Tujuan Dan Kaedah Untuk Merancang Keluarga - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

15 Oct 2017

Tujuan Dan Kaedah Untuk Merancang Keluarga

Assalamualaikum ualls...
Happy rasa hati bila dapat tahu Dato Siti kita dah mengandung. Alhamdulillah, berkat kesabarannya dan Datuk K akhirnya membuahkan hasil juga.

Sebelum tu aku nak tanya, ualls dah kahwin ke belum? Kalau dah kahwin, ualls dah punya anak ke belum lagi ni?

PERLUKAH PUNYA ANAK RAMAI...??
Aku ni hmmm... tak usah tanya lah ya... anak dah berderet!!  Sampaikan setiap kali ke klinik bahagian ibu dan anak tu mesti nurse dan doktor akan tanya.... "Anak dah ramai ni? Tak nak merancang ker?" Kalau nak di ikutkan hati aku ni mau jer aku cakap NAK!! tapi masalahnya Mr.Qamar tak berapa berkenan hal-hal merancang ni. Bagi dia rezeki ni dari tuhan jadi terima je seadanya berapa Allah SWT nak kasi.

Eeeee sakit hati kita ni awak!! Orang lelaki mudah je cakap suruh terima berapa Allah nak kasi kan? Tapi yang menanggung sakit semua tu siapa? Orang perempuan kot.... eee geramnyaaa....

Rasa macam nak jerit sekuat hati supaya semua para lelaki kat luar sana tahu yang saat bersalin ni cukuplah sakit. Teramat sakit. Kalau ada yang mengaku tak sakit tu adalah atas kuasa Allah SWT yang maha kuasa. Aku sendiri pernah bersalin tanpa rasa sakit kontraksi semasa sedang melahirkan anak sulung berbelas tahun lalu. Tapi kan walau mulut ni dok ulang cakap sakit tapi jumlah anak tetap bertambah juga. Hahaha.. acaner tu?

Di sebabkan doktor dah tanya samada aku ni nak merancang ataupun tidak, aku pun tanyalah semula pada doktor... apakah kaedah-kaedah yang ada untuk merancang ni? Doktor yang kecik manis molek bahasa pun beritahulah aku terang dan detail dengan panjang lebar. Aku memang nak tahu pun sebabnya aku nak bincang semula dengan lebih mendalam bersama Mr.Qamar nanti.. hehe..

Tapi, bukan bermakna aku hanya akan terima nasihat doktor itu bulat-bulat. Sebagai tuan empunya tubuh semestinya aku harus lebih peka dan waras untuk membuat apa-apa keputusan terutama yang melibatkan keluarga. Maka, untuk lebih yakin dan bijak dalam membuat keputusan, aku mengambil langkah mudah iaitu dengan mencari info bersama Mr.Google.

Antara info yang telah berjaya aku terima adalah....

MENGAPA PERLU MERANCANG?
  • Kita perlu merancang bilangan anak, jarak dan masa kehamilan yang sesuai untuk menghasilkan sebuah keluarga yang sihat dan ceria. 
  • Si ibu pula dapat bersedia dari aspek kesihatan, mental dan sosial.
  • Si anak boleh mendapat  kasih sayang dan penjagaan yang maksimum. Teruatamanya demi mendapatkan penyusuan susu ibu yang lengkap sehingga berusia dua tahun.
  • Si suami dapat menyediakan kemudahan asas mengikut kemampuan fizikal, mental, sosial dan ekonomi keluarga.

APAKAH KAEDAH UNTUK MERANCANG KELUARGA?
Terdapat pelbagai kaedah secara moden yang boleh di lakukan untuk merancang keluarga.
  1. Pil
  2. Suntikan
  3. Implan
  4. Alat dalam rahim
  5. Kondom
  6. Kaedah pemandulan bagi wanita (bilateral tubal ligation) dan lelaki (vasectomy)

 # 1 - PIL PERANCANG

Ini adalah kaedah yang paling popular sekali di kalangan ibu-ibu. Malah ahli keluarga dan rakan-rakan aku sendiri paling ramai gunakan kaedah ni. Aku je yang tak ikut-ikut dari dulu sampai sekarang. Aku ada juga bertanya pada mereka dan kata mereka mesti kena makan setiap hari. Yang paling sadisnya berat badan ikut naik. Jika dulu skinny sekarang dah makin chubby.

Menurut sumber bacaan yang aku baca, pil perancang ini boleh mencegah kehamilan melalui kandungan hormon estrogen dan progestogen. Ia akan menghalang si wanita dari berovulasi atau melepaskan sel telur. Selain itu, pil perancang juga akan membuat sperma sukar untuk mencapai sel telur kerana ia akan menghalang sel telur tersebut daripada melekat pada lapisan rahim.

Terdapat pelbagai jenama pil perancang di luar sana. Ualls boleh pilih samada mahu dapatkan dari hospital  kerajaan atau boleh terus beli dari mana-mana farmasi terdekat.


# 2 - SUNTIKAN

Menurut apa yang yang aku baca, kaedah ini turut di kenali dengan nama Depo-Prover. Depo-Provera adalah kaedah kontraseptif suntikan yang diperbuat dari hormon progesteron yang cukup berkesan sebagai alat perancang keluarga yang menjadi pilihan ramai wanita yang ingin menjarakan kehamilan mereka.

Suntikan diberikan setiap 3 bulan pada lengan atau otot punggung. Depo-provera bukan sahaja menghalang ovulasi malahan ia menyebabkan lendir serviks menjadi pekat, menghalang kemasukan sperma ke dalam rahim.  Ia juga bertindak dengan menipiskan dinding rahim menyebabkan ia tidak sesuai untuk implantasi.


#3 - IMPLAN
Kaedah ini turut di kenali sebagai KB Implan. Ia jga turut di kenali sebagai 'susuk' di kalangan para ibu. Implan ini adalah sejenis alat yang berbentuk seperti batang mancis.

Proses pemasangan KB implan akan dimulai dengan memberi ubat bius pada bagian lengan yang akan dimasukkan 'susuk' ini. Kemudian doktor akan menggunakan jarum kecil untuk memasukkan 'susuk' ini ke bawah bahagian kulit lengan. Keseluruhan proses hanya mengambil masa beberapa minit saja. Setelah 'susuk' siap dipasang, ualls adalah dinasihatkan supaya tdak mengangkat barang selama beberapa hari.

 'Susuk' ini hanya berfungsi dalam tempoh tiga tahun saja. Selepas tiga tahun ualls perlu menggantikan alat implan ini dengan yang baru.


#4 - ALAT DALAM RAHIM (IUCD)





IUCD adalah alat kecil (3cm panjang) yang diletakkan ke dalam rahim untuk merangsang tindakbalas supaya penempelan embrio tidak berlaku. Dalam erti kata lain untuk menghindarkan benih daripada suami daripada menempek pada dinding rahim ualls tu. Waktu paling sesuai memasukkan IUCD adalah sebaik sahaja haid berhenti.

Aku ada bertanya pada salah seorang yang ada menggunakan kaedah ni. Inilah dia jawapan yang aku terima daripada beliau.




#5 - KONDOM
 Aku yakin ramai yang dah tahu apa itu kondom dan bagaimana cara untuk menggunakannya kan? Jadi tak perlulah aku ulas lebih lanjut. Memadailah aku beritahu yang kondom ni boleh di beli dengan mudah di farmasi malah turut terjual di pasaraya-pasaraya. Orang yang perlu memakai kondom ini adalah si suami dan bukannya si isteri.


#6 - KAEDAH PEMANDULAN 

Kaedah ni di kenali juga sebagai Tubal Ligation. Kaedah ni kakak ipar aku sendiri dah jalani. Bukan kehendak dia cumanya keadaan memaksa di sebabkan dia merupakan salah seorang pengidap sakit jantung dan tahap kesihatannya agak membimbangkan untuk terus hamil lagi. Jadi, bolehlah kita menganggap yang kaedah ini adalah langkah yang paling akhir dan drastik sekali untuk kita pilih.

Kaedah ni hanya akan di lakukan oleh pakar bedah Berdasarkan pada apa yang aku baca tadi, doktor akan membuat satu hirisan kecil pada setiap sisi betul-betul di bawa pusat kemudian doktor akan jalankan pemeriksaan terhadap tiub fallopio. Kemudian doktor akan tentukan samada perlu di ikat, di potong atau di sekat dengan menggunakan klip atau cincin ke atas ke dua-dua tiub fallopio demi untuk menghalang telur daripada bergerak daripada ovari ke rahim.


DI MANA BOLEH DI LAKUKAN SEMUA KAEDAH INI?
  • Klinik / Hospital kerajaan
  • Klinik / Hospital Swaasta
  • Klinik LPPKN
  • Klinik Persatuan Perancang Keluarga 

BILA BOLEH DI MULAKAN?
Tempoh untuk memulakan kaedah merancang keluarga ni adalah bergantung pada tahap kesihatan pada seseorang ibu terbabit. Ibu-ibu di nasihatkan supaya berbincang dengan doktor untuk mendapatkan satu tempoh yang paling sesuai. Selalunya kaedah merancang keluarga ini boleh di lakukan sewal 6 minggu selepas bersalin tanpa perlu menunggu kedatangan haid yang seterusnya. Walaubagaimanapun ianya bergantung juga pada kaedah yang di pilih dan juga keadaan individu si ibu terbabit.


BAGAIMANA MAHU MEMILIH KAEDAH YANG SESUAI?
Peimilihan kaedah bergantung kepada keadaan fizikal dan tahap kesihatan si ibu terbabit. Sebelum memilih sesuatu kaedah doktor akan mengambil kira faktor umur, masalah perubatan, penyusuan bayi, pengambilan ubat-ubatan dan lain-lain lagi yang di rasakan berkaitan.


MAAFLAH KALAU ISU NI AGAK EXTREM SIKIT UNTUK ANAK GADIS TAPI TERUS TERANG AKU KATAKAN, KITA PERLU AMBIL TAHU SEMUA INI UNTUK MASADEPAN SENDIRI.... APA PENDAPAT UALLS??


9 comments:

  1. Belum bersedia utk merancang, still nak tambah anak ni,...

    ReplyDelete
  2. kena amik tau ni sis hawa,,
    nnti kami yg bujang ni pun nak kahwin jugak kan..
    dulu zaman sekolah pun ada juga tajuk ni dimasukkan dalam buku teks..
    tau la juga sikit2 utk pengetahuan ;)

    ReplyDelete
  3. Huhuhu baru ni dipaksa nurse amek perancang.. Hadoiii..

    ReplyDelete
  4. sebagai orang perempuan memang perlu ambil tahu hal2 begini...sangat berguna bila sudah berkhawin dan mempunyai anak nanti...

    ReplyDelete
  5. Mama pun alhamdulillah x penah merancang. Cyma rezeki anak Tu buat masa ni mmg sorang je laa

    ReplyDelete
  6. tak kahwin lagi tp info ni sangat berguna utk masa akan datang. thanks Awaa share

    ReplyDelete
  7. kadang bagus juga merancang keluarga cuma kena fikir sedalam-dalamnya agar tidak tersalah langkah

    ReplyDelete
  8. Sha pakai implan sekarang nie.. Dulu cucuk..

    ReplyDelete
  9. Pernah guna pil perancang dan kaedah impanon...tapi lepas ni guna semulajadi kot...hehe

    ReplyDelete