Header Ads

Susu Kambing SYAMiL Untuk Semua Peringkat Umur


Assalamualaikum.

Hari ni aku nak share tentang satu lagi produk pilihan yang aku rasakan amat bagus baik dari segi rasa, khasiat dan kelebihannya. Produk yang aku maksudkan ni adalah Susu Kambing SYAMiL yang di keluarkan oleh syarikat Alsham Marketing.

Actually, aku ni cukup suka dengan produk tenusu dan yang paling aku best ialah produk yang diasaskan daripada susu kambing. Aku mula jatuh cinta dengan susu kambing ni rasanya sudah hampir sepuluh tahun lepas.

Apa yang membuatkan aku boleh jatuh hati dengan produk minuman susu kambing ialah:
  • minuman sunnah 
  • rasanya yang asli dan berlemak
  • baunya yang best
  • warna putih susunya yang pure
  • unsur tenaga yang boleh di serap oleh tubuh
  • khasiatnya yang lebih banyak daripada susu lembu
Disebabkan aku ini adalah peminat setia susu kambing, maka hari ini aku beranikan diri untuk cuba Susu Kambing SYAMiL pula. Apa yang membuatkan aku paling tertarik hati untuk mencuba Susu Kambing SYAMiL ini adalah kerana ia merupakan produk muslim tempatan, tanpa gula tambahan, tanpa perisa tiruan (asli), tanpa lemak trans, di perkaya dengan pribiotik inulin dan yang paling penting ianya cukup sesuai dengan semua peringkat umur. 

Ya!! Percaya atau tidak, Susu Kambing SYAMiL sesuai untuk semua golongan peringkat umur bermula dari bayi baru lahir, kanak-kanak, ibu hamil, ibu menyusu sehinggalah warga emas. Produk ni juga boleh di nikmati oleh bayi yang ada masalah arlegik dan menyelesaikan masalah kekurangan susu badan. 

Sukatan Bancuhan Susu Kambing SYAMiL mengikut usia
Keistimewaaan lain yang terdapat pada produk ini adalah di mana bahan asasnya iaitu serbuk susu kambing diimport terus dari Netherlands kemudian di olah dan di proses di kilang bumiputra Muslim yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Alhamdulillah, hari ini aku berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman meminum produk ini dan aku amat berterima kasih pada pihak Susu Kambing SYAMiL kerana sudi menghantar dua sample ni untuk aku cuba. 

Foto Siti Awadah.
perasa ASLI dan COKLAT !!
Disebabkan produk ini sesuai untuk semua golongan dan usia maka aku sama sekali tidak berasa was-was untuk meminumnya walau sedang hamil bersama anak kecilku yang kini baru berusia 2tahun.

Jom tengok reaksi si kecik ku ketika minum Susu Kambing SYAMiL...


" Masa suapan susu yang pertama, berkerut ajer mukanya tue. Bila suapan yang ke dua, ehhh... dah berubah riak wajahnya.. haha... syokkkk nampakkk....  "

   Foto Siti Awadah.
" Lastly, haaa tu dia... segelas Susu Kambing SYAMiL nak di minumnya sorang-sorang jer...  Alahai sayang, simpanlah sikit untuk mama ni. Mama pun nak jugak! :( "

Pihak Alsham Marketing turut mengeluarkan Susu Kambing SYAMiL 1,2,3+ yang di asaskan daripada susu kambing, delima, kurma, madu dan manna. Ianya di rumus khas untuk tumbesaran kanak-kanak yang cemerlang. Mudah cakap, Sihat + Cergas dan Bijak dengan Organik.

Kesimpulannya, produk ni memang awesome dan menetapi semua kriteria yang kita cari. Jadi pada yang masih tercari-cari produk susu kambing yang punya khasiat, sedap dan sesuai untuk semua golongan umur, bolehlah cuba Susu Kambing SYAMiL ni ya. 

HARGA:
RM45 SM / 550g
RM50 SS / 550g
RM45 SM / 25g X 20 sachet
RM50 SS / 25g X 20 sachet
$19.00 Brunei & Singapura

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
HP : 013 - 6813292 (Pn Nani Aini)


4 comments:

  1. Ada ank buah minum susu ni jgk. Dia cakp best tapi CR tak sempat nak merasa sikit.hee

    ReplyDelete
  2. oh sedap ye, akak ni tak pernah lagi mencuba susu kambing

    ReplyDelete
  3. Pandai dia minum ya, saya sendiri tak boleh masuk produk kambing sis... maybe tak biasa kot...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.