Kena Minum Air Gula Ketika Hamil - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

21 Sep 2017

Kena Minum Air Gula Ketika Hamil

Assalamualaikum ualls,...

Minggu ni alhamdulillah kandungan aku dah pun menjangkau 28 minggu. Ini bermakna makin hari makin dekat tarikh jangkaan untuk aku melahirkan seorang lagi hamba Allah ke atas muka bumi yang sedang kita duduki sekarang ni. Bila makin dekat tarikh jangkaan makin berdebar debar dalam hati ni tau! Apa ingat yang dah bersalin ramai ni tak takut ke masa bersalin? Takut okay... macam-macam benda nak kena set masuk dalam kepala ni, terutama sekali kena setkan yang bila bersalin nanti akan kena hadapi rasa kesakitan yang teramat sangat... hehe.. (bukan niat nak takutkan sesiapa ye...)

Kita stop dulu bab sakit bersalin tu sebabnya belum tiba masanya lagi untuk aku melahirkan. Sekarang ni kita fokus bab rutin pemeriksaan ketika sedang mengandung.

Tarikh terbaru sekali aku buat pemeriksaan adalah pada 12 September 2017 yang lalu. Selalunya bila tiba hari untuk buat pemeriksaan ni... suami aku, Mr Qamar memang akan ambil cuti untuk menjaga anak aku, Awwal yang kini berusia hampir 2 tahun. Manakala aku drive kereta sendiri untuk ke Klinik Ibu dan Anak tu. Tapi kali ni aku terpaksa pergi dengan Mr.Qamar dan juga Awwal. Ini di sebabkan tarikh untuk buat pemeriksaan ke atas Awwal pun dah tiba jugak.


Selalunya siap diri sendiri jer pastu terus keluar dari rumah dan dalam pukul 7.50 pagi aku mesti dah boleh ambil nombor kat kaunter tapi hari aku masih berada di rumah lagi walau jam makin hampir ke angka 8. Alamak! Hari ni aku nak kena minum air gula jadi mesti kena ada kat sana segera.

Maka untuk menjimatkan lagi seberapa banyak masa yang boleh, Mr Qamar membuat keputusan untuk kami pergi ke klinik hari ini dengan menaiki motor jer. At least tak payah pening kepala cari tempat parking nanti.

NAIK MOTOR... YEAH YEAH!! :D
Terus aku rasa teruja. Apa taknya,... aku dan dia dah lama tak naik motor bersama tau! Rasanya dah lebih daripada 5 tahun. Yelah aku ni ke mana-mana asyik dengan kereta jer. Motor yang ada ni aku hanya guna sesekali  bila nak ke kedai... itupun pergi sendiri dan bukannya dengan dia. (Tetiba teringat masa baru kahwin dulu.. nak ke mana-mana semuanya kena naik bas awam... hehe...)

Sampai je kat klinik, terus daftar nama dan bergegas ke bilik pemeriksaan. Mujurlah hari ini nama aku dah tersenarai untuk temujanji minum air gula kalau tidak tentu aku kena tunggu lama untuk dapat giliran. Lagipun pemeriksaan kat sini di lakukan secara one by one dengan nurse kawasan masing-masing. Ini bermakna kandungan aku ni hanya akan di check sejak awal kehamilan sehinggalah selepas melahirkan dengan nurse yang sama jer. Siap ada nombor handphonenya lagi untuk di hubungi jika ada apa-apa kecemasan. Kira okay la tu kan? :D

Nak kena minum air gula ni mesti kena ada surat dulu dan mesti juga kena puasa bermula jam 10malam hari sebelumnya. Kiranya kena skip ambil breakfast la mudah cakap. Soal Awwal, semuanya aku serahkan pada suami. Lagipun dia dah pernah bawa anak untuk checkup tanpa aku sebelum ni. Jadi hal-hal macam ni dia dah biasa dah... thank God!

JANGAN TERPEDAYA DGN WARNANYA
Sampai je kat bilik pemeriksaan, aku terus kena ambil darah, kemudian kena minum air gula. Dah lah perut kosong, kena pula minum minuman yang cukup cukup manis. perghh... nak termuntah aku di buatnya. Mujurlah dah bawa sebotol air mineral tapi tu lah nurse aku asyik jelinggg je takut aku minum air kosong tu banyak-banyak. Hahahaha...

Nampak tak tu? Kalau masa aku mengandung dulu, air gula ni warna putih jer tapi sekarang ni dah bertukar jadi warna oren. Nampak je sedap okay tapi nak telan cukuplah payah!

Ini kali ke dua aku kena minum untuk kandunganku yang ke enam ni. Kali pertama aku kena minum 2 bulan lepas. Masa tu aku minum cepat-cepat, apa lagi terus muntah ualls. Mujurlah termuntah sikit je kalau tidak tak pasal-pasal kena start balik dari awal. Haa kena ingat tu ya, kalau termuntah bermakna kena minum sekali lagi! Kalau tak sanggup silalah cuba sedaya yang upaya menahan diri untuk pastikan semua air ni mengalir masuk hingga ke perut.

Jadi sebab tu lah kali ni aku dah lebih bersedia dengan membawa sekali tisu yang banyak berserta dengan sebotol air mineral. Kalau dulu aku minum cepat-cepat tapi kali ini aku minum sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan. Kalau masa rasa nak terkeluar juga tu, aku terus telan sedikit air kosong untuk hilangkan rasa loya kat tekak ni.

Selesai je minum air gula, aku pun terus sambung buat pemeriksaan yang lain iaitu:

1. Timbang Berat Berat
Berat badan memang perlu di pantau dari masa ke semasa ini di sebabkan berat badan ibu-ibu hamil boleh berubah hanya dalam sekelip mata. Ada yang mengalami berat badan menurun dan ada pula yang mengalami berat badan naik secara drastik. Peningkatan berat badan yang normal adalah sebanyak 10kg sehingga 20kg sepanjang kehamilan.

2. Pemeriksaan Tekanan Darah
Tekanan darah memang wajib di periksa setiap kali hadir untuk pemeriksaan kesihatan. Ini kerana tekanan darah yang tidak stabil boleh memudaratkan bayi di dalam kandungan. Tekanan darah yang normal sewaktu hamil adalah sekitar 120/70. Jika tekanan darah melebihi 140/90, doktor akan segera memberi perhatian yang lebih khusus.

3. Ujian Air Kencing
Tiap kali pergi check mesti akan kena beri air kencing ni. Kalau sebelum ni untuk check samada betul-betul mengandung atau tidak dan selepas benar-benar hamil kena juga check urine. Kali ini untuk mengesan pelbagai penyakit yang memerlukan rawatan rapi.

Sebagai contoh, kewujudan gula dalam air kencing merupakan tanda yang kita sedang megidap diabetes dan jumlah kehadiran protein dalam air kencing pula boleh menunjukkan keadaan buah pinggang samada berada di dalam kandungan yang baik ataupun tidak.

4. Pemeriksaan Fizikal
Bahagian pergelangan kaki akan di periksa samada bengkak atau tidak. Perubahan pada kaki boleh memberi tanda-tanda awal tentang tubuh badan kita samada berada di dalam keadaan yang okay ataupun tidak. Perut juga akan di turut. Malah nurse akan mengukur panjang perut untuk mengetahui size dan tinggi rahim semasa kehamilan.

5. Ujian Imbasan
Part ni yang paling aku best. Best sebab dapat dengar denyutan si comel kat dalam perut ni. Hehehe.

Tengok jam kat tangan, eh lambat lagi nak sampai masa untuk ambil darah kali ke dua. Ohya aku tak beritahu lagi tadi kan? Okay, minum air gula ni kena ambil darah dua kali tau! Sekali masa sebelum minum air gula dan sekali lagi dua jam selepas minum air gula tersebut. Dalam masa dua jam berselang tu tidak boleh makan dan minum minuman yang berperisa. Hanya air kosong je yang di benarkan.

WAJAH ORANG TENGAH BORING !!
Settle semuanya, aku pun pergi lah dapatkan suami dan anakku semula. Check up untuk Awwal alhamdulillah dah pun settle. Cuma tunggu untuk habiskan part aku ni jer. Kalau datang dengan kereta boleh juga lepak-lepak dalam kereta sambil dengar lagu. Boleh juga anakku si Awwal ni baring-baring tapi bila dah datang dengan motor ni, nak tak nak tunggu je lah kat tempat duduk tu dengan para pesakit yang lain.

Mujurlah Awwal tak buat perangai walau hakikatnya dia dah boring yang teramat sangat dah.. sayang anak mama...

Sambil-sambil tunggu giliran untuk ambil darah kali ke dua, meh sini aku ceritakan dulu apakah tujuan sebenarnya minum air gula untuk wanita hamil ni.

KENAPA PERLU MINUM AIR GULA ??
  • Minum air gula itulah nama yang mudah di panggil tapi dalam perubatan ia di panggil Ujian MGGT (Modified Glucose Tolerance Test) 
  • Darah akan di ambil sebanyak dua kali dan ianya di gelar sebagai fasting blood sugar.
  • Untuk mengesan seandainya ada tanda-tanda penyakit kencing manis semasa hamil.
  • Penyakit kencing manis ketika hamil boleh menyebabkan ibu mengandung anak besar dan jika perkara ini dapat di kesan lebih awal pihak hospital boleh memantau kesihatan ibu dengan lebih rapi.
  • Penyakit kencing manis ketika hamil juga boleh memberi risiko kecacatan dan meninggal dalam perut pada bayi yang masih di dalam kandungan. 

SIAPA YANG PERLU MINUM AIR GULA NI?
  • wanita hamil yang berusia 25 tahun dan ke atas
  • wanita hamil yang berada dalam kategori obesiti di mana BMI melebihi dari 30
  • wanita yang pernah melahirkan anak seberat 4kg dan ke atas
  • wanita hamil yang sudah punya sejarah diabetes 
  • wanita hamil yang pernah mengalami keguguran
  • wanita hamil yang pernah mengalami bayi meninggal dalam kandungan
  • ada di antara ahli keluarga yang merupakan pesakit kencing manis

Aku ni alhamdulillah memang tak pernah mengidap penyakit kencing manis tapi malangnya ibu aku sendiri merupakan bekas penyakit berbahaya ni (sekarang dia dah sembuh). Di tambah pula dengan umur aku yang sudah melebihi 30tahun dan ini pula adalah kandungan yang ke enam maka memang munasabah lah untuk aku tercalon menjadi salah seorang peminum air gula yang manis trang tang tang ni.

Akhirnya masa yang di tunggu-tunggu telah tiba juga. Aku terus pergi pada nurse yang bertugas dan dia terus ambil darah aku untuk kali yang ke dua. Aku pun terus hantar ke makmal dan bertolak balik. Tak nak dah singgah mana-mana lagi... lapar ni tau lapar... hahaha... 

Alhamdulillah, selesai segala urusan untuk hari ini. Sekarang hanya mampu berdoa semoga keputusan darah aku okay sebagaimana seperti sebelum ni. Ameen....

** MESTI UALLS DAH PERNAH MINUM AIR GULA NI JUGAK KAN? MACAMANA? OK KE TIDAK?

13 comments:

  1. semoga dipermudahkan ye kak ^^ tak sabar nak tengok baby comel tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nurul.. nervous dh ni tau tak... adoi la

      Delete
  2. akak masa 3 bulan kandungan minum air gula result semua ok. tapi bila 7 bln stgh ada detect kencing manis lak... huhu nak buat camana, tiap hari akak akan minum air manis walaupun segelas klu tak rasa macam tak puas, satu hal lagi air putih kurang... hopefully sis ok semuanya jgn jd mcm akak tak jaga makan dan minum,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yaka.. pastu cmana.. kena suntik ke?

      Delete
  3. semoga dipermudahkan..dalam family ekin ada sejarah gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la ekin oi.. ibu sis prnh kena kencing manis jugak.. hmmm apa leh buat

      Delete
  4. Oh tidak!... paling x suka minum air gula ni ...
    Nak termuntah pun ada ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la cukup payah nak telan... sampai menitik airmata

      Delete
  5. sepanjang mengandung ina tajpernah minum airgula..alhamdulillah. tapi sangkut kot lain..hihihi.Hb bermasalah..drop.Bila bsalin,naik pula 14

    ReplyDelete
  6. Huhu.. takut baca intro pasal bersalin.. takut juga kena minum air gula.. skrg kandungan 1st.. 34week.. berat bdn pun makin btambah.. nasib baik x kena bagi air gula lagi.. Semoga sama2 kita dipermudahkan sis awa..

    ReplyDelete
  7. Xsukanya air gula.ena pas minum 2jam tu muntah huhu .nasib xkena minum balik. Semoga dipermudahkan ye

    ReplyDelete
  8. gee tak pernah minum yang berperisa..manis ting ting ting oiii....hahaaha

    ReplyDelete