit. Di sebabkan aku tak punya masa untuk ke kelas jahitan maka aku cuba-cuba menjahit mengikut panduan di youtube. 

Alhamdulillah, dari hanya cuba-cuba sekarang dh mula jadi makin suka. Dan inilah antara produk yang berjaya aku siapkan menggunakan sedikit kreativiti yang ada tanpa sempat mengikuti kelas pembelajaran yang khusus.

BARUT BAYI
DRESS KANAK-KANAK 

JUBAH BERZIP UNTUK DIRI SENDIRI
Selain tu aku ada juga jahit blaus dan seluar pajamas. Kiranya lepas lah di pakaikan pada anak-anak dan diri sendiri. InshaaAllah aku akan terus belajar dan praktikkan ketika ada masa lapang untuk jadi lebih mahir.


Selain tu aku turut berminat dengan projek-projek DIY. Jika suami aku lebih cenderung ke arah DIY kayu, aku pula lebih kepada DIY dengan menggunakan fabric. Aku pernah buat pin tudung, brooch, headband baby, pengikat rambut dan juga pengikat langsir. 


Antara headband baby yang telah di siapkan
Inilah dia antara aktiviti hobi yang aku lakukan ketika lapang di meja kerjaku ini. Awak pun mesti ada hobi juga kan? Apa hobinya tu? Kongsi-kongsilah sekali kat sini.

13 comments:

  1. Memang rezeki awa la.. dapat harga yang memang murah sangat..

    ReplyDelete
  2. mesin jahit singer ni menjadi idaman saya..memang mahal tapi tahan lasak
    JanjiKita

    ReplyDelete
  3. wahh.. mesin jahit singer memang mahal tapi berkualiti.. memang rezeki sis awa dapat beli dgn harga murah..

    ReplyDelete
  4. Banyak tu hobi kak Awa. Semua boleh buat duit.. Hihi. Untung2.

    ReplyDelete
  5. awa ni serba serbi berbakat...liez berangan sangat nak ada mesin jahit sbb mcm best je jahit baju anak-anak sendiri

    ReplyDelete
  6. pandai sungguh Awa ni..berseni tu boleh menjahit lagi...

    ReplyDelete
  7. Sis hawa... Nak jugaakkk mesin jahit kecik murah cemtuuuu, senang portable 😭😭😭
    Diy macam macam erh, kreatif lah sis hawa nih! 💪

    ReplyDelete
  8. Hobi2 yang berfaedah dan boleh mendatangkan hasil.
    Teruskan.

    ReplyDelete
  9. Teringin nak belajar jahit, tapi startnya tak...haha

    Hobi Nona, online, adudududud

    ReplyDelete
  10. bestnyaaa. dgn menjahit pun boleh jana pendapatan.. bagus la kak awa ni..

    ReplyDelete
  11. aida pun sgt minat jahit menjahit.
    aida suka felt crafting. paper crafting.
    aida x reti menjahit, awa.
    ke laut kalau menjahit :) ha ha ha...
    kat umah, aida xde soho.
    blogging di seluruh rumah. di mana pun boleh...

    ReplyDelete
  12. Hobi sy baca novel �� Menjahit sy x minat sangat ��

    ReplyDelete