Layanan Kasih Seorang Ibu - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

31 Oct 2017

Layanan Kasih Seorang Ibu

Assalamualaikum ualls...
Sejak kebelakangan ni cuaca kat sini sentiasa mendung dan hujan. Line internet pun asyik meragam jer. Tapi mujurlah anak-anak semua ok dan tak alami apa-apa masalah kesihatan buat masa ni.

Hari-hari rutin aku sama saja. Ketika mula-mula bergelar surirumah dulu, terfikir juga di kepala... kenapalah aku perlu berhenti kerja? Kalau tidak, dah tentu aku dapat pakai lawa-lawa dan duduk dalam aircond hari-hari. Lepas tu cukup bulan boleh terima gaji!

Tapi.. apabila semakin bertambah anak, aku dah semakin tak pedulikan keseronokan yang aku rasai semasa di alam pekerjaan dulu. Apa yang penting bagi aku sekarang ni adalah anak-anak. Sejak bergelar ibu ini, aku juga semakin dapat memahami perasan seorang 'emak'. Ternyata betapa tinggi dan mendalamnya kasih seorang 'emak' terhadap anaknya...!!

RUTIN SEORANG IBU
Sebaik saja bangun dari tidur bermulalah peranan aku sebagai seorang ibu. Mula-mula siapkan segala keperluan untuk anak ke sekolah. Kadangkala ada masanya si anak akan buat perangai malas nak ke sekolah. Terutama anak aku yang nombor empat tu. Ada saja alasannya untuk terus berada di rumah. Demam lah... sakit perut lah... mengantuk lah... tapi yang bestnya, sebaik saja aku berikan dia tab terus je segala sakitnya tu hilang. Hmmm..

Bila aku kasi tab.. mulalah dia geledah apa yang ada sampaikan ke bahagian messanger di open nya. Kalau ualls ada whatsapp dan inbox kemudian hanya nampak seolah-olah aku dah baca but no respons... haaa paham-paham la siapa punya angkara yer.... Hahaha..


Baru pakai baju, belum sempat nak sikat rambut... dah capai tab. Hmmm..
Setelah semuanya ke sekolah, tinggallah aku bersama Awwal. Sebelum Awwal bangun aku kena cepat-cepat selesaikan semua kerja rumah. Saban hari, sebaik saja Awwal mencelikkan matanya, aku mahu berada dalam keadaan sudah bersiap sedia untuk memberinya layanan sebagai seorang ibu. Malah hati aku bertambah suka bila Awwal terbangun dalam keadaan mamai dan berlari mendapatkan aku dengan memanggil...  " Mama! Mama! ".. oh rasa puashati dan bahagia sangat-sangat.


Bila dah bangun tentu lapar kan? Tapi sebelum tu kita kasi bersihkan diri dulu ya sayang. Pampers pun dah penuh tu haaa.... eeee bucuk bucuk!

Time mandi boleh makan masa yang agak panjang juga sebabnya Awwal cukup suka bermain dengan air. Awwal sendiri dah alert, kalau sebut mandi jer dia akan terus dapatkan itiknya dari dalam bakul mainan. Dalam rumah ni memang kami sentiasa beringat supaya sentiasa mengunci pintu bilik air dari luar supaya tidak mengundang bahaya sekiranya terlepas pandang pada si Awwal yang terlalu sukakan air ni.

Lepas mandi masih ada part yang agak menguji kesabaran. Tengoklah sendiri apa yang dah jadi.


Aiyoooo dah macam tepung gomak! Tak kasi dia akan menangis tapi bila dah kasi...  hmmmm.. 


Okay dah bersih dan wangi, next apa pula mama?

Apa lagi kita ngap ler.. bila badan dah bersih barulah boleh layan makanan dengan selesa. Bila melihat anak menerima makanan yang di suap dengan begitu berselera, terasa hilang segala kepenatan ketika mengemas dan memasak tadi. 




Makan ya sayang... makan biar sampai kenyang. Jangan risau rezeki yang di beri ni halal & bersih sepenuhnya. Makanan ni juga adalah tanda kasih dari seorang lelaki yang sanggup menitikkan peluhnya untuk kita tiap hari.. 



Seronok sangat dapat suap anak makan dengan tangan sendiri. Kadangkala terasa nak menitis airmata bila melihat anak menerima makanan yang kita masak dengan begitu berselera sekali. Inilah amanah Allah yang perlu kita jaga dengan seikhlas hati dan sebaik mungkin kerana tanpa bantuan daripada kita sudah tentu mereka tidak dapat membesar dengan sempurna. 

Bila dalam keadaan begini semakin kuat ingatan pada emak dan ayah arwah ayah kerana begini jugalah keadaan bila emak suapkan kita dulu dengan rezeki yang di cari oleh ayah.... Oh emak!! Oh ayah!! Betapa bahagianya dapat makan hasil dari airtangan ibu ketika kecil dulu....

Tiada balasan yang di minta kerana gelak tawa dari si anak sudah boleh membuatkan seseorang ibu itu berasa bahagia.

ANTARA KERJAYA DAN KELUARGA,
Ada banyak iklan jawatan kosong yang sesuai untuk aku mohon di kawasan tempat tinggal aku ni, namun aku sudah nekad untuk terus berada di rumah sepenuh masa dan berbakti pada suami dan anak-anak.



Walaubagaimanapun, aku agak kecewa kerana hakikatnya masih ada lagi wanita yang bergelar ibu tapi punya hati batu sehingga sanggup mendera dan membiarkan anak-anak mereka pada tahap yang tidak sepatutnya. :(

24 comments:

  1. wah cantik la blog sis hawa...nice...ya seronoknya sis dapat bkrja dari rumah sambil melayan anak2.nadia juga teringin juga tapi masih belum sampai masanya lagi untuk berhenti awal...takpalah yg penting walaupun sibuk bekrja anak2 nadia mesti menerima layanan kasih sayang yg secukupnya daripada mama mereka..insyaallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah kat sini. Takpe nadia, tak semestinya kalau berkerja tak boleh tunjukan kasih sayang pada anak dengan sentuhan seorang ibu. Yang penting jgn sesekali bawa balik hal kerja ke rumah sudah lah. balik keja mesti kena tunjuk kasih sayang tu kat anak.

      Delete
  2. semua pilihan di tangan kita kan awa...keluarga kita undang2 kita...sama lah dengan kak lina ni,dari petang sampai kemalam uruskan anak2 jer...tapi puas hati sangat dapat tengok anak membesar depan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak lina. pandai-pandailah kita handle keluarga mngikut cara kita sndiri tapi faktor utama tetap sama jer.. kita nak anak membesar dengan baik dengan penuh kasih dan sayang. Kita cuba apa yang termampu selebihnya Allah punya kuasalah kan kak

      Delete
  3. Rutin sebagai ibu tak.pernah habis kan Awa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. itu baru rutin seorang ibu. belum di ambil kira rutin seorang isteri lagi kiki

      Delete
  4. Ibu, walaupun dia marah pun tapi tak sampai hati bila tengok anak buat muka kesian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak sampai hati sangat-sangat. Sebab kasih sayang tu dah kami curah sejak mereka dalam perut lagi... sayang sesungguh hati!! Kalau tanya beza sayang antara suami dan anak memang kami takde jawapan :D

      Delete
  5. Seronok juga jd housewife.. uruslan urusan rumah dr pagi smp semua dah tido... tgk anak2 depan mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu anugerah juga ni namanya.... :D

      Delete
  6. Itulah perasaan mak-mak. Paling best jugak bila suap anak, maknya pun lapoooo sama hahahaha. Pastu bising naper tak kurus-kurussss ni? Hahaa kak ayu la tuuuu 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju!! suap anak sekali, suap mak dua kali. kah kah kah. Time suap anak mesti sampai tahap menambah apa taknya mak pun makan sama :D

      Delete
  7. samalah kita awa, mak mak memang macam ni kan, sentiasa fikir hal anak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. merekalah racun mereka jugalah penawar kan mrs pip. anak tidur lama sikit mulalah gi peluk cium sebab rindu. sedangkan anak tu tengah tido depan mata je kot! hahaha

      Delete
  8. untung awa dapat lihat anak membesar depan mata. grab peluang nibetul2 ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. ni pun rezki juga kan mama. InshaaAllah Awa cuba gunakan sebaik mungkin. terima kasih mama :D

      Delete
  9. Budak2 dengan air memang suka main. Kena hati2 dan alert sllu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. sebelum apa-apa yang tak elok jadi baik beringat dari awal. Tak naklah sampai tetiba jumpa anak keras dalam bilik air sorang-sorang. Ishhh.. minta jauhkan lah!!

      Delete
  10. Pengalaman yang begitu bermakna.. Wahhh blog dah berwajah baru la

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog masih template yg sama cik ash.. hanya tukar colour dan header je pun :D

      Delete
  11. tu baru kisah sorang anak tu...hehe..rutin housewife memenatkan tapi kepuasan tengok anak depan mata tu buat semua penat lelah hilang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye.. baru kisah sorang belum kisah 1 team yang ada kat rumah ni lagi. Kikiki.. betul gee, puashati dapat tengok anak-anak depan mata tiap ari. Awa tak berani nak lepas kat orang lain jaga

      Delete
  12. Best bila uruskan anak-anak sendiri. Surirumah pekerjaan plg best. Diberikan pulihan sy juga mahu jd surirumah.

    ReplyDelete
  13. Kalau diberi pilihan memang nak menjadi surirumah tapiii rutinnya memenatkan :) dalam penat2 tu semuanya hilang bila tengok si anak gembira

    ReplyDelete