Header Ads

Cara Elakkan Scammer Dari Ruangan Komen

Mari sini rapat-rapat... Abang abang! Kakak kakak... Makcik makcik... Pakcik pakcik! Mari sini nak kasi tau satu cara hebat dan cepat untuk.....

sumber google



dot dot dot..... tak sanggup nak cakap arrr... huhu... maluuuuuu.... (tutup muka)

Apa ualls rasa? Sesuai tak perempuan macam aku ni promote produk atau apa saja yang berkaitan dengan 'barang peribadi' orang lelaki? Aku rasa tak kot! Camana nak jual kalau nak sebut pun aku dah rasa cukup maluu... apa ingat orang perempuan yang dah kahwin ni boleh cerita hal macam ni mudah-mudah ke? Maybe ada tapi untuk aku memang tidak sama sekali.. nak tulis entry ni pun asyik jeling ke arah encik husband, takut kalau-kalau dia terbangun dari sofa tu dan terbaca tajuk entry ni. Mana ku nak sorok muka..hahahaha....

KENAPA BUKA ISU NI?
Ini di sebabkan sudah ada segelintir individu yang sudah mula meninggalkan link untuk promote ubat kuat barangan lelaki kat ruang komen di blog aku ni. Mujur jugalah blog aku ni semua komen-komen di tapis dulu sebelum publish, kalau tidak entah apa dah jadi dengan blog aku ni pun aku tak tau. 

CONTOH:
Nampak tak tu? Kalau tak di kawal dari awal ni, pasti akan ada makin banyak iklan sebegini di ruangan komen blog nanti. Eeee tak kuasa...  menyemak betul di pandangan mata. Yang makin geram, dari Indonesia sana nuuuuu... jauh bebenor!! Waduh waduh.... kenapa kalian datang hingga ke sini ya????

KENAPA MARAH?
Of course lah aku marah!!! Kalau ubat untuk kuatkan rahim takpe lah juga, at least ada juga kena mengena dengan aku ni sebagai seorang wanita, boleh juga aku skodeng link yang di tinggalkan tu tapi masalahnya ini link untuk produk lelaki kot.. ualls rasa? Patut ker di tinggalkan link sebegini di blog seorang wanita? Malu tau malu.... :(

BLOCK!!
Inilah akaun google yang telah tinggalkan link terbabit. Aku punya cara mudah jer.. aku delete post sebelum sempat di publish ke blog dan dalam masa yang sama aku terus block akaun googlenya. Masalah selesai!!

NASIHAT IKHLAS....
Bagi semua pemilik blog di luar sana, silalah letak Comment Moderation ( di blog masing-masing ye.. tapis dulu semua komen yang di tinggalkan sebelum di publish... caranya pun bukannya susah... hanya perlu setting sikit jer dan lepas tu bolehlah check semua komen dan publish mana yang sesuai bila-bila masa yang ualls suka.

CARA PASANG COMMENT MODERATION
Dashboard - Settings - Post,Comments & Sharing - Comment Moderation
CARA CHECK KOMEN SEBELUM PUBLISH
Dashboard - Comments - Awaiting Moderation - Publish or Delete
KESIMPULAN : 
Sediakan payung sebelum hujan... nak jual produk bukan-bukan sila gunakan saluran yang betul...

15 comments:

  1. Ada gak dapat komen macam tu dulu2 loni dah buat org xde nama xde nama xleh komen

    ReplyDelete
  2. erm...bahaya juga kan macam ni...wat semak...ok awa,kak lina nak try buat comment moderation

    ReplyDelete
  3. hahahaha!terkejut i ols tengok tajuk!okeh pasni tukar setting!hehs..tenkiu sharing awa!

    ReplyDelete
  4. org sekarang ni macam macam.. habis dicita.. tp kisah ina pulak..org pulak direct whatsapp bertanya. ingt ina ni pakar sakit tuan ke.. hadoiii.

    ReplyDelete
  5. Hahhahaha, kalau mek, mek reply komen dia : tok seiiii,ambo tkdp bare nk besar πŸ˜‚

    ReplyDelete
  6. ya ampunn.. maluuuu.. nasib baik ditapis komen akak tu..

    ReplyDelete
  7. Pernah jugak dapat komen gini...tp bila lama-lama ignore dia dah bosan kot..hihi

    ReplyDelete
  8. Aduh, macam-macam scammer sekarang kan.. Setakat nie saya tak penah dapat komen camtu tapi selalu dapat komen untuk berjudi..

    ReplyDelete
  9. Wohooo..tajuk pnas sgt..rupanya scammerπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  10. Hahahaha.... memang banyak kes camtu... sabar je la... haha

    ReplyDelete
  11. aira awalnya tak berani nak buka bila tengok tajuk. haha. apepun, betullah kena tapis dulu kalau tak memang berderet scammer

    ReplyDelete
  12. mmg kalau dpt komen gitu...sah2 mmg kena block...sadiss sungguh depa tu

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah setakat sekarang CCL tak pernah lgi terima komen2 dari scammer mcm sis awa terima , bahaya jugak kadang2 kan

    ReplyDelete
  14. Memang dah lama letak verification ni... Utk tapis komen sebelum publish...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.