KOPI CINTA by SisHawa - Bab 2 - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

3 Oct 2017

KOPI CINTA by SisHawa - Bab 2



Hari ini genap seminggu aku uruskan kafe Kopi Cinta milik Kak Kiyah dan aku betul-betul tak
sangka yang aku boleh suka tahap jatuh cinta dengan kerja ni. Agaknya mungkin sebab aku suka
minum kopi kot jadi dengan kerja ni aku bebas untuk minum seberapa banyak kopi yang aku
mahu tanpa ada siapa pun yang boleh melarang. Yelah, aku ni kan boss! 

Ohya! Hanya emak, Hani dan Zamir kawan baikku saja yang tahu bahawa aku ni hanyalah
penyamar. Pekerja, pembekal dan pelanggan sama sekali tak tahu siapa aku sebenarnya. Best
juga bila hari-hari orang panggil aku ‘Puan’. Tapi aku ni bukanlah orang yang terlalu gilakan
kuasa. Aku masih lagi di tahap sedar diri maka disebabkan itu aku melayan semua pekerja kafe
ini dengan baik. Aku mahu mereka semua berada selesa dan ceria ketika membantu aku
menguruskan kafe ni.

Hari ni aku rancang nak bawa anak saudara aku si Honey tu untuk keluar berjalan-jalan. Aku
minta pekerja yang paling aku percayai untuk jagakan kafe. Kesian betul aku tengok si Honey
tuh. Dah lah mak ayah nya jauh, aku pula sibuk di cafe jadi tak de sapa nak melayan kerenahnya
yang manja tu. Nak selalu harapkan mak aku pun tak boleh juga. Mak aku tu bukannya sihat
sangat.

"Mama... Honey dah siap. Jom.. " Honey meluru ke arah ku dengan pakaian serba pink.

Ops... lupa pula aku nak kenalkan. Anak saudara aku ni namanya ialah Hani Sofea. Kami semua
memanggilnya dengan panggilan Honey. Satu-satunya anak kepada Kak Kiyah dan abang Alex
buat masa ni. Honey ni sejak dari kecil dia telah di ajar supaya memanggil aku dengan panggilan
mama dan memanggil emaknya Kak Kiyah dengan panggilan ibu.

Mak aku sendiri yang suruh sebabnya jarak usia aku dan Kak Kiyah hanya berbeza setahun saja.
Jadi Honey ni ibarat ada dua orang emaklah sekarang ni. Kalau dia merajuk dengan ibunya, dia
akan datang kepada mamanya. 

Aku ni pula memang mudah lembut hati dengan Honey sampaikan emak aku sendiri selalu membebel bila aku beli macam-macam mengikut apa saja kehendak Honey. Sebab itu jugalah emak aku bebel tak henti-henti suruh aku kahwin cepat-cepat. Emak cakap kalau aku kahwin cepat nanti aku dapatlah layan anak sendiri dan aku tak perlu lagi melayan kerenah si Honey yang semakin menjadi-jadi. Apa tidaknya, usia Honey dah pun mencecah enam tahun jadi dia sudah punya citarasa sendiri. Kalau setakat nak di sogokkan dengan gula-gula tu memang dah tak jalan.

"Mama.. mama.... jom lah..." Honey menarik-narik lengan ku.. Arghh so cute! Aku mencubit
lembut pipi kanan Honey dan terus mencapai tangan kanannya. Kami beriringan menuju ke
kereta Zamir yang sudah pun menunggu di hadapan pagar. Hari ini aku dan Zamir akan
membawa Honey bersiar-siar di sekitar bandar Kuala Lumpur.

*********
Hari minggu begini semestinya suasana agak sesak di tengah kotaraya Kuala Lumpur ni. Kasihan
juga aku pada Zamir sebab terpaksa mengorbankan hari cutinya dengan aku dan Honey.

Zamir, satu-satunya sahabat baik yang aku ada dari dulu hingga kini. Aku kenal Zamir sejak di
bangku sekolah rendah lagi. Dulu kami berdua hidup berjiran tapi bila menginjak ke sekolah
menengah Zamir terpaksa berpindah ke utara mengikut keluarganya. Walaubagaimanapun kami
tetap berhubung dan sekarang bila sudah dewasa Zamir telah kembali semula ke kota Kuala
Lumpur ini dengan berjawatan sebagai seorang pengurus bank.

Bercerita bab kerjaya, sebenarnya aku juga sudahpun punya kerjaya sendiri. Aku berada di Kuala
Lumpur sekarang hanyalah untuk menghabiskan masa cuti aku selama beberapa bulan saja.
Selepas ini aku akan pulang semula ke Pulau Lagenda untuk meneruskan tugas aku sebagai
pengurus di salah sebuah hotel lima bintang di sana. Aku cuti ni pun dek kerana jasa baik bossku
yang membenarkan aku bercuti lama bersama keluarga. Apa taknya, selama ni aku asyik kerja
saja selama bertahun-tahun tanpa henti. Orang lain cuti tapi aku tetap di meja kerja sampaikan
emak aku bising-bising sebab dah lama benar tak dapat nak tatap wajah aku yang cun melecun ni. Di sebabkan itu aku ambil keputusan untuk bercuti lama biarpun tanpa gaji. Bila pulang ke sini, barulah aku tahu yang Kak Kiyah dalam proses untuk membuka sebuah kafe.

Jadi, alang-alang cuti tanpa gaji aku buat keputusan untuk berkerja sementara dengan Kak
Kiyah. At least, ada juga duit poket untuk aku shopping. Cuma tu lah, lain yang aku rancang lain
pula yang terjadi. Apa boleh buat sudah nasib badan.

*********
“Mama… Honey lapar.” Suara comel Honey dari tempat duduk belakang kereta telah memecahkan suasana sunyi di antara kami bertiga.
“Lapar? Laa.. mama tak kasi Honey makan dulu ke tadi?” Tanya Zamir pada Honey.
“Hello.. apa kau ingat aku ni suka dera budak ker? Aku dah makan dengan Honey kat rumah
tadi. Tapi tu lah, bukannya kau tak faham perangai si Honey ni.” Balas aku semula
mempertahankan diri. Zamir terus tersenyum suka.

Memang beginilah perangai aku dan Zamir. Kami berdua dah cukup akrab sampaikanpercakapan pun ikut tahu cakap lepas jer. Sama-sama dah terbiasa dan sama-sama dah tak reti nak berkecil hati.

Emak pernah suruh aku kahwin jer dengan Zamir tapi aku memang tak boleh. Walau Zamir dah
berulangkali ucapkan yang dia memang telah jatuh hati pada aku dari dulu namun aku sama
sekali tak boleh menerimanya. Bagi aku Zamir tak ubah seperti seorang saudara kembar. Apa
saja yang aku suka dia tahu dan apa saja yang aku tak suka pun dia tahu. Akhirnya kami berdua
nekad untuk menjadi sahabat baik sehidup semati sampai bila-bila dan sekarang ni Zamir sendiri sudah tidak pernah lagi mengungkapkan kata cinta dan mengajak aku kahwin. Dia sama sekali menghormati keputusan yang telah aku buat.

Kadangkala aku ada terfikir juga. Kenapalah si Zamir ni boleh jatuh cinta pada aku. Nak kata
aku ni lembut lembut memang tak lah. Nak kata aku ni tahap seksi dan up to date macam
pelakon mat salleh yang seksi tu pun tak jugak. Aku ni kalau nak di gambarkan secara luaran
memang cukup payah. Jangankata orang lain nak gambarkan, aku sendiri nak beri detail tentang diri aku sendiri ni pun susah. Cuma yang pasti aku memang tak minat soal jiwang karat ni. 

Ohya, baru aku teringat. Korang bolehlah samakan sikap aku dengan Ji Hyo dalam rancangan
RunningMan tu. Haa itulah perangai aku. Kadangkala aku boleh jadi lembut dan manis tapi
kadangkala pula aku boleh terkam dan cakar macam kucing parsi tengah nak beranak. Haha.

Kami mengambil keputusan untuk membaca Honey bersiar-siar di sekitar KLCC. Puashati
Honey dapat mandi manda dan bermain dengan kami berdua. Jika orang lain lihat semestinya
mereka akan menganggap yang aku, Zamir dan Honey adalah sebuah keluarga kecil yang
bahagia namun hakikatnya kami bertiga bukanlah ibu ayah dan anak yang sebenar.

Masa yang berlalu begitu pantas membuatkan kami tidak sedar yang hari sudah mula menginjak ke lewat petang. Kami akhirnya membuat keputusan untuk pulang kerana aku sudah berjanji
dengan emak untuk berada di rumah sebelum maghrib.

Honey yang keletihan tertidur di tempat duduk belakang dengan senyuman yang masih terlekat
di bibir. Gembira betul dia hari ini. Aku juga terasa penat kerana terpaksa berlari ke sana sini
mengejar si Honey yang aktif. Tapi bila melihat senyumannya yang comel, aku rasa usaha aku
hari ini berbaloi. Zamir masih tekun memandu keretanya untuk menghantar kami pulang.

Aku : Zamir... terima kasih ya.
Zamir : Terima kasih saja ker? Mana cukup.

Hah... dia dah mula dah. Inilah dia antara sikap Zamir yang boleh membuatkan aku naik geram.
 Dia cukup suka menyakat aku dengan ayat yang pelik-pelik. Tapi kerana sikap dia tu lah yang
membuatkan aku semakin terasa dekat dengan dia dalam apa jua keadaan. Malah boleh di
katakana Zamirlah yang selalu ada di sisi aku ketika aku susah dan senang. Zamir juga adalah
orang pertama yang sering aku ceritakan segalanya. Kalau dulu dia adalah sahabat baik yang
punya hasrat untuk memperisterikan aku namun kini dia adalah sahabat baik yang punya tempat
untuk menyimpan segala rahsia aku. Aku memang tak boleh rahsia apa-apa dah dari dia sekarang
ni. Sekilas rupa aku Zamir dah boleh tahu apa yang sedang aku lalui ketika itu.

Aku: Kan dah belanja makan tadi, tak cukup lagi ker? 

Zamir : Alah, setakat belanja makan ayam KFC dua ketul sorang tu apa lah sangat. Sepatutnya
kau kasi lah kat aku baju ker, kasut ker atau pun 'kiss' sekali kat pipi ni ker...

Seloroh Zamir sambil tersengih suka menampakkan gigi putihnya yang cantik tersusun.

Aku : Ooooo nak kiss? boleh boleh... kat pipi saja ke cik abang? Kat tempat lain tak nak sekali? 
Aku terus ketuk kepalanya dengan handphoneku kuat-kuat. Hah rasakan.

“Aduh! Sakitlah! Kau ni Dhia, garang macam singa! Aku bergurau je pun....” Marah Zamir tanda
tak puashati. Tangannya masih lagi melekat di stereng dan matanya terus tetap di hadapan
supaya pemanduannya tak terbabas. “Teruklah aku bila dah sah jadi suami kau nanti kan Dhia..?”
Sambung Zamir lagi.

Eh eh mamat ni. Kecik besar kecik besar je aku tengok dia sekarang ni tau. Dia dah tahu yang aku tak
suka tapi dia tetap juga sengaja nak cari pasal dengan bercakap hal ni pada aku.

“Kau nak aku ketuk kat mana pula kali ni? Ke kau nak aku ketuk dengan hammer terus??” Tanya aku geram!

“Elok juga kalau guna hammer... Kau cari hammer dan kau ketuk kat hati kau sendiri kuat-kuat. Kau ketuk sampai pintu hati kau tu terbuka seluas- luasnya untuk aku masuk.” nampaknya si Zamir ni masih lagi nak terus bermain drama. Dah sakit pun nak mengada-ngada lagi. Tak habis-habis nak mengusik aku. Dia ni memang sengaja nak cari nahas.

" Nak masuk dalam hati aku? Kiranya nak kita kahwin la ni ya? Boleh.. boleh... tak ada masalah.
Bila kau nak kahwin dengan aku? Esok? Lusa? Tulat? Tungging?!!" Kata aku dengan tegas dan
dalam masa yang sama aku terus sengih macam kerang busuk ke arah dia. Dia hanya menjeling
sekilas pada aku dengan pandangan yang kelat.

“Yelah yelah… aku mengaku kalah. Puashati? ” Balas Zamir semula.
Yes! aku menang.. aku tahu dia mesti akan mengalah punya... 

"Tapi kau kena ingat Dhia! Allah ciptakan manusia ni selalunya berpasang-pasangan dan aku yakin memang ada seorang mamat untuk kau kat luar sana. Kau tunggu lah Dhia!!" kata Zamir. Padat dan pedas.

"Ada seorang mamat di luar sana untuk aku? Hmmm.. mungkin. Tapi jangan haraplah mamat tu boleh curi hati aku ni... Ini Dhia lah... Dhia! Tengok kaki la beb!!" Jawapan tegas aku membuatkan Zamir mencebik.

"Kau jangan cakap besar Dhia..." balas Zamir semula. Gulp!! Entah kenapa, tetiba rasa tersekat pula airliur aku ni di kerongkong. Huhu...

_____________________________________________
SIAPAKAH JEJAKA YANG AKAN MENCURI HATI DHIA TU? BACA SAMBUNGANNYA DI SINI 

16 comments:

  1. wahh!!suspen pulak dengan watak Zamir ni..aishh!!

    ReplyDelete
  2. Wow, ada bakat sis ni... buat novel buku lah... boleh jual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi nak kena belajar Tuan Lan oi.. hehe.. baru dok berjinak-jinak

      Delete
  3. ceritanya bagus,seronok d baca boleh sambung lg.. cume ada typo yg boleh d baiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. lepas taip dh check pun tapi ada lagi typo yang terlepas. Haha.. Terima kasih ya, sis dh check dan betulkan dah =D

      Delete
  4. Ada watak zamir pulak. Menarik ni sis awaa. Next episode please. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru fasa perkenalkan watak satu demi satu... tunggu next part ye.. inshaAllah sis akan publish dalam masa beberapa hari lagi

      Delete
  5. erm... zamir memendam rasa je la kt dhia ni,,, rupanya kak kiyah n dhia tu beza setahun jer... ingatkan kak kiyah ni dalm 10 thn beza dgn dhia... hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah makin kenal watak dah tu.. kiranya cara penyampaian Awa boleh di fahami dengan jelas.. Alhamdulillah,.. :D

      Delete
  6. wahh ada bakat jadi penulis novel hebat nih...

    salam follow & ziarah sini yer, sis :)

    ReplyDelete
  7. Nak baca lagi... Nak tau citer seterusnya.. nanti awa joinlah ilham karangkraf manatau boleh terpilih publish novel.ni

    ReplyDelete
  8. Hebatnye dah jadi satu keje nk ngikut citer nie...hahaha

    ReplyDelete
  9. alaaa, Dhia ni jual mahal pulak kat Zamir....
    tak pe, kena tunggu watak mamat yg akan cairkan hati Dhia ...
    plese publish Bab 3, please....

    ReplyDelete
  10. Ala..jual mahal pulak Dhia ni...

    ReplyDelete
  11. Semakin syok baca ni.. Alahai ternampak ada typo hihihihi.. Sory sis awa

    ReplyDelete