Resepi Burger Cili Tuna jenama Ayam Brand - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

20 Oct 2017

Resepi Burger Cili Tuna jenama Ayam Brand

Assalamualaikum ualls...

Aku baru lepas menjenguk ke luar jendela dan nampaknya cuaca hari ini agak mendung dan sejuk. Kalau tarik selimut mesti best ni tapi perut ni pula mula berdendang-dendang dengan satu irama yang aku sendiri rasa susah na kenal pasti. Hmm nak minta di isilah tu... Macamana nak tidur kalau dah macam ni?!

Kadang-kadang terdetik juga kat dalam fikiran aku ni.... sebagai seorang manusia apakah aku ini makan untuk hidup ataupun hidup untuk makan. Apa taknya hari-hari asyik terbayang makanan yang sedap-sedap je. Tragis tragis....

Fikir punya fikir apa yang nak di makan, tiba-tiba teringat pada Cili Tuna jenama Ayam Brand™ yang ada kat dapur tu. Hmmm best juga kalau dapat makan waktu-waktu petang begini. Tapi... nak masak apa ya?? Terus mula geledah rak makanan kat dapur dan terlihatlah beberapa biji roti burger yang masih berbaki di dalam plastik. Apalagi, terus tercetus idea untuk mengorbankan Cili Tuna ni ke dalam bentuk burger. hehe...

Tuna dalam tin nak di buat burger?? Boleh ker?? Of course lah boleh...

Burger Cili Tuna jenama Ayam Brand™

Mesti ualls nak tahu macamana nak buat burger ni kan? Meh ni nak kasi tau apakah bahan dan langkah-langkahnya...
Bahan-bahan....

  • 5 biji roti burger
  • Segenggam spaghetti (aku gunakan jenama Alce Nero)
  • 1 tin Cili Tuna jenama Ayam Brand™
  • 2 biji telur
  • Sedikit marjerin
  • Sedikit garam 
  • 2 sudu minyak zaitun
  • Sayur (jika suka)
Langkah-langkah...
  1. Didihkan air, masukkan sedikit garam bersama 2 sudu minyak zaitun (aku guna minyak masak biasa jer..). Kemudian masukkan spaghetti dan biarkan ianya sehingga 7-8 minit atau hingga betul-betul masak. Bila sudah masak lalukan sekejap di bawah air yang mengalir.
  2. Masukkan Cili Tuna ke dalam bekas  dan hancurkan. 
  3. Satukan Cili Tuna bersama spaghetti dan telur. Kacau rata hingga sebati.
Aku memang dah tak campur apa-apa bahan perasa yang lain sebabnya Cili Tuna ni memang dah cukup sedap. Yang lagi best ualls boleh pilih tahap kepedasan yang ualls nak. Aku ni ada anak kecik jadi hanya gunakan Cili Tuna dengan kepedasan tahap 2.

Bolehlah di mulakan sesi memasak.....
Panaskan sedikit majerin di atas pan kemudian bolehlah di masak dengan api yang perlahan. Sentiasa balik-balikkan supaya burger kita ni dapat masak dengan sekata... Sambil-sambil menunggu Cili Tuna kita ni masak, bolehlah di siapkan roti nya juga. Tak susah pun hanya perlu potong roti di bahagian tengah dan sapukan seluruh permukaan roti dengan marjerin. Kemudian bolehlah di panggang sekejap di atas pan yang sama.

Alhamdulillah.. dah pun siap!!


 

Makin sedap bila di makan bersama salad, timun, sos cili dan mayonis. Ohya mayonis ni di buat sendiri tau, bukannya mayonis yang di beli kat pasaraya tu.. nanti ada masa free aku beritahu cara untuk buat mayonis ni pula okay..

Alhamdulillah... sedapppp =D



KESIMPULAN:
Aku memang cukup suka dengan produk terbaru keluaran Ayam Brand ni. Bukan saja teksturnya yang lembut dan padat dengan rasa tuna malah perasa cili mengikut tahap kepedasan tu agak unik dan lain daripada yang lain. Yang pasti produk ini memang sedap dan boleh di pelbagaikan lagi dengan pelbagai cara masakan yang lain.

Segera dapatkan di pasaraya yang berhampiran dan jangan lupa untuk join contest tajaan Ayam Brand seperti di bawah.... =D

EXTRA INFO:

JOIN THE CONTESTS

 #ayamonfire Contest
Take a photo or video of you trying the new Chilli Tuna Fire-Hot and upload it to your Instagram and tag @ayambrandmy or Ayam Brand Malaysia FB. Don't forget to hashtag #ayamonfire. You might just win an Ayam Brand Goodie Bag.
fb ig

10 comments:

  1. sedapnyerr...dahlah tengah lapar ni awa...bolehla kak lina cuba resepi ni esok...tq awa..

    ReplyDelete
  2. eh eh resipi baru ni..tak pernah terfikir tuna nak buat burger..hehe

    ReplyDelete
  3. Wow! tak pernah makan burger yang berkonsep cili tuna dan spaghetti ni. mungkin boleh cuba walaupun ini pertama kali saya dengar dan terasa pelik.

    tapi nampak macam sedap menjilat jari ni

    ReplyDelete
  4. Sedap nampak tu boleh cuba buat ni

    ReplyDelete
  5. perghh sakitnya tuh disini bila jengah entri burger ni memalam hahahaha.

    saya tag kak hawa kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html :)

    ReplyDelete
  6. perghhh kreatifnya sis.. serius tngok sedappp. resepi baru nii..

    ReplyDelete
  7. macam-macam leh buat... yg ptg rajin n keretif ye semua jd... hehe

    ReplyDelete