Header Ads

Tips Sebelum Dan Selepas Menjadi Surirumah Sepenuh Masa

Image result for surirumah bahagia
Aku bukan orang kaya sebab tu aku dan asben sentiasa mencari jalan supaya berjaya dalam mendidik dan membesarkan ke lima-lima anak kami.


Terus-terang memang ada yang kurang setuju dengan keputusan aku untuk hanya duduk di rumah menjadi suri dapur sepenuh masa. Mereka menasihatkan aku untuk terus keluar berkerja buat tambahkan pendapatan tapi aku sekalipun tak pernah pertimbangkan semula nasihat tu. Masuk telinga sini keluar kot telinga sana, sama sekali tak melekat di mana-mana bahagian di tengah-tengah otak dalam kepala aku ni. Bukan sebab aku jenis degil tak mau dengar nasihat orang tapi sebab aku sendiri dah fikir jauh sebelum ni dengan encik asben.

Aku dah sedia maklum, kalau aku keluar berkerja memang betul pada dasarnya aku seperti boleh bantu dapatkan income luar untuk keluarga tapi kalau setakat keluar berkerja tu pun kerja biasa-biasa jer, baik tak payah! Bukan bermaksud kerja tu tak bagus, cuma ia nya tak akan relevan dengan kehidupan aku yang punya anak ramai ni.


Lima sebab utama kenapa aku cakap tak relevan

1. Aku perlu bayar upah pengasuh untuk si bongsu yang baru berusia setahun.
2. Aku perlu beli susu formula
3. Aku perlu upah driver untuk pickup 4 anak aku yang bersekolah (pulang masa lain-lain)
4. Aku perlu keluar duit minyak keta untuk pergi balik kerja
5. Aku perlu spend lebih hiaskan diri untuk berada di tempat kerja

Maka di sebabkan tu lah aku ketepikan soal pekerjaan dan duduk di rumah memberi khidmat pada keluarga je. Meskipun duduk di rumah tetapi tidak bermakna aku perlu duduk saja santai-santai melengak depan TV dan tak bermaksud juga aku perlu jadi 'orang gaji' untuk semua penghuni dalam rumah ni. Tanggapan tu salah sebenarnya. Jadi surirumah pun boleh buat income juga sebenarnya asalkan pandai mencari peluang mengikut minat yang kita ada.

Yang paling penting, dengan duduk di rumah, aku boleh menyusu baby aku sendiri, aku boleh memasak mengikut keperluan, aku boleh pick up semua anak-anak aku sendiri dari sekolah (pergi sekolah encik asben hantar), aku boleh tanam sayur untuk dapatkan hasil lebih dan aku juga boleh jana income tambahan sebagai seorang penulis bebas ni. Masa 24jam yang aku ada aku boleh isi dengan perkara-perkara yang aku suka sesenang hati tanpa perlu ikut telunjuk orang lain. Bagi aku ini semua dah cukup best!

Aku tak cakap keluar berkerja tu tak bagus cumanya suka untuk aku katakan aku happy dengan apa yang aku ada sekarang. Sebagai seorang perempuan aku yakin ramai wanita yang sedang berkerja sebenarnya mahu untuk duduk di rumah saja tapi sayangnya keadaan belum mengizinkan. Ada yang berani berhenti kerja secara drastik (macam aku) tapi tidak di nafikan ada yang masih berbelah bagi dek kerana keadaan ekonomi yang cukup tidak menentu.


Di sini aku kongsikan tips yang perlu di lakukan sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

  •  Bincang dengan suami terlebih dahulu.
  • Inform pada seluruh ahli keluarga (famili sendiri & famili mertua)
  • Selesaikan semua hutang tertunggak yang ada (terutama hutang kad kredit)
  • Mansuhkan semua langganan bulanan yang tidak penting.
  • Pastikan ada simpanan gaji sebanyak 2-3 bulan sebagai backup plan.
  • Mental kena kuat! Betulkan niat dan cara. Jika dulu suka shopping online sekarang jangan lagi tengok website beli belah untuk beberapa bulan.
  • Rajinkan diri cari resepi untuk memulakan langkah awal sebagai surirumah. Bukan tak boleh beli dari luar tapi memadailah sekurang-kurangnya seminggu sekali saja.
  • Rajinkan diri untuk bercucuk tanam. Mulakan tanaman yang mudah seperti kangkung dan sawi. 
  • Tuliskan satu senarai sebagai jadual. Apa yang perlu di buat setelah menjadi seorang surirumah sepenuh masa? Secara tak langsung kita dapat isi masa dengan berkesan dan teratur. Jika nak tonton rancangan TV kegemaran sekalipun, silakanlah...  tapi jangan sampai lupa nak masak nasi pula!
  • Uruskan rumahtangga lebih penat sebenarnya sebab kerja akan jadi tidak pernah putus-putus jadi kena bersiap sedia soal fizikal juga. Tapi, dalam masa yang sama ini merupakan excercise yang bagus untuk mudah keep fit bagi orang yang pandai control selera makan :D
  • Jangan peduli tentang pendapat orang lain selepas ini. Be strong dan tolonglah percaya serta yakin pada Tuhan. Allah swt lah yang akan memberi rezeki pada kita jadi gunakan juga kesempatan ini untuk lebih mendekatkan diri dengan Nya.


Kesimpulannya, berkerja atau duduk di rumah tidak ada bezanya. Yang penting diri masing-masing rasa berbaloi dengan apa yang sedang di buat dan mendapat keredhaan Allah dan suami. Kena ingat yang jadi surirumah sepenuh masa ni penat. 


Setelah menjadi seorang surirumah sepenuh masa nanti, tolong jangan buat perkara-perkara seperti di bawah ni...

  • Mengeluh dan mengadu penat pada suami dan keluarga
  • Kuat cemburu dan syak yang bukan-bukan terhadap suami
  • Malas jaga penampilan diri. Bukan nak suruh makeup lawa-lawa tapi biarlah suami pulang kerja di sambut dengan rupa kita yang bersih, kemas dan wangi.
  • Pukul anak-anak tanda lepas geram sebab penat.
  • Kuat membebel konon nak orang lain paham kepenatan kita
  • Tenggek dengan kawan untuk mula upacara gosip
  • Suka ambil tahu kehidupan jiran
  • Terlalu banyak buang masa dengan tv dan online
  • Malas mengemas sehingga pinggan mangkuk penuh dalam sinki
  • Masak ala kadar hanya sekadar untuk melepaskan syarat

Image result for keluarga bahagia
Ingat ya! Jadi surirumah ni cukup besar pahalanya. Kita bukan saja duduk di rumah dalam kemuliaan Allah malah kita buat semua kerja sebagai tanda taat pada suami dan itu juga merupakan salah satu sebab yang membolehkan kita masuk syurga selain dari solat 5 waktu dan puasa di bulan Ramadhan.


Masalah aku setelah menjadi seorang surirumah ni satu jer... bila dah mula duduk di rumah sepenuh masa mulalah asyik mengandung jer.... hehehe... Aku sendiri dah punya anak 5(lima), apakah akan ada baby yang ke 6(enam)? Maybe.... just wait n see :D 

Awak macamana? Sudah menjadi surirumah sepenuh masa atau masih tengah mempertimbangkannya lagi? Apa saja keputusan sila fikir dengan baik bersama suami okay.

12 comments:

  1. Hhuhu walaupun ira sendiri belum berkahwin atau bekeluarga pernah jugak terfikir hal ni. Samada nak jadi suri rumah atau wanita bekerjaya. Adehhhhh !

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn perkongsian awa ...
    Bg mrs pio, surirumah pun satu kerjaya juga,
    Cuma ganjarannya kita dpt kemudian...
    Dah jd surirumah, 1st thing mrs pip buat ialah berjimat cermat ...
    Dulu kerja berdua, boleh blanja lebih...
    Kerja surirumah pun seronok kalau tahu caranya kan ....

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah 1 hari nanti..dah kenal suami semasa bekerja.,mungkin segala hutang yang ada setel..nak juga jadi surirumah sepenuh masa bukan hanya dihari minggu.. :)..

    ReplyDelete
  4. saya suri rumah gak. Dulu keje kat gomen, pastu ambik keputusan untuk berhenti kerja sebab persekitaran tempat kerja saya tak sesuai untuk wanita-wanita yang berumah tangga & ada anak sebab terpaksa duduk berjauhan (pjj) dengan suami.

    Saya happy jadi suri rumah sebab dapat spend banyak masa kat umah & banyak masa dengan anak.

    Tapi zaman sekrang ni masyarakat macam tak boleh terima kerjaya sebagai suri rumah lebih-lebih lagi jika orang tersebut punya kelulusan universiti, lagilah akan dipertikaikan.. "belajar tinggi-tinggi, tapi last2 duduk rumah jaga anak". weell, jaga anak sendiri tu sebenarnya lebih baik dari upah orang jaga, banyak dapat pahala..

    And macam-macam lagi masyarakat akan berkata & expect dari suri rumah..

    Saya terpaksa menjawab soalan-soalan tu semua saban hari, sampai dah naik boring.. huhuhuhu.. Sampai lah skrang saya bagi jawapan - saya nak pahala banyak & nak jadi cikgu tuisyen untuk anak saya sendiri....

    ReplyDelete
  5. menajdi suri rumah sangat penat..lagi penat dari orang bekerja sebab susah nak dapat "me-time" tapi banyak pahala diperoleh.. saya dah pernah rasa dua-dua - bekerja & jadi suri rumah

    ReplyDelete
  6. Setuju sangat dgn sebab2 kenape pilih utk jadi housewife tu.. Kite pon pernah bincang pasal ni dgn husband.. Maybe lepas anak2 dah masuk sekolah nanti, kite pon akan pilih jadi housewife jugaq, InsyaAllah~

    ReplyDelete
  7. Mama mai seorang surirumah. Bila kawan2 selalu bercerita tentang pekerjaan emak masing2 yang hebat2, senyum je, tak sampai hati nak cakap "Korang tak rasa indahnya membesar dalam pelukan emak 24jam" ,kekekekeke.

    ReplyDelete
  8. Sedih pulak baca. Rasa semangat pun ada. Thank you, sis hawa atas semua nasihatnya! InsyaAllah, kena jiwa kental lagi ni. Kite pun dah lama husnudzon dengan Allah, mesti ada hikmah lambat dapat kerja ni. Allah tangguhkan dapat kerja mungkin sebab nak bagi anak tunggal ni dapat spend lebih masa dengan family, berkhidmat untuk opah, uruskan apa saja kat rumah juga. Nanti mungkin Allah nak bagi rezeki yang tak disangka-sangka ke, siapa tahu. Percaya, Fairuz Aqilah! :') Kuat! ๐Ÿ’ช

    ReplyDelete
  9. bila mak suri rumah rasa seronoknya sbb masa sepenuh nya untuk kita. hehehe. btw tq for sharing kak awa. sngt berguna untuk ibu2 diluar sana. :)

    ReplyDelete
  10. bab mental kena kuat tu memang setuju sangat-sangat. pilihan masing-masing, orang boleh berkata apa-apa, kita yang akan lalui.
    JanjiKita

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah awa. bakal ada yg ke6 kan? :)
    happy for u.
    bagi aida sendiri, memang x dpt la jadi sahm.
    aida setuju dgn awa. sebab tu la kot, aida & asben bersepakat bersetuju dgn kurniaan Allah 3 org anak.
    kami mampu. kami nak bahagikan masa yg terbaik utk mereka bertiga.
    bekerja = x mampu anak ramai. pada kami la :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.