Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Akibat Jika Batal Balik Bidaan Di CHILINDO

Kalau kita dah menang bid, dah daftar keluar tapi tak bayar, adakah kita akan di kenakan apa-apa tindakan? "

jawapannya adalah : 
TIDAK AKAN ADA APA-APA TINDAKAN YANG AKAN DI KENAKAN OLEH PIHAK CHILINDO KE ATAS KITA... 


ANTARA SOALAN YANG DI AJUKAN




BUKTI DARI PENGALAMAN SAYA SENDIRI
Saya telah menang beberapa barangan secara bid di dalam lamanweb Chilindo beberapa bulan yang lalu tetapi sehingga ke hari ini saya sama sekali tidak membuat apa-apa bayaran. 

Di sebabkan adanya soalan seperti di atas maka saya telah pergi semula ke website Chilindo dan saya dapati akaun yang telah saya daftar sebelum ini sudahpun tidak wujud lagi di dalam sistem Chilindo. 

Maka, berdasarkan apa yang saya perhatikan, sebaik saja saya gagal membuat bayaran itu, pihak Chilindo telah me'reset' semula akaun yang telah saya daftarkan di dalam website tersebut. Untuk lebih mudah faham, pihak Chilindo telah memadam sepenuhnya detail pendaftaran di atas nama saya tu termasuk barangan yang telah saya menangi untuk bid tersebut.

Saya masih boleh membuat bid dan belian daripada pihak Chilindo jika saya mahu dengan cara membuat pendaftaran yang baru di website Chilindo semula.

Jangan risau, tidak akan ada apa-apa tindakan yang pihak Chilindo akan kenakan kerana tidak ada pun sebarang perjanjian sama ada yang lisan atau bertulis di antara kita dan pihak Chilindo. Chilindo juga tidak meletakkan syarat bahawa kita wajib membuat bayaran bagi setiap bid yang kita berjaya menangi. 

Semoga terjawab segala kemusyikilan anda berkaitan isu ini.. pihak Chilindo tidaklah di tahap kejam sehingga mahu mengambil tindakan jika kita tidak membayar mengikut harga barangan yang telah berjaya kita menangi secara bid di website mereka.

Terima kasih di ucapkan pada Chilindo kerana memudahkan urusan kita untuk perkara ini... dan semoga pihak Chilindo dapat memperbaiki mutu servis dan barangan mereka dari masa ke semasa... ameen :D