ANTARA WANITA BERWAWASAN DENGAN WANITA BIASA - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

30 Nov 2017

ANTARA WANITA BERWAWASAN DENGAN WANITA BIASA

Assalamualaikum ualls...
sejak akhir-akhir ni heboh isu seorang wanita yang bernama Anis Hafiza kerana mampu membeli banyak aset walau cuma bergaji RM2,500. Dalam hati aku ni, wah... beruntungnya dia! Inilah antara contoh wanita yang berwawasan!!

Puan Anis baru berumur 31 tahun tapi dah punya 6 buah rumah sedangkan aku yang sudah berusia 36 tahun ni sebuah rumah pun belum mampu lagi di beli. Hingga sekarang anak dah nak masuk enam masih lagi duduk menyewa... jauhnya perbezaan tahap kehidupan antara aku dan Puan Anis. Terasa kerdil pula diri aku yang hanyalah bergelar seorang wanita biasa ni.


Walau ayat di atas tu ada berbunyi "Yang tak jadi kau minded mcm duduk dalam gua.. hahaha" namun itu tak membuatkan aku malu untuk mengaku yang aku masih lagi belum mampu membeli walau hanya sebuah rumah. Ayat yang di ucapkan kat atas tu sama sekali tak terkesan pada aku dan aku anggap ayat itu di tujukan pada orang lain :D

Terus terang, Aku tak malu untuk mengaku aku masih lagi menyewa hingga kini bersama suami dan anak-anak. Untuk apa aku nak malu kalau dah itu je tahap yang aku dan suami mampu. Bukan kerana kami tak berusaha malah sampai sekarang kami sedang bertungkus lumus menabung untuk merealisasikan impian untuk punya rumah sendiri supaya masa tua aku dan suami nanti lebih terjamin tetapi apa boleh buat kerana masih ada lagi perbelanjaan lain yang perlu kami utamakan tiap masa. Inilah yang di katakan pengorbanan ibu dan ayah. Lain orang lain tulisan hidupnya, yang penting kita jangan takbur dan jangan sesekali memperlekehkan orang lain jika nasib mereka tidak sebaik kita.

Kenapalah ayah aku tak letak hantaran tinggi kan? Kalau tidak tentu aku juga dah boleh beli macam-macam tapi.... untuk apa? Dah memang suami aku tidak mampu masa tu kerana baru habis belajar je. Kalau ikutkan mulut orang mesti akan di cakap yang aku dan suami gatal nak kahwin awal tapi kami tak kisah kerana kami lebih yakin pada takdir Allah SWT.


PERNAH BERHUJAN BERPANAS
Kalau nak tahu, semasa baru kahwin dulu aku dan suami hanya mampu naik bas ke sana ke mari. Sakit ke apa ke semuanya hanya dengan bas awam. Malah ketika sedang mengandung anak pertama sekalipun aku dan suami masih lagi dengan pengangkutan awam. Sehinggalah anak pertamaku itu hampir berusia setahun, barulah aku dan suami mampu beli sebuah motor.

Motor Honda keluaran terbaru yang berharga hampir RM4,000 pada tahun 2004 menjadi harta sepencarian pertama. Terasa bangga di hati kerana kami dapat beli secara tunai. Alhamdulillah... berkat ukur baju di badan sendiri. Kami berjaya ke sana sini dengan kenderaan beroda dua pada masa itu.

- RESIT BELI MOTOR YANG MASIH SUAMIKU SIMPAN HINGGA KINI SEBAGAI KENANGAN -

3 tahun selepas itu aku lahirkan anak ke dua. Sekarang motorsikal terpaksa naik berempat. Seorang anak di dalam bakul dan seorang lagi di belakang bersama aku. Bila ke sana sini ramai sedara dan kenalan menegur, elok la beli kereta. Dah tak muat tu. Hujan susah. Belilah kereta yang biasa pun. Belilah kereta kancil yang dah secondhand pun. Itulah mulut orang yang beri nasihat untuk kami berdua suami isteri. Tapi suami aku hanya sengih macam orang takde perasaan. Aku sebagai isteri turut senyum sebagai tanda sokongan pada suami. Hati perempuan mana tak cemburu lihat orang lain berkereta namun apakan daya suami aku belum mampu lagi.

- TERINGAT BALIK ZAMAN ITU - (sekadar gambar hiasan)

Awal tahun 2009, ketika aku sedang kandungkan anak ke tiga, hampir lima bulan masa tu usia kandunganku. Aku di minta suami untuk mengambil lesen kereta. Terus aku bertanya pada suami, nak beli kereta ke? Jawabnya Ya!! Ada sikit duit katanya, bolehlah beli kereta biasa-biasa untuk sambut anak ke tiga. Alhamdulillah, seronok sangat rasanya masa tu. Yelah, bila sudah melahirkan anak yang ke tiga maka memang dah tak muat untuk aku, suami dan anak-anak naik motorsikal lagi. Dalam pemikiran aku mesti suami nak beli kancil secondhand ni. Tak apalah, janji namanya kereta yang dapat kami naiki seisi keluarga tanpa perlu basah dek hujan. Syukur alhamdulillah aku berjaya dapat lesen hanya dengan sekali test.

Mei, 2009. Bulan kelahiranku.....
Hadirlah sebuah kereta di hadapan mata. Kereta tersebut di hantar secara terus ke rumah. Terkesima sekejap bila lihat rupanya. Betul ke apa yang aku nampak ni? Suami aku hanya senyum dan hulurkan kunci ke tangan. "Nah, hadiah birthday untuk mama. Terima kasih atas kesabaran selama ni."

Aku terus terkedu, Ya Allah bukannya kancil secondhand tapi sebuah Perodua Myvi yang baru keluar dari kedai. Terus rasa nak menangis bila lihat kereta idaman aku berada di depan mata. Memang aku pernah suarakan pada suami yang aku minat kereta Swiss dan Toyota Passo tapi dek di sebabkan Swiss dan Toyota Passo tu mahal giler aku cakap boleh Myvi pun dah kira cun! Yelah rekaan Myvi kan dah ala-ala macam Passo. Kikiki. Tapi aku cakap tu sekadar di mulut je pun...

[ sumber google ]
Sebaik saja kereta Myvi ini keluar maka terdiam mulut sedara dan rakan yang suarakan supaya kami membeli Kancil secondhand sebelum ini. Makin mereka terdiam apabila suami berjaya selesaikan hutang kereta kami ini hanya dalam masa 3 tahun saja. Ya, hanya 3 tahun!

Memang boleh untuk suamiku bayar deposit rumah ketika itu tapi dia nekad untuk selesaikan hutang kereta terlebih dahulu maka pada tahun 2012, kereta ini sudah menjadi milik aku dan suami sepenuhnya tanpa perlu lagi berhutang dengan pihak bank sama sekali. Hati mana tak suka bila tiada apa-apa tuntutan hutang di pinggang? Apa yang perlu suami dan aku usahakan hanyalah wang perbelanjaan sehari-hari semata-mata, alhamdulillah...

- START HUTANG BANK 2009, PEMBATALAN HAKMILIK KENDERAAN TAHUN 2012 -

TAK AMAL SIKAP HUTANG PIUTANG
Inilah salah satu sikap suami aku yang paling nyata. Aku dan anak-anak juga di didik dengan sikap yang sama. Nak beli apa semuanya dengan cara cash. Biarpun ada Courts Mammont dan bermacam-macam lagi pihak peniaga lain yang boleh beri sistem credits namun aku dan suami sama sekali tak pernah menggunakannya. Kad credit dengan pihak bank lagilah kami tak ada.

Apa saja perabot di dalam rumahku semuanya di beli secara tunai.
- BARANG JE MILIK SENDIRI, RUMAH MASIH LAGI STATUS MENYEWA -

ANAK RAMAI REZEKI KURANG?
Tak! Anak berapa pun rezeki tetap juga ada daripada Allah SWT. Yang penting sebagai orang Islam aku dan suami wajib yakin pada kemurahan Allah SWT yang akan memberikan rezeki pada kami sekeluarga. Apa yang perlu aku dan suami lakukan adalah berusaha dan berdoa.

Rezeki sama sekali bukannya di tangan manusia. Tetapi di dalam rezeki seseorang manusia sering terselit rezeki orang lain. Sebagai contoh rezeki dari Allah pada si majikan yang turut terselit  rezeki para pekerjanya. Dek kerana itulah ramai yang tersalah sangka hingga di anggapnya perlu bergantung pada si majikan sedangkan si majikan itu di datangkan rezeki daripada Yang Maha Esa. Maka sebab itu kita wajib berdoa pada Allah SWT bukannya sekadar nak bergantung harap pada sesama manusia.


UJIAN DATANG TANPA DI MINTA!
Siapa yang tak di datangi ujian bukan manusia lah namanya tu. Jika tak di datangi ujian bagaimana kita nak sedar diri bahawa dunia ini tidak kekal selamanya. Jika tanpa ujian pasti kita akan sentiasa hanyut dengan dunia dan pasti kita akan sentiasa sibuk mengejar harta.

Tapi bila sesekali Allah turunkan ujian kita akan tersentak dan kembali tersedar bahawa masih ada satu alam lagi yang sedang menanti selepas ini. Alam yang akan kekal sampai bila-bila hinggakan kita tidak dapat berpatah balik ke atas muka bumi ini lagi. Tidak salah berusaha untuk capai hidup yang selesa di atas muka bumi ini cumanya janganlah terlalu taksub hinggakan terlupa pada asal usul dan ke mana hala tuju selepas ini.


UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI
Sekarang suami dah mula buat plan rumah. Haaaa... apakah itu tandanya masa untuk kami punya rumah sendiri sudah hampir? InshaAllah.... Yang pasti walau aku dan suami punya anak ramai, walau aku dan suami tidak keja gomen namun jika kita pandai ukur baju di badan sendiri InshaaAllah akan ada cahaya di depan. Yang penting kita kena tahu kemampuan diri sendiri dan cuba buat step by step. Jangan sesekali cemburu dengan nasib orang lain yang jauh lebih baik diri kita.

- MODEL RUMAH YANG DI SIAPKAN SENDIRI OLEH MR.QAMAR -
Biarlah aku dan suami tak mampu nak beli enam buah rumah janji kami masih lagi mampu memberi perlindungan makan minum dan pakai pada enam orang anak. Yang penting kami tidak akan sesekali membebankan mana-mana anak kami dengan sebarang hutang piutang sebaik saja kami telah meninggal nanti.

Pada wanita yang berwawasan.. daku sebagai wanita biasa ini tumpang happy... tahniah di ucapkan namun seperti yang ku cakap di awal tadi.. apakan daya kerana tulisan hidup tiap orang itu adalah tidak sama.. cakap memanglah mudah tapi untuk nak buat bukannya senang!! huhu..

BIARLAH WALAU TAK PUNYA 6 BUAH RUMAH, YANG PENTING HATI AKU & SUAMI HAPPY KERANA TAK ADA SEBARANG IKATAN HUTANG DENGAN PIHAK BANK... =D


12 comments:

  1. setiap anak yg Allah kurniakan Dia akan dah tentukan rezeki masing2... sama la dgn kita ni... walaupun ada 6 buah rumah tp belum tentu blh puaskan nafsu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. biarlah tak punya enam buah rumah janji hati happy tanpa ada sebarang hutang piutang.. ank tengok surat dr bank pun payah kiki

      Delete
  2. tu rezeki dia dapat beli 6 biji rumah. rezeki kita semua lain lain, allah dah tetapkan. nak lebih,kena usaha, tapi jgn sampai membebankan semata mata nak harta banyak. apapun, kena selalu syukur dgn nikmat Allah. kalau ada rezeki extra, boleh simpan buat infaq juga. tapi, thanks share cerita ni, at least kita semua bersemangat nak kerja lebih keras lagi nak capai matlamat masing masing. take care Awa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... tulisan takdir hidup orang tak sama. Yang penting kena ukur baju di badan sendiri. Kerja keras tu penting, jangan mudah putus asa :D

      Delete
  3. Apa pun syukur. Biar tak kaya harta, daripada kaya hutang. Biarlah dikatakan takder wawasan, dunia ni sementara ajer. Kalau dapat rumah idaman, alhamdulillah. Kalau tak dapat pun, alhamdulillah jugak. Rezeki setiap hambanya berbeza-beza.

    Raikan.

    Nak educate orang jangan sampai menghina 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa tu betul!! nak educate orang tolong jangan sampai ke tahap menghina! Nanti kan tak pasal orang cakap takbur... dah ke lain pula maksudnya tu

      Delete
  4. yang penting kena bersyukur apa yang kita ada, walaupun kita hanya ada motor tapi kena ingat ada orang yang ada basikal je dan ada yang hanya mampu berjalan kaki je

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sentiasa bersyukur dan berusaha untuk ke arah yang lebih baik :D

      Delete
  5. Respect sanagt dengan Kak Awa. Moga akak sekeluarga akan terus dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan ye:)

    Doakan juga adikmu ini yang baru nak menapak kenal dunia KUAT :D

    ReplyDelete
  6. terinspirasi juga dengan sis hawa, sanggup susah senang dengan encik husband. moga keluarga sis hawa sentiasa dirahmati Allah :)

    ReplyDelete
  7. Setuju sangat ni. Ukur baju di badan sendiri.

    ReplyDelete