Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Dapatkan PUK UMobile Melalui Operator Dan Online

Assalamualaikum. Aku yakin sejuta % mesti semua orang pakai handphone kan? Zaman IT ni kalau tak pakai handphone alamatnya spesis makhluk asing lah tu. Apa yang membezakan hanyalah talian yang di gunakan.

Hendak di jadikan cerita, semalam handphone anak sulungku di off sebab nak charge bateri. Biasalah tu... off handphone untuk caj battery but masa nak on balik handphone tu, boleh pula dia salah masuk password. Bukan sekali tapi berkali-kali. 

Akhirnya, apa lagi handphone kena blocklah! Hmmm... tak pasal pasal kena dapatkan PUK number untuk unlock semula telefonnya tu. Mujurlah mamanya ada ni untuk membantu.

Oleh kerana aku ni belum pernah gunakan khidmat UMobile (handphone aku pakai talian Maxis dari dulu), maka aku pun cubalah cari info yang berkaitan melalui Google. Alhamdulillah aku berjaya jumpa website utama milik company UMobile ni.


Godek punya godek, rupa-rupanya semua pelanggan UMobile boleh dapatkan nombor PUK masing-masing hanya melalui online menerusi website yang telah di sediakan ni. Tapi, masalahnya sekarang handphone anak aku ni sama sekali tak boleh nak buka. Nak tak nak, aku terpaksa hubungi costumer service melalui panggilan telefon.

CARA DAPATKAN PUK UMOBILE MELALUI OPERATOR


1- Call : 018 388 1318  (no costumer service ni ada tertera di laman web UMobile ) 
2- Pilih bahasa
3- Masukkan no handphone dengan di ikuti oleh butang hash (#) contoh... 018 xxxxxxx dan #
4- Sahkan nombor telefon
5- Pilih servis.. utk dpatkan PUK ni aku terus je pilih untuk bercakap dengan cstumer service..
6- Kemudian berikan detail peribadi seperti no IC dan alamat kepada pihak yg bertugas utk sahkan pemilik yg betul
7- Pihak UMobile kan terus berikan akan nombor PUK. 
8- Masukkan no PUK ke hp dan masukkan semula password hp sebanyak dua kali.. SIAP!!

Alhamdulillah... berjaya pun dapatkan nombor PUK dengan mudah dan cepat. Lega rasanya bila dapat buka balik handphone anak sulung aku ni. Selesai satu masalah... Yes!!

Kebetulan aku masih lagi sedang membuka website utama UMobile ketika itu, maka aku mengambil keputusan untuk cuba mendapatkan nombor PUK tersebut sekali lagi. Jika tadi melalui panggilan telefon kepada pihak costumer service, kali ini aku nak dapatkan nombor PUK itu secara online pula.

Maka aku pun ikutlah langkah demi langkah seperti yang telah di terangkan pada website tersebut. Di sebabkan belum pernah lagi menggunakan website ini sebelum ni, maka aku terpaksa daftarkan dulu nombor telefon bimbit anakku ini sebagai 1st time user (pengguna kali pertama).


CARA DAPATKAN PUK UMOBILE SECARA ONLINE
1- Pergi ke halaman ini >> https://u.com.my/selfcare/login-first-time

2- Masukkan no telefon bimbit dan klik pada butang SUBMIT



3- Kemudian, pihak UMobile akan terus menghantar nombor pin (6 digit) ke telefon bimbit. Sekarang, masukkan nombor telefon bimbit sekali lagi dan di ikuti dengan nombor pin tersebut dan terus klik pada butang LOGIN



4- Sekarang klik pada MANAGE ACCOUNT dan pilih pada bahagian Account Details. Tu dia, terus tertera segala maklumat berkaitan nombor handphone anakku di sana.



Hari ni dah boleh belajar satu lagi benda baru... alhamdulillah,... pada pengguna-pengguna UMobile di luar sana, bolehlah ualls cepat-cepat dapatkan no PUK handphone masing-masing secara online ni sebagai backup di kala kecemasan nanti.



Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

11 comments for "Cara Dapatkan PUK UMobile Melalui Operator Dan Online"

  1. info yang bagus, tapi sha dah takletak pin number sekaang haha sebab asyik lupa T_____T

    ReplyDelete
  2. bagus entry ni...terima kasih sis hawa sebab sudi berkongsi entry2 macam ni..

    ReplyDelete
  3. Salam sis hawa. jemput la join GA ray kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  4. No fon tu no yg kna lock ke4.sbbfon xleh buka trs

    ReplyDelete
    Replies
    1. call guna mana2 haandphone dan beri no tel yg kena lock tu utk dptkan PUK no :)

      Delete
  5. canne eh masa nk first time log in tu use number yg kene lock ke another phone?

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna mana-mana handphone xpe.. saya guna laptop masa tu

      Delete
  6. klau letak nombor ygkene lock tu nnt pin dye send dekat mne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dh kena lock better call cstumer service

      Delete
  7. Pehh terbaik la sis! Boleh pula saya accidentally lock sim 😅

    ReplyDelete