Kenangan Aidilfitri 2017 - SISHAWA DOT COM

Breaking

Post Top Ad

23 Jul 2017

Kenangan Aidilfitri 2017

Assalamualaikum... Hi there... do you miss me..? hmm, baru arini nak start post entry raya sedangkan orang lain dah lama update. Apa nak jadi lah dengan aku ni kan? Sorry la ualls, masa dan keadaan memang amat menduga hidup aku di kala ini.

But, alhamdulillah sekarang aku sedang cuba sedaya upaya mencuri masa dan kesempatan untuk menebus kembali semuanya. Ualls tak tahu betapa rindunya aku ni untuk menaip di dada blog ini buat tatapan semua rakan blogger yang teramat amat amat aku rindui.. sob sob..

1st of all, pejam celik kandungan Awa sudah memasuki minggu ke 20. So far semua alahan dah okay cuma kadangkala masih lagi pitam dan pening-pening. Bentuk badan makin hari makin mengembang, hmmm memang lain benar lah pengalaman mengandung kali ke 6 ni jika di bandingkan dengan kandungan Awa yang lepas-lepas. Mungkinkah ini seorang puteri?? Jeng jeng jeng.. takde maknanya, baik jangan terlalu mengharap, nanti kecewa pulak.. betul tak?

Syawal kan sebulan so rasanya mood raya tu masih berbekas lagi jadi arini aku nak kongsi suasana raya di kampungku yang tercinta nun jauh di 'atas kayangan' sana. Negeri mana lagi kalau bukan Perlis Indera Kayangan. Ya rakan-rakan kesayanganku, Awa ni anak jati Utara yang telah di sunting oleh seorang hamba Allah dari Kelantan sebab tu sekarang Awa menetap di pantai timur :D

RAYA DI UTARA

Juadah yang wajib semestinya adalah ketupat. My favourite ni tau. Malangnya emak sorang yang terpaksa siapkan semuanya sebabnya aku memang failed bab balut ketupat. Aku cuma reti makan ja, buat memang hampeh.

Foto Siti Awadah. Foto Siti Awadah.

Di sebabkan tahun ni aku dan adik beradik pulang beraya di kampung, maka emak aku yang terlebih excited tu dah korbankan ayam dan itiknya khas untuk santapan kaum keluarga kami di hari raya. Ayam di jadikan rendang untuk di makan bersama ketupat manakala itik pula di jadikan kerutup untuk di makan bersama nasi. Haa... kerutup ni aku yang masak!! Ini semua atas permintaan emak sebabnya dia nak sangat makan kerutup itik versi Kelantan. Maka dengan berbesar hatinya aku beli dan bawa pulang rempah ratus dari Kelantan dan berbekalkan ajaran ibu mertua maka siaplah sekuali besar kerutup yang emak idam-idamkan.

Tapi di sebabkan aku ni bukannya larat sangat, maka suami aku lah yang terpaksa turun padang jadi pembantu kepada Chef Awadah yang kurang bertauliah ni. Petangnya emak dan suami siapkan itik bakar pula. Kiranya sejak ada di kampung tu aku asyik makan itik je la. Hehe...

Foto Siti Awadah. Foto Siti Awadah.

Foto Siti Awadah.Haa, ada satu makanan lagi yang aku teringin nak makan. Makanan ni agak rare sikit dan suami aku sendiri tak lalu nak telan. Namanya adalah belangkas.

Belangkas ni memang dah jadi salah satu makanan favourite aku sejak kecik lagi dan setiap kali mengandung aku mesti nak makan belangkas hinggakan emak aku terpaksa poskan si belangkas ni menggunakan bas express semata-mata kerana nak hilangkan rasa mengidam aku ketika sedang berbadan dua.

Sekarang harga belangkas jauh lebih mahal dari dulu. Kalau tak silap emak cakap seekor boleh mencecah RM20 tapi di sebabkan rumah aku berhampiran dengan pantai maka dapatlah ayah tiriku minta orang laut tolong carikan dengan harga RM10 seekor. Syukur alhamdulillah, terlepas juga hajat hati nak makan si belangkas ni.


Foto Siti Awadah. 
Hari raya ke dua, bermulalah aktiviti konvoi berziarah ke rumah sanak saudara. Anak-anak lah yang paling excited sebab dapat kutip duit raya banyak-banyak. Bestnya jadi kanak-kanak.

AFTER RAYA

Bukan mudah nak luangkan masa untuk pulang ke kampung jadi semestinya masa yang ada ni aku gunakan untuk melepaskan rindu pada halaman kampungku yang tercinta. Petang-petang kami duduk di hadapan rumah menghadap tali air dan sawah padi yang luas terbentang sambil mengail si ikan puyu. Aku ni lebih kepada pemerhati sebabnya aku ni bukan minat sangat bab memancing, kalau bab makan bolehlah.

 Foto Siti Awadah. Foto Siti Awadah.

Foto Siti Awadah.
Puas mengail kami menuju ke kebun ayah mengutip buah mempelam dan kelapa muda yang banyak bergayutan. Abang long aku jadi tukang kaitnya manakala aku dan suami jadi tukang makan. Di sebabkan aku sedang berbadan dua maka sebiji demi sebiji kelapa muda aku terpaksa makan untuk puaskan hati emak dan suami. Untuk hilangkan panas badan dan tambahkan tenaga kata mereka. Syukurlah, ada juga yang risau dan sayang pada diri aku ni.


Mujur juga time aku balik ni mempelam harum manis masih ada lagi di pokok jadi dapat jugalah aku makan pulut bersama mempelam harum manis yang sedap dan berlemak tu. Masa ni musim harum manis dah hampir habis jadi kalau tak silap kalau beli di pasaran harganya boleh mencecah RM40-RM50 sekilogram. Sekilo tu bukannya banyak tau, dalam 3 biji je. Ooo tidakkkk...

Haa... satu tips yang wajib di patuhi setiap kali balik ke kampung ialah jangan bawa balik banyak sangat baju. Maka dapatlah mengisi bonet kereta dengan pelbagai macam barangan yang best dari kampung. Hehe..

Sebagaimana yang aku cakap tadi, rumah aku juga dekat dengan pantai. Hmmm lebih kurang 3km jarak antara rumahku dengan pantai. Kira dekatlah tu kan.. maka memang tak sah lah kalau balik ke kampung tanpa jejakkan kaki ke pantai. Jom kita layan suasana kat pantai pulak...
Foto Siti Awadah.
dari pantai nampaklah Pulau Langkawi yang amat terkenal tu nun di seberang sana.
Kalau naik bot (feri) hanya makan masa 30-45minit saja.

Foto Siti Awadah. Foto Siti Awadah.
Foto Siti Awadah. Foto Siti Awadah.
Suamiku jadi babysitter... anak sulungku jadi photographer. 
Habis di manakah AKU?

Foto Siti Awadah.   
Apa boleh buat.. di sebabkan tebing untuk turun ke pantai agak tinggi maka terpaksalah aku di sini. Duduk di atas batu tebing menjadi si pemerhati. Ye lah tinggi tau! Takut juga nak turun. Mujurlah ada emak tersayang sudi menjadi teman setia di sisi.

Anak-anak ni kalau dah boleh balik kampung bukannya reti nak duduk diam. Asyik nak ajak jalan jer dan suami aku memang follow je kehendak anak-anak kesayangannya tu. Jika dulu tiap kali pulang ke Perlis mesti nak ke Gua Kelam. nak ke Padang Besar, nak ke Pulau Langkawi, nak ke Alor Setar tapi kali ni tak lagi. Di sebabkan keadaan aku yang kurang sihat untuk terlalu menapak ke sana sini maka suami aku bawa anak-anak ke kawasan riadah yang berdekatan dengan rumah jer. 

Foto Siti Awadah.


     Foto Siti Awadah.


Akhirnya setelah hampir seminggu berada di 'kayangan' maka aku dan suami berangkat kembali ke pantai timur pada hari Khamis (29 Jun 2017). Esoknya Jumaat (30 Jun 2017), pagi-pagi lagi aku dan suami ke rumah mertua kerana kami belum lagi beraya dengan keluarga sebelah suami.

Di sebabkan hari Jumaat maka suami ambil keputusan untuk solat di masjid berdekatan rumah ibunya saja minggu ini. Alang-alang dapatlah makan tengahari bersama dengan sanak saudara sebelah suami. Siap bantu ibu mertua sediakan makanan tengahari, aku terus baring dan tak sedar bila masanya aku terlelap. Yang pasti sebaik saja hampir jam 1 tengahari aku di kejutkan suami dalam keadaan tergopoh gapah. Aku agak dia nak beritahu yang dia dan anak-anak nak ke masjid tapi ternyata sangkaan aku meleset.

Rupa-rupanya suami nak beritahu aku yang salah seorang anak saudara kami (anak ke dua kakak iparku) baru saja terlibat dengan sebuah kemalangan jalanraya beberapa minit yang lalu berdekatan dengan kawasan rumah ibu mertuaku itu. Anak saudara yang baru berusia 13tahun itu membonceng motor kawan baiknya (berusia 17tahun) dan mereka berdua telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Menurut saksi ada sebuah kereta membuat pusingan U secara mendadak menyebabkan motorsikal terbabas, jatuh di tengah jalan dan terus di gilis oleh 3 buah kereta lain secara berterusan. Apa boleh buat sudah ajal mereka berdua pergi bersama di hari Jumaat yang berkat.

Sehari suntuk aku menemani keluarga kakak iparku sejak dari tempat kejadian sehinggalah ke hospital dan rumah mayat. Nasi yang di masak tengahari tadi sama sekali tidak di jamah. Semuanya bagaikan mimpi kerana baru pagi tadi aku melihat kelibat anak saudara ku itu di rumah mertua. 

Segala urusan pengebumian selesai lebih kurang jam 12.30 pagi dan dari jauh aku hanya mampu berdoa dan memohon ke hadrat Ilahi semoga roh Muhammad Firdaus di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 

Siapa sangka aidilfitri yang bermula dengan keseronokkan kini berakhir dengan sebuah kenangan yang agak menyedihkan. Sesungguhnya takdir perjalananan hidup ini hanya Allah SWT saja yang maha mengetahui. Al-fatihah..

Image result for perkuburan islam




7 comments:

  1. Innalillah.. alfatihah buat arwah Muhammad Firdaus alahai muda lagi. Anak syurga Tu.

    ReplyDelete
  2. Salam 29 Syawal.
    Semoga roh Muhammad Firdaus dicucuri rahmat.
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  3. Innnalillahhiwainnaillahirojiun...AlFatihah..semoga Arwah Muhammad Firdaus ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..
    Kalau tau Awa balik Perlis boleh la ajak singgah kampung suami Umi kt Kerpan...

    ReplyDelete
  4. Salam awa ... wei, lamanya menghilang! Marah kejap 😠 , hehe...
    Anyway, seronok tengok pantai ... eiii rasa mcm mau mandi laut pula ...
    Dan takziah buat keluarga awa, kehilangan anak saudara .. mudah mudahan menjadi anak syurga ...amin.

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi makan belangkas. Tapi kalau mahal macam tu sampai bila-bila pun takde rezeki lah agaknya. Btw, salam takziah untuk arwah. :(

    ReplyDelete
  6. Semoga semuanya berjalan lancar sis dan dipermudahkan kelahiran nanti... belangkas? Belum pernah cuba lagi makan belangkas... mungkin tak akan kot.. hihi

    ReplyDelete
  7. rindunya kat perlis..belangkas x pernah makan lagi..

    salam takziah buat arwah Firdaus..

    ReplyDelete