Hari Jumaat Dan Kisah Sebuah Kematian - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

25 Aug 2017

Hari Jumaat Dan Kisah Sebuah Kematian

Assalamualaikum.. cepat betul masa berlalu dan kini kita sedang berada pada 25 Ogos 2017 bersamaan dengan hari Jumaat..

Bagi orang Islam, Jumaat adalah penghulu bagi segala hari dan para ulama juga ada menjelaskan bahwa jika seseorang itu meninggal pada hari Jumaat maka menjadi salah satu tanda husnul khatimah.

Malahan ada hadis yang mengatakan jika di takdirkan meninggal dunia pada hari Jumaat ini maka akan terlindunglah 'si mati' daripada seksaan kubur.





مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ 
Ertinya:
Tidaklah seorang muslim meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya dari seksa kubur (HR. Al-tirmidzi. no 1043)

Apabila menyebut soal mati, secara tidak langsung aku teringat akan kisah saat Rasullullah SAW sedang di jemput kembali oleh Ilahi. Baginda adalah insan yang paling mulia. Baginda juga manusia agung yang paling dekat di sisi Allah SWT namun ternyata Baginda juga turut tidak terlepas dari merasai detik detik sebuah sakaratul maut.

Seperti yang semua sudah maklum, mengambil nyawa adalah tugas yang diamanahkan oleh Allah SWT ke atas malaikat Izrail. Maka apabila tiba masa dan ketikanya, tanpa berlengah walau sesaat, malaikat Izrail pun meminta keizinan Rasullullah SAW untuk menjalankan tugasnya, lalu baginda pun berkata.. "Lakukanlah.."

Apabila malaikat Izrail cuba menarik roh dari ubun-ubun, Rasullullah SAW mengerang kesakitan sambil berkata,
"Wahai Izrail, sakitnya mati ini."

Mengalir air mata malaikat Izrail seraya menjawab, 
"Tidak pernah aku mencabut roh seseorang selembut ini melainkan kepadamu Ya Rasulullah."

Rasulullah S.A.W mengaduh kesakitan, berpeluh dahi baginda menahan kesakitan sakaratul maut. "Wahai kekasihku Jibrail, sakitnya mati ini, bagaimana umatku mampu menanggungnya."

Malaikat Jibrail tidak berkata-kata, hanya airmata yang mengalir.

Rasullullah SAW berkata lagi,
"Wahai Jibrail, sakitnya mati ini. Bagaimana umatku mampu menanggungnya. Wahai Jibrail, kumpulkan sakit mati seluruh umatku biar aku yang tanggung sekarang ini." 

Begitu Rasulullah S.A.W sayang kepada umatnya dan bimbang umatnya tidak mampu menahan sakitnya mati. Namun permintaannya tidak di perkenankan ALLAH S.W.T

Rasullullah SAW membuat permintaan pada malaikat Jibrail,
"Wahai Jibrail, berilah berita gembira kepadaku sebelum aku meninggalkan dunia ini."

Malaikat Jibrail mengatakan bahawa:
1- Seluruh pintu-pintu syurga di buka dan para bidadari sedang berhias-hias menanti roh baginda namun Baginda masih tidak berasa gembira.

2- Seterusnya Malaikat Jirbail memaklumkan bahawa seluruh para malaikat sedang berbaris di langit dunia sedang menantikan roh Baginda di angkat namun Baginda masih juga tidak berasa tidak gembira.

3- Kali ini, malaikat Jibrail menyatakan,
"Wahai Muhamamad, sesungguhnya Allah memberi jaminan bahawa tidak akan masuk syurga umat-umat lain melainkan umatmu dahulu memasukinya."

Tersenyum baginda mendengarnya. Ternyata, betapa sayang dan cintanya Rasullullah SAW terhadap semua umat-umatnya dan setelah mendapat khabar gembira itu barulah Baginda SAW 'pergi' menemui penciptanya dengan perasaan yang tenang.

MAKAM NABI

PENGAJARAN :

  • Kisah ini telah memberi sedikit pengetahuan pada kita yang mati itu adalah pasti bahkan Rasullullah SAW sendiri harus melaluinya. 
  • Sakaratul maut itu adalah amat menyakitkan hinggakan Baginda sendiri masih merasa kesakitan yang teramat sangat walau malaikat Izrail mahu mengambil nyawanya dengan cara yang paling lembut. 
  • Kisah ini membuktikan juga betapa Rasulullah SAW sayang, ingat dan bimbang akan keadaan kita (umat-umatnya). Walau kita tidak pernah bersua muka dengan Baginda tetapi Baginda sentiasa rindu, ingat, sayang dan kasih akan diri kita ini. Maka tidak hairanlah jika Baginda sanggup menunggu kita di sana kelak. 

Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan ingatlah yang mati itu adalah pasti. Tiba masa kita semua terpaksa melaluinya tanpa terlewat walau sesaat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik supaya kita dapat pergi menghadap Ilahi dalam keadaan yang lebih bersedia. Ameen...

RENUNGKAN !!
RASULLULLAH SAW SENTIASA INGAT PADA KITA SEJAK DULU LAGI HINGGALAH KE AKHIRNYA NANTI, NAMUN ADAKAH KITA PERNAH TERINGAT AKAN DIRI BAGINDA???

3 comments:

  1. Thanks sharing this dear...
    Insaf.

    ReplyDelete
  2. Saatchi sakaratul maut Tu tentumya sangat menyakitkan. Semoga kita semua berakhir dengan husnul khotimah

    ReplyDelete