Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BALASAN MENJADI PENULIS BLOG YANG TAK SEDAR DIRI

Assalamualaikum ualls....
Hari ni aku nak berceloteh hal bloggers pulak!

Bagi aku, niat semua penulis blog adalah sama iaitu mahu tulisannya di baca dan di beri komen dari masa ke semasa. Semakin tinggi pengunjung, semakin ramai followers, semakin banyak komen yang di berikan, maka semakin menggunung lah perasaan si penulis blog tersebut. Dalam erti kata lain bestnya bila blog sendiri jadi glamour. Begitulah juga dengan aku!!

Semasa awal pembabitan aku menulis blog dulu, aku akui aku mahu sangat menjadi glamour hinggakan pada masa tu aku hanya tahu pot pet pot pet bercerita bagai nak rak seolah-olah ada orang sedang baca. Balasannya, apabila di lihat pada jadual pengunjung, non hado!! Tentang komen dan followers lagi teruklah. Tapi aku ni memang jenis tak sedar diri bahkan terus lagi menulis dan menulis. Dah kenapa kau ni Hawa?? Hilang akal??

Di sebabkan itu, akhirnya aku pasrah.. maka aku kuburkan saja blog tersebut ke dasar lautan hati yang paling dalam. Bye bye blogku yang TAK SEDAR DIRI..!! Malu pula rasanya bila teringat kembali detik itu yang berceloteh seolah-olah diri ini seorang DIVA?! Cheh.. diva la sangat... Aku ni siapa sampai orang nak follow baca cerita yang entah apa-apa? Sedihnya rasa hati masa tu, hanya tuhan saja yang tahu.... =(

Dek kerana pernah menjadi blogger tak sedar diri dulu itulah, hari ini aku sudah makin paham apa itu tugas seorang penulis blog yang sebetulnya. Kerana itu jugalah blog aku ini lebih cendurung ke arah kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri, surirumah dan ibu yang cukup sesuai dengan statusku sekarang yang sudah berkahwin selama lebih daripada 15 tahun dengan di kurniakan 5 cahayamata. Jika dulu aku menulis dengan bertujuan untuk mengharapkan pembaca dan pengomen yang ramai namun kini tidak lagi.
BIARLAH LIKE FACEBOOK KU KURANG.....
BIARLAH FOLLOWERS IG KU TIDAK SEBERAPA

Apa yang lebih penting sekarang adalah......

DAPAT MEMBERI INFO !!

DAPAT BERKONGSI ILMU !!


DAPAT BERSAHABAT !!
- HADIAH MENGEJUT DARI SAHABAT BLOGGER - 

DAPAT BERKONGSI REZEKI !!


DAPAT KEPUASAN SENDIRI !!
- HASIL BERBLOG SELAMA 1 1 BULAN -

REZEKI DI TANGAN ALLAH, BUKAN DI TANGAN MANUSIA !!


Inilah kata-kata yang aku pegang selama aku menjadi seorang penulis blog yang sudah sedar diri ini sejak 1 1 bulan yang lalu. Apa yang aku tulis dan kongsikan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memberi info dan semangat pada penulis-penulis baru yang lain seperti aku. Aku tidak terlalu taksub dengan berapa jumlah followers, aku juga tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan jumlah Like dan pengikut di akaun instagram namun aku masih bersyukur kerana masih ada yang sudi berkerjasama dengan aku yang masih di tahap ikan bilis ini.

Tidak perlu lagi terlalu mengejar glamour.. apa yang penting nawaitu yang baik kerana apa yang kita buat sentiasa di perhatikan oleh Nya Yang Maha Berkuasa !!

BIARLAH ANDAI ADA YANG MEMBENCI ASALKAN MASIH ADA YANG MENYAYANGI!! YANG PENTING, JANGAN LAGI SESEKALI MENJADI SEORANG PENULIS BLOG YANG TIDAK SEDAR DIRI.... 

31 comments for "BALASAN MENJADI PENULIS BLOG YANG TAK SEDAR DIRI"

  1. Hihiii. #terasa

    Semoga lepas ni tak SS dah 😅

    Tq awa for everything. Really appreciate it. Hya Allah saja dapat membalas kebaikan awa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde niat tujukan kat ssiapa kak melainkan kat diri sendiri yang pernah tak sedar diri sebelum ni haha

      Delete
  2. Fuhhh akak punya tajuk memang gempak habis la. Apapun betulkan niat dulu. Itu yang penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat tu yang penting... betul betul betul :D

      Delete
  3. Alhamdulillah dipertemukan rakan blogger yang baik hati..terima kasih awa!!

    keep sharing keep writting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah juga di pertemukan dengan Gee sebagai rakan blogger... baikkk sgt!! luv u

      Delete
  4. Takut juga ss ni haha...tahniah awa..banyak peningkatan di blog awa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la kak Lin.. risau kalau jadi SS.. serik sangat2 dh!! Hahaha.. tgh cuba utk ke depan lgi ni kak.. mohon tunjuk ajar

      Delete
  5. Wahhh ..u are my inspirasi tau..kak awa mmg pandai kan bab blog2 ni..rabia ni budak baru nak belajar berblog

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis tak pandai mana lah Rabia... sekadar belajar dr pengalaman yang lepas2

      Delete
  6. Saya pun tak sedar diri jugak..hurmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kalau mcm tu.. hehe... anyway, suka kawan ngan Shikin,.. blog Shikin pun best!!

      Delete
  7. Okaylah rentetan dari tak sedar diri tu positif akhirnya

    ReplyDelete
  8. Teruskan berkarya jangan pernah putus asa...nk jadi blogger berjaya hati mau kental....ok.

    ReplyDelete
  9. saya pun seronok dapat mengenali akk.
    banyak belajar daripada akk, cuma saya segan je nak bertegur sapa banyak (jenis tak bnyk cakap).
    teruskan usaha kak! moga Allah memberkati akk

    ReplyDelete
  10. huhu tak pernah rasa hebat..rasa ikan bilis ada lah.. Rezeki Allah bagi tu luas.. ada org tu akan ada rezekinya..

    ReplyDelete
  11. best nya entry sis hawa kali ni...saya suka baca..teruskan menulis di blog ya sis..

    ReplyDelete
  12. tahniah kak.. teruskan menulis untuk sebarkan kebaikan dekat semua orang ^^

    ReplyDelete
  13. Samalah. Dulu masa awl2 tulis blog rasa mcm syok sendiri pulak. Tp, mmg tak kisah. Just writing je. Alhamdulillah skng dah ada yg sudi baca coretan ku ini. Hehe.

    ReplyDelete
  14. allahuakbar.. ingatkan ape la tadi.. nak kene awa ni.. suspen jerk... haha pape pun gut luck ya awa dlm dunia blogging

    ReplyDelete
  15. Kann awal2 buat blog msti ad perasaan mcm tu. Tapi makin lama org kata makin matang dlm dunia blog. Niat kontent semua trut berubah dri masa ke semasa

    ReplyDelete
  16. wahhh, tahniah sis awa.. hebat

    ReplyDelete
  17. betul..setuju dah tu.akhirnya,blog sis semakin dikenali. alhamdulillah,usaha tangga kejayaan.

    ReplyDelete
  18. Yg penting mkin dibaiki..sis pon mkin glemer skg..huuhu

    ReplyDelete
  19. kan ...rezeki di tgn Allah..kita berikhtiar.

    ReplyDelete
  20. Bila kita usaha ke arah kebaikan, pasti Allah bantu

    ReplyDelete
  21. Tahniah sis.. Niat tu memang penting.. Semoga usaha sis semakin sukses

    ReplyDelete
  22. semoga kita sentiasa bersemangat utk terus menulis.

    ReplyDelete
  23. Bagus niatnya. isi kandungan blognya pun best. Terima kasih diatas info. Semoga makin bertambah-tambah ideanya..seronok baca..

    ReplyDelete