Rutin Harian Sis Hawa, Blogger Beranak Lima - SISHAWA DOT COM

Breaking

Post Top Ad

7 Oct 2017

Rutin Harian Sis Hawa, Blogger Beranak Lima

Masa aku menulis entry ni jam sudah pun melepasi detik 12 tengah malam. Mujurlah aku ni bukan Cinderella kalau tidak mesti tengah kena kejar dek putera raja kikiki.

Kalau ulls nak tau, jadual aku sebagai seorang surirumah, ibu dan fulltime blogger bukannya satu kerja yang mudah. Tambah-tambah kalau anak berduyun macam aku ni. Mana nak masak lagi, nak pickup anak-anak dari sekolah, nak mengemas, nak menyapu, nak melayan kerenah si kecil yang baru berusia 2 tahun ni... weh! Macam-macam kalau nak cerita tapi bak kata pepatah orang tua-tua... "alah bisa tegal biasa".

Tak di nafikan, ada di kalangan pembaca blog ini yang meluahkan pertanyaan dan kemusykilan bagaimana aku mampu uruskan semua ke lima-lima anakku setiap hari sambil menjadi seorang blogger sepenuh masa. Kalau setakat blogger yang hanya menulis entry tak apa lagi tapi macam semua orang sedia maklum aku turut membuat servis tempahan blog dengan label #sishawadegisn. Untuk tak menghampakan, meh sini aku ceritakan sedikit sebanyak tentang rutin seharian aku sebagai seorang blogger yang beranak lima.

WELCOME TO MY WORLD !!
Tepat jam 5.00 pagi, seluruh ruang rumah aku ni akan riuh dengan bunyi alarm. Ini termasuklah bunyi alarm dari beberapa buah telefon bimbit milik suami, aku dan anak-anak serta jam besar di dinding ruang tamu rumahku. Siapakah orang pertama yang akan terjaga? Selalunya bukan diri aku tapi suami! Ya, suami aku (Qamar) adalah orang pertama yang tersedar dan bangun daripada tidur. Jarang sangat aku dapat bangun awal daripada dia kerana aku berjaga panjang mengedit blog pelanggan pada malam hari.

Sebaik saja bangun Mr Qamar akan terus ke dapur menjerang air dan memasak nasi putih. Kemudian baru dia akan kejutkan aku. Setelah aku bersihkan diri apa yang patut, suami aku akan terus kejutkan anak sulung sementara aku pula siapkan semua baju uniform sekolah untuk ke empat-empat anak kami. Suami akan kejut anak-anak seorang demi seorang demi mengelakkan kesesakan di bilik air. Hehe.

Settle semua baju sekolah, aku kerjakan solat subuh dan kemudian barulah aku bergerak menuju ke dapur. Selalunya waktu ni air panas bukan setakat telah di jerang tapi juga sudah siap di bancuh oleh suamiku yang tersayang. Aku pula start membuat lauk ringkas untuk di makan bersama nasi putih sebagai sarapan. Ada masanya aku akan masak menu sarapan yang lain seperti nasi goreng, mee goreng, bihun goreng dan lain-lain lagi.
- Air tangan seorang isteri dan ibu -
Roti dan biskut sentiasa ada di rumah aku ni sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya aku dan suami terlambat bangun. Bila aku dah berada di dapur barulah suami aku lepaskan tugas selebihnya pada aku dan dia pula uruskan hal dirinya sendiri yang akan turut keluar untuk berkerja selepas selesai menghantar semua anak-anak ke sekolah nanti.

Tepat jam 7pagi, ke empat-empat anakku sudah siap sepenuhnya. Dah siap beruniform, dah siap solat subuh dan dah siap makan sarapan juga. Maka bermulalah tugasan suami aku sebagai driver untuk menghantar ke empat-empat anak kami ke sekolah mereka masing-masing. Walau sekolah masih di dalam area rumahku namun mereka berempat bersekolah di sekolah yang berlainan. Ada yang mengikut sekolah aliran agama dan ada yang bersekolah di aliran rendah kebangsaan biasa. Ini mengikut kehendak dan personaliti anak-anak sendiri. Kami memang sama sekali tak memaksa.

Hampir pukul 7.25 pagi suami aku akan kembali berada di rumah dan kini tibalah giliran aku dan dia pula untuk bersarapan. Suami aku akan bertolak ke tempat kerja sekitar jam 8pagi maka sempatlah untuk aku dan dia meluangkan masa sekejap berdua. Berbual-bual kosong sambil menikmati makanan di ruangan meja makan yang tak seberapanya ni.

Bila suami sudah bertolak ke tempat kerja maka hanya tinggal aku dan Awwal (anak no 5) saja di rumah. Selalunya Awwal ni akan bangun sekitar jam 9 - 9.30 pagi maka sempatlah aku kemas ruangan dapur dan ruang tamu yang berselerak dengan pelbagai mainan anak-anak. Tiap-tiap hari ada saja sampahnya. Koyak kertas la, apa lah.. macam-macam! Haha..

- Ruang Tamu Rumahku Yang Serba Sederhana -
Ohya, di rumah aku ni ada jadual rutin membasuh baju tau. Semua pakaian harian yang di pakai oleh ke tujuh-tujuh orang dalam rumah aku ni (termasuk aku) akan di basuh 2 kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Siapakah yang akan membasuhnya? Bukan aku tapi suami! Tugas membasuh pakaian ni memang sudah menjadi tugasan suami aku sejak aku mula-mula berkahwin dengan dia lagi. Dan hingga ke hari ini tugasan ini masih di galas oleh Mr Qamar sepenuhnya. Dia akan basuh pada waktu malam dan tugas aku adalah untuk menyidai semua pakaian yang sudah siap di basuh pada siang hari berikutnya. Tiap kali sidai memang akan penuh ampaian. Ye lah ramai kot!

Bila siap mengemas, aku akan kejutkan Awwal. Aku akan mandikan dia, beri dia makan breakfast, beri dia minum susu dan akhirnya buka siaran kartun Didi atau Pocoyo kegemarannya tu di TV. Mujurlah rumah aku ni pakai smart TV jadi tiap hari boleh buka siaran kartun kegemarannya di youtube tanpa apa-apa masalah. Sambil melayan Awwal menonton dan bermian, sambil-sambil aku pegang laptop! Yes... masa inilah aku akan start kerja sebagai seorang blogger.

- Dah penat suruh si Awwal ni duduk jauh dari TV tapi dia tetap nak pergi dekat-dekat juga -
Menjadi seorang blogger sepenuh masa bukannya mudah. Hari-hari terpaksa memikirkan idea untuk menulis sebuah entry. Kadangkala pernah juga idea datang secara tiba-tiba dan selalunya aku akan terus tuliskan idea itu di mana-mana. Nanti bila online baru aku akan taip ke dada blog. Jika idea yang datang tu lebih daripada satu, aku akan simpan di dalam draft untuk di terbitkan kemudian.

Settle check semua inbox dan komen di blog, email dan facebook... barulah aku akan start membuat kerja editing untuk makeover blog pelanggan. Selalunya ketika sedang membuat kerja-kerja editing, semua aplikasi lain akan aku off termasuklah email, facebook dan whatsapp. Apa yang ada di depan aku sekarang hanyalah detail design yang di kehendaki oleh pelanggan dan juga anakku Awwal yang sedang sibuk bermain di depan mata sahaja semata-mata. I need to focus!!

Tepat jam 12 tengahari, aku akan stop kerja editing dan mulakan tugas sebagai seorang surirumah semula. Aku akan panaskan nasi yang telah di masak oleh suami pagi tadi dan aku juga akan masak lauk pauk untuk juadah tengahari. Setiap hari pada jam 1 tengahari suami aku akan pulang untuk makan di rumah. Ini sebagai salah satu langkah untuk kami berjimat cermat. Mujur jugalah tempat kerja suami aku dan rumah tidaklah sejauh mana.
- Sambil masak, sambil layan kerenah anak di dapur -
Hampir jam 2 petang suami aku akan kembali ke tempat kerja manakala aku pula akan keluar untuk ambil anak nombor dua, tiga dan empat dari sekolah. Bila sampai di rumah, bermulalah suara veto aku menyuruh mereka mandi, solat dan makan tengahari. Kalau tak beri kuasa veto alamatnya semua akan melangut je depan TV melayan youtube. Hmmm... Settle semuanya aku akan rest sekejap santai-santai beronline sambil melayan si kecik comey dalam tummy ni. Cian dia..

Jam 4 petang aku akan keluar sekali lagi untuk mengambil anak sulung dari sekolahnya. Selalunya aku akan ambil kesempatan ini untuk singgah di pasaraya jika perlu membeli barangan dapur yang dah habis. Pergi ke pasaraya dengan anak-anak yang ramai juga agak menguji kesabaran tapi alhamdulillah syukur juga sebab anak-anak aku boleh behave. Tambahan pula anak sulung aku ada untuk bantu aku menolak troli sambil memantau kerenah adik-adiknya yang lain.Yelah, anak sulung aku ni kan dah besar panjang.

               

Tiba di rumah, suara veto aku kembali lagi. Kali ini untuk menyuruh mereka solat asar. Usai solat asar barulah bermula sesi bebas dalam rumah aku ni. Masa ini aku tak kisah dah anak-anak nak buat apa. Nak main basikal di halaman ke, nak tonton youtube ke, nak baca buku ke, I dont care! Aku pula online sekejap untuk check mesej terbaru jika ada.

Tepat jam 5 petang suami aku akan habis kerja dan tugas aku sekarang adalah untuk menyiapkan minum petang buat kami satu keluarga. Setiap hari kami memang akan duduk minum petang bersama-sama dan masa ni selalunya suami aku akan bersembang dan bermain dengan anak-anak melayan itu ini sebagai seorang ayah. Selesai minum petang suami dan anak-anak akan terus luangkan masa bersama menonton TV atau bermain kat halaman rumah dengan encik rabbit dan lain-lain. Aku pula kembali ke dapur untuk siapkan menu untuk makan malam.

- Sekarang dah ada berbelas ekor Cik Nab yang comel -
Aku perlu siapkan makan malam awal disebabkan setiap hari Sabtu hingga Rabu tiga daripada lima orang anak ku ini akan ada sesi mengaji Al-Quran dari jam 7 hingga 9 malam. Jadi, sebelum jam 7 malam aku kena pastikan ke tiga-tiga anak aku ini dah siap bersihkan diri dan makan malam supaya dapat suami aku hantar mereka bertiga ke kelas mengaji. Ini bermakna waktu malam antara jam 7 hingga 9 hanya ada aku, suami dan dua orang anak kami saja. Jadi kadangkala aku dan suami ambil peluang ni untuk keluar ambil angin malam atau mungkin singgah ke pasar malam sekali sekala. At least dapatlah juga kami berdua keluar dengan lebih selesa. Jika tak kami hanya spend time di rumah sajalah. Suami aku menghadap TV manakala aku pula menghadap laptop.

Bila anak-anak dah kembali ke rumah sekali lagi kami akan makan makanan yang agak ringan seperti roti dan biskut. Masa ini juga anak anak akan membuat kerja sekolah masing-masing jika ada. Kalau tak ada kerja sekolah aku akan izinkan mereka bermain games di handphone. Jam 10.30 malam adalah masa wajib untuk ke empat-empat anak aku masuk tidur. Hanya Awwal anak aku nombor lima saja tak di paksa tidur jam 10.30 malam ni sebab dia masih kecil lagi.

- Bekerja dengan dua buah laptop... sambil pantau kerja sekolah anak -
Aku pula akan kembali menghadap laptop untuk meneruskan tugasan yang tertangguh tadi. Aku fokus untuk siapkan 1 blog untuk seorang pelanggan dalam masa dua hari. Tapi bergantung juga pada keadaan semasa sebabnya aku ni kan tengah sarat mengandung. Jika kebetulan aku rasa tak sedap badan dan letih maka aku akan terus ambil keputusan untuk berbaring dan berehat. So far alhamdulillah semua pelanggan dapat terima dan amat memahami situasi aku yang sedang sarat berbadan dua ni. Lagipun soal design ni bukannya boleh di paksa-paksa sebab ianya melibatkan soal idea. Jika di paksa, idea dan mood untuk membuat dengan cantik boleh terbang melayang terjunam ke laut. Huhuhu...

Begitulah rutin seharian aku setiap hari... terus terang aku katakan, aku berjaya menguruskan masa yang terhad ni adalah disebabkan adanya bantuan daripada suamiku, Mr Qamar. Aku bukannya ada bibik jadi jika suami aku tak membantu semestinya aku tak akan berjaya menjadi seorang blogger sepenuh masa seperti sekarang. Syukur alhamdulillah, dia cukup faham dengan tugasan aku dan mungkin di sebabkan adanya restu dan redha daripada suamilah maka aku boleh berjaya menjana income dengan berblog ni.

Syukur alhamdulillah.. kasih sayang Qamar terhadap Hawa masih lagi utuh sejak awal pertemuan hingga sekarang.. Ameeen =D

Ualls pula macamana? Apakah rutin harian ualls kata sana? Share lah sikit kat ruangan komen tu...

13 comments:

  1. Allah kak, Ira rasa macam dah masuk dalam dunia akak bila baca rutin ni siap bayang lagi kak ke sana ke mari hehehe. Sangat mengangumkan! Tahniah kak Awa. Moga Allah permudahkan apa jua urusan akak sekeluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama, dok bygkan jugak, saya tabik spring la ngn sis hawa!
      cayok!

      Delete
  2. allhamdulillah... sepakat membawa berkat. bgs sis awa sama2 buat kerja rumah dgn suami...

    ReplyDelete
  3. seronok baca kisah seharian awa...terasa dekat pula dengan awa...untung awa dapat suami yang banyak membantu...memang padat ye jadual seharian awa...semoga kasih sayang kalian kekal hingga ke syurga...Amin...

    ReplyDelete
  4. Padat Dan efficient la jadual awa. Untung awa Ada husband yg banyak membantu Dan anak2 Yang X byk kerenag. Pokok pamgkalnya bergantung pada diri Kita utk uruskan masa sebijaknya

    ReplyDelete
  5. wah!rasa macam novel!!Alhamdulillah..Allah permudahkan dengan kurniakan suami yang ringan tulang..semoga kekal bahagia hingga ke jannah..

    ReplyDelete
  6. padat sangat jadual akak.. Nurul macam mana la nanti kan.. hehehe :D

    ReplyDelete
  7. aira baca satu persatu sebab curious nak tahu life as housewife and full time blogger. may Allah bless your family sis awa :)

    ReplyDelete
  8. Bila jadi ibu ni mmg begitu la rutin... liez yang beranak 2 pun mcm tu... semoga awa dan kaum2 ibu kuat untuk suami dan anak2

    ReplyDelete
  9. mcm tu lah rutinnya kan awa ...
    bila dah hari2 buat, dah tak kelam kabut sangat ..
    salute to awa, 5 org , nnt nak masuk 6 dah ...
    mrs pip ni baru 2 kdg2 mak oiiii, pening tu mcm kalah gunung Kinabalu.

    ReplyDelete
  10. Baca apa yang awa tulis siap boleh bayang apa yg berlaku.. Salute to awa..

    ReplyDelete
  11. Saya memang salute sebenarnya wanita yang menjadi surirumah sepenuh masa, walaupun duduk di rumah tapi ada banyak urusan yang perlu dilakukan.. Dengan kerja sis yang menjadi designer blog dan tengah sarat mengandung, tapi masih gagah untuk lakukan kerja-kerja rumah.. Tahniah sis..

    ReplyDelete
  12. amazing, Awa. alhamdulillah mr.asben byk membantu.
    tu la yg perlu, kan.
    jadual aida skang ni, 4.5 hari = jadual surirumah + student + part time blogger.
    out of 7 hari, 2.5 hari lagi aida tiada di rumah, di KL = campus. aida tumpang bermlm rumah kakak, Awa.
    so, 4.5 hari tu aida guna more to jadik surirumah. A to Z aida yg uruskan.
    mr.asben aida memang totally out from keje rumah. sebab 2.5 hari yg aida takde tu, dia amik alih jaga anak.
    hi hi hi :) surirumah sementara aje, Awa. setahun setengah... gembira! tiap hari yg aida ada umah, seharian makan di rumah... love it!

    ReplyDelete