Kenapa Perlu Guna Blog Untuk Kembangkan Bisnes Online Di Facebook - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

19 Aug 2017

Kenapa Perlu Guna Blog Untuk Kembangkan Bisnes Online Di Facebook

Semalam ada seorang kenalan ajukan aku satu soalan. Beliau bertanyakan pendapat peribadi aku tentang facebook dan juga blog. Beliau bertanyakan pada aku samada penjualan di blog laku atau tidak?

Sebagai seorang blogger semestinya aku jadi terpanggil untuk jawab soalan ni. Yelah dah dia tanya tentang blog kan? Tak kan aku nak duduk diam je. Tapi itu tak bermakna aku akan jawab secara berat sebelah dengan hanya memuji blog 100%. Tugas seorang blogger adalah untuk memberi info yang setulus mungkin jadi aku akan beri pendapat setulus yang mungkin juga. Jika bercanggah dengan mana-mana pihak aku minta maaf awal-awal ya. Macam yang aku dah katakan tadi, beliau bertanyakan pendapat peribadi aku maka aku akan jawab berdasarkan pendapat peribadi aku sendirilah. No heart feeling ye ualls...















Sebelum menjawab soalan yang di ajukan, suka untuk aku perkenalkan dulu serba sedikit tentang diri aku ni. Kalau sebelum ni para blogger hanya kenal aku sebagai seorang surirumah sepenuh masa, seorang mama beranak lima dan juga seorang blogger designer tapi hakikat sebenarnya aku pernah belajar dan berkerja dalam bidang business dan marketing. Aku juga bekas pemborong dan juga peniaga online satu ketika dulu. Masa tu aku banyak supply produk pada seller online dengan menggunakan kaedah dropship.

Kenapa aku berhenti jadi seller online?
  • Kualiti masa dengan keluarga terjejas
  • Terlalu banyak saingan dari pihak ke tiga
  • Harga produk yang semakin melambung dari hari ke hari
  • Terlalu banyak penipuan online
  • Kualiti servis boleh terjejas akibat kecuaian orang lain

Berbalik kepada soalan yang di tanya.... Hari ni aku nak story sikit apakah kelebihan yang terdapat pada blog berbanding dengan facebook. Aku tak kata facebook tu teruk okay, no no no. Facebook pun ada juga keistimewaannya cuma aku mahu orang tahu kenapa blog ini turut boleh memberi impak untuk sesebuah perniagaan dan bukan semata-mata sekadar hanya online diary seperti yang di gembar gemburkan.

Ini bukan persoalan untuk menentukan antara blog dan facebook, mana satu boleh jual produk dengan laku keras tapi ini adalah ilmu yang perlu di ambil tahu unuk tujuan marketing. Jual kat mana pun sama je, kat kaki lima sekalipun serupa saja, apa yang membezakan tahap bisnes masing-masing adalah pada tahap penjemaannya (marketing).

KEHEBATAN BLOG

#1 - Kawalan Penuh (Control)
Sebuah blog yang di bina adalah di bawah kawalan si blogger sepenuhnya. Kita bebas untuk design mengikut kehendak yang kita suka, kita bebas untuk menulis apa yang kita suka juga tanpa had, malah kita juga boleh berkongsi apa saja di dada blog dengan mudah tanpa di sekat-sekat. Nak tulis sepanjang mana, nak upload gambar sebanyak mana, terpulanglah.

#2 - Pasaran Sangat Luas (Market)
Jika promote melalui personal FB maka apa yang kita post hanya dapat di lihat di kalangan frenlist saja dan facebook turut meletakkan had supaya kita tidak boleh add lebih ramai kawan dari yang sepatutnya. Berbeza dengan blog. Di blog tidak ada limit untuk berkawan. Malah siapa saja di seluruh dunia boleh melihat dan membaca isi blog kita tanpa sebarang masalah. Aku ulang sekali lagi, seluruh dunia ya.

Pengunjung boleh tiba dari RSS, email, facebook, dan macam-macam lagi media sosial yang lain. Tapi apakah semua pengunjung dari media sosial ini akan mencari ualls di akaun facebook itu semata-mata?

#3 - Backup Yang Kuat (Enjin Carian @ Google Search)
Posting dan promosi dari blog boleh tersebar dengan lebih meluas jika hendak di bandingkan dengan facebook. Ini kerana blog berkawan rapat dengan Mr.Google. Tiap kali taip apa-apa tajuk di kotak carian Mr.Google akan terus hantarkan ke link para blogger yang ada menulis tentang tajuk yang di cari tu. Contoh paling mudah, andaikata ualls mahu mencari SAMPLE PRODUK PERCUMA MALAYSIA dan di manakah tempat yang paling utama untuk ualls minta tolong? Pada facebook atau pada Mr Google? Aku yakin jawapannya ialah pada Mr Google..

Mr Google rekomenkan blog untuk para pengguna
#4 - Info Padat
Di blog ualls bole tulis sepanjang mana yang ualls suka dan ualls juga boleh letak sebanyak mana gambar yang ualls suka tanpa sebarang masalah. Ayat yang di tulis juga panjang, padat dan tersusun kemas untuk memudahkan pembaca. Berbeza pula dengan facebook. Di facebook kalau kita tulis panjang sikit je, jawabnya orang terus scroll je ke bawah dan sebab itu kadangkala komen yang di beri langsung tak kena mengena pun dengan artikel yang di tulis. Paling menyedihkan rakan FB hanya sekadar berikan LIKE je pastu terus berlalu pergi macam tu saja.

#5 - Kekal Lama
Semua info di dalam blog akan kekal selamanya selagi mana akaun blog ini di buka untuk bacaan umum. Semua info dapat di letakkan label untuk memudahkan ualls mencari semula semua tulisan yang lepas-lepas dengan senang dan cepat. Boleh ke kita cari smua tulisan kita yang lama-lama di FB dengan cepat? Susah bukan?

#6 - Exclusive
Setiap blog mempunya cari penulisannya yang tersendiri. Setiap blog juga mempunyai trademarknya yang tersendiri dan setiap blog juga bukan boleh di tiru dengan mudah terutama bagi blog-blog yang di bina dengan menggunakan domain mereka sendiri. SISHAWA DOT COM hanya satu sahaja! Bukan dua bukan tiga dan bukan juga sejuta. Tapi di facebook jika kita gunakan kotak search, nama yang di cari cukup banyak hinggakan boleh membuatkan kita sendiri keliru. Itu belum lagi tentang tulisan post kita yang boleh di copy paste sesuka hati tanpa dapat kita pantau.


#7 - Link Dengan Media Social Lain
Bila bina blog, secara tak langsung ualls boleh letakkan link akaun media sosial yang lain di blog tu. Jadi apabila pengunjung singgah je ke blog ualls maka secara tidak langsung mereka tahu bagaimana untuk contact ualls mengikut mana-mana akaun media sosial yang diaorg suka. Boleh lihat di blog aku ni... pun ada icon untuk pergi ke akaun media sosial aku yang lain termasuk facebook.


KESIMPULAN
Tidak ada salahnya untuk berniaga di facebook tapi adalah lebih baik jika ualls punya akses lain yang turut boleh membantu perniagaan ualls tu. Kenapa tidak buat blog sebagai kedai online ualls dengan menggunakan domain sendiri. Kemudian masukkan segala info yang berkaitan di dada blog ualls dan bila mahu promote di facebook ualls hanya perlu beri link blog saja untuk tatapan frenlist FB ualls tu. At least tak yah penat taip status yang sama je hari-hari. Tak perlu juga sibuk promote di wall itu wall ini hanya kerana mahu dapatkan prospek. Itu belum lagi di kira bila pengguna FB tu komen minta info. Tak penat ke nak mesej sorang sorang semata-mata untuk beri info sedangkan yang nak membeli seorang pun belum tentunya lagi. Dari hanya ualls jer kena cari prospek ada baiknya biar prospek pula datang cari ualls.

 WORK HARD OR WORK SMART?
Pada aku blog ini adalah salah satu cara untuk Work Smart. Maka sebab itulah company kecil dan besar yang ada di dalam Malaysia ni suka sangat berkerjasama dengan para blogger untuk memperkenalkan produk dan kempen mereka pada semua pelayar internet. Kerana mereka tahu, adalah lebih baik menggunakan blog daripada facebook. Bukan mereka tak ada akaun di facebook, ada jer.. tapi akaun facebook mereka tu adakah yang personal atau fanpages only?

Jawapannya ialah fanpages. Tapi walau hanya fanpages, apabila ada sesuatu kempen wahhh ramai betul pengguna facebook yang menerjah ke pages mereka. Kerana apa? Kerana mereka ada sumber lain untuk membantu mempromosikan perniagaan mereka tu dan salah satu daripadanya of courselah melalui BLOG!

BUKTI COMPANY BESAR PROMOTE GUNA BLOG
Dah nama pun company besar kan jadi manalah diaorang ada masa yang banyak untuk handle blog. Lainlah kalau seller kecil-kecilan. Jadi di sebabkan mereka ni tak punya masa untuk handle blog maka mereka mengambil keputusan untuk meminta tolong dari para blogger untuk memperkenalkan produk, kempen dan promosi terbaru yang sedang mereka jalankan.

Kerjasma Dengan Pihak TRAVELOKA

Kerjasma Dengan Pihak ZALORA
Kerjasama Dengan Pihak AYAM BRAND & ALCE NERO
COMPANY BESAR SAYANG & HARGAI BLOGGER
Mereka bukan hanya sekadar mahu berkerjasama dengan kami malah mereka juga sedaya upaya mahu menjaga hati kami. Ini kerana mereka mahu berkerjasama dengan jangkamasa yang lebih panjang lagi dengan para blogger ni. So tak mustahil lah jika ada saja contest dan giveaway yang di taja dari masa ke semasa tanpa henti untuk semua blogger sertai.

Pernah menang DUA contest anjuran LAZADA (RM500 + RM300 = RM800)

Rasanya dah banyak info dan bukti yang aku dah sharekan kat sini. Lepas ni aku harap ualls kat luar sana janganlah pandang kami ni hanya sekadar penulis 'online diary' je semata-mata sedangkan hakikat sebenarnya tugasan dan kehadiran kami di sini adalah jauh lebih banyak dari itu. :D

** Blog dulu tulis macam diari, blog sekarang tulis untuk marketing **

19 comments:

  1. Betul akak blog skrg dah makin ke depan kalau zaman 2008 ke bawah tu kurang lagi,
    Pernah jugak sampai email ajak collaboration tapi semua dalam english so sy mmg tolak awal :'( takda lagi kolaborasi dr syarikat 100% malay, apa2 pun moga terus maju akak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Shaf.. tu la blog dulu dn skrg dh jauh bezanya... dulu lebih utk suka2 skrg tak lagi dah.. makin hebat blog skrg ni.. terpegun plak

      Delete
  2. betul tu.. orang lagi prefer buat research dekat google daripada fb :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb lebih padat detail n infonya kan...nak paham pun senang sbb di terang panjang lebar. Sis sndiri suka guna google

      Delete
  3. betul..kebnykn customer akak beli produk akak melalui blog..jadi akak jarang dah promote di FB..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syabas kak Fizz.. ni pun boleh jadi bukti juga akan kejayaan berbisnes melalui blog :D

      Delete
  4. blog ni dia target sangatlah besar.. cerita pengalaman pastu selitkan jualan..lagi orang tertarik nak beli sebab berdasarkan pengalaman sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul.. pastu letak sekali gambar-gambar kita masa gunakan produk tu. Lagi orang puashati dan yakin utk beli dan guna.

      Delete
  5. All the best awa, semoga terus sukses dan maju !
    Keep support each other...

    ReplyDelete
    Replies
    1. all the best to you too mrs pip.. luv u.. Thanks sbb sntiasa support blog Awa ni :D

      Delete
  6. kebanyakkan orang akan cari produk atau beli suatu produk melalui blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. sebelum beli orang akan cari info dulu.. bukan main redah beli semata-mata kerana iklan je. Orang skrg lebih hati-hati sebelum beli.

      Delete
  7. Dulu pernah juga bisnes di Facebook. Tak larat. Alhamdulillah sekarang sepenuhnya menggunakan blog, lebih terurus masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awa sndiri prnh niaga di FB..Letih! Asyik nak kena reply PM je tiap masa.. belinya belum tentu lagi, pakai blog senang. Tulis smua info dan orang boleh baca sndiri smpai jelas. Bila diaorg mesej tu memang confirm dah puashati dan nak beli,..senang keja... jimat masa..

      Delete
  8. Betul tu sis.. Skrg ni kalau nak beli sesuatu mesti search dulu kat google.. Blog yg dorg akan tgk dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama dengan kita sendiri pun kan Lea.. nak beli apa-apa mesti akan search dulu.. hehe

      Delete
  9. point yang menarik..saya setuju

    ReplyDelete