Streamyx : Bila Lampu DSL Berkelip dan Lampu Internet Tak Menyala - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

16 Aug 2017

Streamyx : Bila Lampu DSL Berkelip dan Lampu Internet Tak Menyala


Baru-baru ni aku tension kejap. Apa taknya, internet kat rumah buat hal. Tetiba je lampu DSL kat modem tu asyik berkelip-kelip dan lampu untuk Internet pulak sampai ke sudah tak mau menyala. Waduh waduh...

Dalam hati memang dah rimas sangat-sangat. Dalam fikiran pula aku buat andaian sendiri yang besar kemungkinan modem dah rosak sebabnya kawasan rumah aku sekarang ni asyik hujan jer. Tapi, bila aku fikir-fikirkan balik takde pula aku on line Streamyx kat rumah aku ni time hujan. Lagipun, pekerja TM dan pesan kat aku dari dulu lagi..

CARA MENGELAKKAN MODEM STREAMYX DI PANAH PETIR

  • Tutup dan cabut plug utama
  • Tutup dan cabut plug sambungan ke modem dan talian telefon rumah
  • Off kan butang power pada modem 
  • Cabut semua wayar dari modem
  • Jauhkan modem dari telefon rumah dan laptop
  • Cabut plug semua gadget yang bersambung dengan talian wifi dan telefon rumah

Masa mula-mula aku dapat tatacara kat atas tu, aku ada terfikirlah juga. Kenapa payah sangat sampai nak kena cabut semua wayar yang ada kena mengena dengan line internet si Streamyx ni? Tak cukup ke setakat tutup dan cabut plug utama je. 

Bila aku ajukan soalan tu pada wakil pihak TM, jawabnya: 

"talian telefon rumah masih boleh alirkan elektrik ke laptop dan modem walau sudah di cabut dari plug utama. Jadi kalau tak nak modem, laptop dan lain-lain gadget yang boleh di akses dengan wifi di sambar petir, sila tanggalkan semua wayar yang berkaitan dengan segera."

Lepas dapat jawapan tu barulah aku faham. Patutlah ada kengkawan aku mengadu talian rumah kena kilat sampai modem ikut punah. Yang lagi kesian sampaikan laptop pun rosak sekali. Teruk tau bila kena panah kilat ni. Ye, line telefon pihak TM boleh tolong baiki secara percuma tapi modem dan laptop yang dah rosak tu siapa yang nak menanggung kalau bukan diri sendiri? Silap haribulan kena beli yang baru. Oh tidakkkk...

Geseran antara awan dan udara menyebabkan cas positif berada di atas, dan cas negatif berada di bawah awan. Apabila awan bergerak mendekati bumi yang bercas positif, satu tarikan akan wujud antara cas-cas ini.


Berbalik pada situasi aku tadi. Kalau dah aku ikut semua arahan.... kenapa line streamyx di rumah aku masih bermasalah? Modem langsung tak nak berfungsi sedangkan telefon rumah okay la pulak.
Maka, tanpa tunggu lama aku terus call 100 dan buat aduan.

Tunggu punya tunggu punya tunggu, wakil TM sama sekali tak datang. Pelik! Memang pelik! Sebabnya rumah aku ni dengan TM bukannya jauh sangat malah sebelum ni kalau aku buat aduan tak sampai pun 8jam, pasti ada pihak TM datang untuk baiki line rumah aku yang rosak tu. Aku tetap setia menunggu dan sampai ke sudah takde juga wakil yang datang ke teratak buruk aku ni. 

Akhirnya, aku tanggalkan semua wayar sambungan dari modem dan aku biarkan saja macam tu selama hampir sejam. Kemudian aku pasangkan semula semua wayar dan aku ubah kedudukan modem aku ke tempat yang lebih tinggi.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Aku bernasib baik! Selepas beberapa kali cubaan ubah kedudukan modem tu ke situ dan ke sini, akhirnya lampu DSL aku menyala semula dan kali ni sama sekali langsung tidak berkelip. Bila lampu DSL tidak berkelip maka keluarlah pula lampu pada bahagian Internet. Hooorayy... dah boleh online balik! Yahoo yabeda beduu :D

Ini bermakna modem aku tak rosak tapi yang bermasalah adalah line Streamyx dari TM itu sendiri. Mungkin di sebabkan keadaan cuaca yang tak menentu di rumah aku ni. Almaklumlah pantai timur dah semakin menghampiri musim tengkujuh jadi line pun ikut tak menentu juga. Syukur.. selamat duit aku dari kena beli modem baru.


MAKSUD DI SEBALIK SETIAP LAMPU LED MODEM 



1 comment:

  1. Pernah gak jadi gitu call TM lepas tu dia ok balik mungkin org TM dah settle ka

    ReplyDelete