KATZ Royal Jelly Cleansing Paper - Indah Khabar Dari Rupa! - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

20 Aug 2017

KATZ Royal Jelly Cleansing Paper - Indah Khabar Dari Rupa!

Assalamualaikum ualls... hi hi sikit.. (nampak tak daku tengah melambai ni)
Meh sini rapat rapat sebabnya aku nak share info tentang satu produk yang makin hari makin hangat di perkatakan di sana sini sekarang ni. Tak nak hanya dengar dan lihat saja. Hari ni aku sendiri nak cuba.

Aku ni sebenarnya cukup suka melawa terutama kat bahagian mata. Walau aku ni berniqab tapi aku ikut je perkembangan makeup semasa dan aku pun ada juga beli produk makeup untuk diri aku sendiri. Cuma masalahnya aku malas masa time nak kena tanggalkan semua makeup tu terutamanya masa nak ambil wudhu. Aku tak nak lah sampai tahap asyik kena bawa set produk untuk tanggalkan makeup ke mana-mana saja. Kalau bawa pun ingat mudah dan cepat ke nak tanggalkan semuanya? Eeee leceh! Jadi nak tak nak aku sekarang just makeup ala kadar je (walau dalam hati ni membuak-buak nak makeup lawa-lawa untuk suami)

Maka di sebabkan tahap kemalasan aku yang amat melampau tu, aku nekad dengan hati yang hangat membara untuk mencuba satu produk ni. Aku pun tak sangka ada produk yang begini selama ni. Konon ikut perkembangan tapi produk macam ni ada di pasaran pun tak pernah tahu. (malunya). Nak tahu produk apa? Meh aku kenalkan.


ROYAL JELLY CLEANSING PAPER dari KATZ


KATZ - ROYAL JELLY CLEANSING PAPER -  di katakan menggunakan teknologi skincare terbaru untuk menanggalkan makeup wajah dan membersihkan wajah dalam masa 2 minit saja. Kandungan bahan aktif utama dalam produk ini ialah Royal Jelly, Citric Acid, Aloe Barbadensis, Rosa Rugosa dan Hamamelis Virginina dan Arniza Montana. Produk ini berperanan untuk membantu menanggalkan makeup dengan sempurna, membersihkan wajah dengan lembut dan melembapkan kulit secara mendalam.

Senarai bahan aktif utama yang di gunakan. 

Sebaik je sampai aku terus buka kotaknya yang berwarna gold tu. Tak sabar nak cuba sendiri ni.. Sebaik saja di buka... eh ada dua bekas? Terkejut beruk juga lah aku di buatnya ni... happy pun ya jugak.

Aku pun terus keluarkan dari kotak dan buka ke dua-dua bekas yang ada di depan mata aku ni. Lepas aku godek satu persatu, inilah dia barangan yang terdapat di dalam kotak keemasan tadi.


Sebelum di geledah

Selepas di geledah... 

Produk dah tengok, apa lagi masa untuk mencubanya pula. Aku pun memang dah tak boleh sabar lagi ni. Aku capai dua lipstik MATTE yang ada kat atas meja solek ni dan aku terus palitkan sedikit kat tangan.

TEST JANGAN TAK TEST
Tapi ternyata hasil yang aku perolehi tidaklah seperti apa yang aku harapkan. Memang tanggal tapi masih ada lagi kesan lipstick yang berbaki di tangan aku ni. Omg! Adakah benar produk ini hanya indah khabar dari rupa?

Aku tak nak cepat melatah, lalu aku pun baca semula info yang di bekalkan oleh pihak KATZ ni. Satu persatu aku baca dari awal sampai akhir. Sebagaimana yang di jangkakan, rupanya aku sendiri yang dah tersalah baca info. Hahaha. Teruk betul! Itulah excited sangat nak cuba sampai info pun tak sempat nak baca sampai habis. Lol.

CARA PENGGUNAAN KATZ ROYAL JELLY CLEANSING PAPER YANG BETUL
1. Ambil 1 helai kertas dengan tangan kering
2. Letak di tapak tangan dan titiskan dengan sedikit air
3. Gosok pada tapak tangan sehingga berbuih
4. Sapu pada wajah dengan lembut kemudian bilas

Oooo begini rupanya. Eh! Kertas tu bila kena air dan di gosok pada tapak tangan, ia terus berfungsi seperti sabunlah... hebat! 

100% clean! sikit pun tak tinggal.. bersih sebersih bersihnya, bau pun wangi.. hmm not bad!

KESIMPULAN - BUKAN HANYA INDAH KHABAR DARI RUPA. 

Ternyata, produk ni memang sangat bagus dan amat praktikal. Bayangkanlah bila nak tanggalkan makeup tak payah lagi berpuluh minit depan cermin guna kapas banyak-banyak. Pastu tak payah juga nak buat step by step sampai siap. Dengan menggunakan KATZ Royal Jelly Cleasing Paper ni, kita cuma perlu titiskan sedikit air dan sapu pada muka dengan lembut seperti sedang menggunakan pencuci yang lain. Keputusannya wajah terus bersih dari sebarang kesan makeup yang di pakai tadi.

Ohya, bukan setakat mudah dan cepat untuk di guanakn, nak di bawa ke mana-mana pun senang jugak. Bekasnya pun comel dan ada class. Aku tak tahu apa pendapat ualls tentang produk ni tapi bagi aku its so nice and awesome. Memang patut pun kita beli dan simpan satu dalam handbag.

BERITA BAIK
Sekarang KATZ sedang adakan promosi seluruh negara sehingga 30 SEPTEMBER 2017. Kalau ualls cepat boleh dapat diskaun sebanyak RM8. Banyak juga tu.

Bukan tu je, pihak KATZ juga sedang sibuk agihkan sample-sample percuma pada semua bakal pelanggan yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang produk mereka ni.

Cepat-cepat, segera contact KATZ di:
FB = www.facebook.com/katzmalaysia (Miss Elly)
Instagram = @katzmalaysia
Whatsapp = 011-3553 0355
KATZ BEAUTY SDN BHD (1225239-T)


p/s: Apa pendapat peribadi ualls tentang produk ni?

19 comments:

  1. wahhh bestnyaa! teringin nak cuba KATZ ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best.. sis pun dh jatuh cinta pndang pertama ngan KATZ ni haha

      Delete
  2. Waahh menariknya ni kak awa.teruja pula aihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe.. mmg lain drp yg lain dan sgt2 praktikal..

      Delete
  3. Wow...menarik..SA suka benda yang menyenangkan macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah la praktikal, sweet pulak tu.. sweet sgt2 :D

      Delete
  4. Shad dah pm Elly for sample. Hehe. Dapat sample jeee... 😘😘😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah!! Okay lah tu janji dapat.. servis Elly yang handle pages KATZ tu pun bagus kan.. Cepat gak tengok dia reply dan pos smua sample

      Delete
  5. wahhhh teruja la nak guna jugak nak try mintak sample la hahahhaha

    ReplyDelete
  6. bestnya sis awa... tak sabar nak try nnti... <3

    ReplyDelete
  7. Nice info!

    saya nak jemput sis hawa join segmen bloglist by ceriteraibu.com. saya tag sis hawa di sini ye:

    http://missaziemah.blogspot.my/2017/08/segmen-bloglist-sept-okt-by.html

    ReplyDelete
  8. Huwaaaa bestnyeeee.... x sabari ni.. Produk terpenting utk wanita..

    ReplyDelete
  9. tak sabar nak try sample ni , kalau betul apa yg sis awa cakapkan lepas ni tak payah pakai miceller cleasing water nk remover make up

    ReplyDelete
  10. Wow.. senangnya sis awa.. dilah ni malas nak mekap sbb leceh bila nak solat.. tp kalau ada produk bagus mcm ni, senang la keje kita kan..

    ReplyDelete
  11. Bestlah produk ni, senang nak bawa mana2 dan senang nak tanggalkan make up ...

    ReplyDelete
  12. senang nak bawak travel.memang praktikal

    ReplyDelete
  13. Wah..interesting ni..kena cuba sbb akak selalu mekap

    ReplyDelete