Kotak Cinta Dari Suami - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

1 Oct 2017

Kotak Cinta Dari Suami

Assalamualaikum ualls..

Baru-baru ni aku rasa sangat-sangat happy tau... Apa tak nya! Aku baru je dapat hadiah special dari Mr.Qamar. Eeeee best best!

Actually, aku tak sangka pun yang dia tengah buat 'sesuatu' untuk dihadiahkan pada aku. Mana taknya, aku ni kan busy ngan kerja editing dan penulisan, mana nak handle anak-anak lagi. Pastu cukup time dah nak kena rest untuk berkomunikasi dengan si tecik comey dalam tummy ni.. jadi aku pun malas lah nak ganggu tugasan hobi suami aku yang amat suka bermain dengan kayu tu.

Tapi, alih-alih secara tiba-tiba je dia datang dekat aku dengan wajah semacam. Dengan muka tersengih-sengih dia terus tanya...

"Mama.. lawa tak?" Aku pandang sekilas. Apa benda pula ni?

"Lawa tak?" Dia tanya aku sekali lagi sambil terus meletakkan bekas tu di atas meja kerja aku ni.

Oh mak kau! Bekas barang kemas rupanya. Apa lagi terus buka lah tapi kosonggggg jer.. hahaha... tengok tu tamak betoi orang perempuan ni kan? Orang dah kasi bekas pun dah besar rahmat. Siap nak dengan isinya sekali pulaks.. eee mengada. Mujurlah dah kahwin kalau tidak tak pasal kena cop si mata duitan. Silap haribulan terus orang tak jadi nak masuk meminang.

KOTAK CINTA dari Qamar untuk Hawa


Apa pendapat ualls tentang design kotak ni?
Wah! Penutupnya melekap kejap dengan kuat walau tanpa sebarang kunci!

Eh kosong jer?! Hmmm.... sedihhhh....

Letak sendiri je lah! Boleh gitu..
Letak butang dan pin pun okay jugak ni
Mujurlah aku dan suami ni dah kahwin. Kalau tidak aku gerenti barang hantaran aku dan dia semuanya daripada kayu. Daripada Tapak Hantaran hinggalah ke Bekas Cincin, semuanya daripada set kayu. 

Okay juga tu kan? Lawa apa.. yang penting tahan lama dan boleh di simpan untuk kegunaan generasi akan datang... who knows, mula-mula mak ayah guna masa kahwin pastu anak pula guna masa nak beri kita menantu. 

Kalau promote ni rasa-rasanya ada ke yang nak menempah ye? Hmmm.. sempat lagi tue... kikiki... =D



10 comments:

  1. Cantikkkk, boleh tempahh, hehehe

    ReplyDelete
  2. Cantik.. Promosilah.. Tak cuba tak tahu..

    ReplyDelete
  3. Cantik awa....cubalah jual awa...mesti ada yg berminat nnt...

    ReplyDelete
  4. Cantik...boleh try jual,cuba kat etsy ...

    ReplyDelete
  5. Cntik la kotak ni hawa... antik dan unik..

    ReplyDelete
  6. kotak yang unik ni kak.. boleh sumbat pin Nurul yang berlambak tu.. kalau tidak asyik hilang je :D

    ReplyDelete
  7. Untungnya sis ..lawa tue , tak salah jugak buat hantaran dari kayu ni .boleh buat sewa .lain dari yg lain .yang penting kena ada kreativiti kan .

    ReplyDelete
  8. wow...suwit nyer, Awa.
    handmade wit luv gitu.

    ReplyDelete