Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Manusia Semakin Nekad Untuk Membunuh Diri

Assalamualaikum ualls...
Sedih hati aku ni, sedih sangat-sangat apabila terbaca pelbagai kisah yang melibatkan bunuh diri di negara kita ni. Berita terbaru adalah tentang seorang surirumah yang dikatakan telah membunuh diri dengan menjerut lehernya sendiri dengan menggunakan tali buaian. Kejadian ini berlaku pada 18 Oktober 2017 yang lalu di Kuching, Sarawak.


Sebenarnya isu bunuh diri ni sudah lama muncul dan aku amat-amat sedih kerana perkara ini turut berlaku di  kalangan masyarakat melayu yang semestinya beragama Islam. Walhal sudah di terangkan dengan nyata dan jelas bahawa bunuh diri itu amatlah TIDAK BOLEH UNTUK SEORANG MUSLIM!!

Semasa aku sedang menggoogle gambar untuk entry ni tadi dengan tajuk 'bunuh diri', subhanallah bermacam-macam gambar yang keluar di dada laptop. Ada yang bunuh diri dengan cara gantung diri, kelar tangan, makan pil, terjun bangunan dan tak terkecuali dengan sengaja merelakan diri supaya di gilis oleh keretapi. Ada yang hingga putus terus kepala dan bercerai dari badan. Sangat-sangat ngeri!! Ya Allah..

Setelah aku membaca dengan lebih lanjut, inilah antara info yang berjaya aku temui...


10 ALASAN UTAMA KENAPA MANUSIA BUNUH DIRI
  1. Tekanan Perasaan
  2. Kemiskinan
  3. Patah Hati
  4. Penindasan
  5. Kegagalan
  6. Ketakutan
  7. Kesepian
  8. Kelainan mental
  9. Kesalahan diri sendiri (rasa bersalah)
  10. Penyakit

 10 NEGARA RAKYATNYA PALING RAMAI BUNUH DIRI
  1. Jepun
  2. Hungary
  3. Slovenia
  4. Belarus
  5. China
  6. Kazakhstan
  7. Guyana
  8. Korea Selatan
  9. Lithuania
  10. Greenland

Lithuania & Belarus - antara negara paling tinggi jumlah rakyatnya yang membunuh diri

CARA PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP KES BUNUH DIRI
Terkejut juga aku apabila melihat cara penerimaan masyarakat kita tentang kes bunuh diri ni. Sebagai contoh kes terbaru yang melibatkan surirumah di Kuching sebagaimana yang telah aku tulis di bahagian intro tadi.

Sepatutnya, kita terima berita ini dengan doa dan harapan moga tragedi sebegini tidak akan berlaku di dalam kalangan ahli keluarga kita. Minta Allah SWT jauhkan perkara yang tidak sepatutnya ini, ameen.

Tapi, alih-alih lain pula yang jadi. Semakin kes ini di kongsikan dengan bacaan umum, semakin melampau pula komen-komen yang di berikan oleh masyarakat kita. Sila lihat dan baca dengan mata ualls sendiri...

Sukahati jer buat andaian sendiri...
Mentang-mentanglah tak jadi ke atas keluarga sendiri, senang-senang jer diaorang buat andaian yer. Yang makin sedih jika di lihat pada gambar profil (yang aku dah tutup), semua komen di atas tu di tulis oleh orang melayu. Aku tak paham betoi la!!! Yang dah meninggal itu kisah dia, Allah SWT lebih tahu dan lebih berhak untuk membuat keputusan yang adil... tapi kita-kita yang masih hidup ni dok buat pandai-pandai buat andaian sendiri tu kenapa? Sudah-sudahlah... perkara dah berlaku janganlah nak di tambahkan kontrovesi.

Yang makin sadis apabila gambar mangsa dan keluarganya turut di sebar dan di ulang siar oleh orang lain secara berperingkat dengan alasan untuk berkongsi berita gempar. Kesian pula aku lihat wajah seorang kanak-kanak comel (mungkin anak mangsa) yang turut terselit sama. Kan tak pasal-pasal si kecik tu pula akan membesar dalam keadaan tertekan! Ya tertekan!! Inilah punca utama yang melibatkan kes bunuh diri di kalangan manusia di atas muka bumi ni.

Ini baru yang secara online. Bagaimanalah pula agaknya dengan penerimaan masyarkat setempat yang semestinya amat kenal dengan mereka-mereka yang terlibat ni. Oh tuhanku....

Please.... please be rasional. Tolonglah berfikir secara bijak... janganlah terlalu 'mengambil berat' dengan  menggunakan kemudahan media social yang kita ada ni sewenang-wenangnya tanpa mahu mengambil peduli perasaan orang lain.

KESIMPULAN
Dunia ini hanyalah tempat transit! Alam yang kekal abadi bukannya di sini tapi adalah di sana kelak dan untuk sampai ke sana kita semua terpaksa melalui detik-detik sebuah kematian... bagaimanakah kita akan menemui ajal??? Wallahualam... persoalannya sekarang, sudah bersediakah untuk melalui detik kematian itu nanti..??

8 comments for "Manusia Semakin Nekad Untuk Membunuh Diri"

  1. haish... tak tahu pun pasal ni... bila dah kes bunuh diri, bahaya dah akidah ummah ni... klu bukan Islam itu tak pa, tp klu berlaku pd org Islam sgt kesihan krn ia berlaku.... Apa pun stp yg berlaku mesti ada penyebab dan rahmat apa yg Allah nak bgtau kita semua...

    ReplyDelete
  2. Sy penah tserempak kawan lama..baru seminggu je lepastu dpt tahu dia mati bunuh diri.. terkejut sgt..mati masa umur yg sgt muda..yg kesian pd keluarganya..byk sgt org ckp pasal anak mereka..tu mmg bukan jln terbaik.. kena pikir org sekeliling..masih ramai lg yg boleh bg sokongan sbenarnya..cuma kita tlalu amek langkah mudah..minta dijauhkan.

    ReplyDelete
  3. gee boleh nampak macam mana seorang housewife boleh bunuh diri tapi kita semua kena kuatkan iman..sokongan suami..hidup dalam tekanan & stress melampau memang terdorong nak bunuh diri..sedih sungguh kan!

    ReplyDelete
  4. yaallah....sedihnyer....berani nya sampai nak membunuh diri kan...kak lina nak goreng ikan pun takut kena percikan minyak panas,inikan pula hendak membunuh diri...semoga dijauhkan dari dugaan begitu..

    ReplyDelete
  5. Ada terbaca org share siap tengok gambar lagi.. Seram pulak tengok.. Semoga dijauhkan dari dugaan macam nu

    ReplyDelete
  6. mcm2 isu zaman skrng ni.. bunuh diri skrng ni mcm mudah sngt..

    ReplyDelete
  7. manusia yang x mampu mengatasi masalah dalaman diri mmg cenderung untuk membunuh diri, semoga kita dijauhkan daripada kecenderungan untuk mendengar bisikan syaitan ini... uwaaaaa

    ReplyDelete
  8. Ya Allah jgn lah sampai bunuh diri tiada pengampunan Dari Allah. Minta dijauhkan. Akak masukkan awa dlm bloglist ye

    ReplyDelete