Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Di Pujuk Nuffnang Untuk Kali Ke Dua

Assalamualaikum ualls..
Kalau ualls nak tahu aku sudah bercerai selama hampir 6 bulan dengan Nuffnang. Ini semua di sebabkan aku berasa seperti kesetiaan aku telah di khianati sebabnya Nuffnang jarang sangat nak pandang muka blog aku ni pada masa tu. 

Tapi sejak kebelakangan ni tiba-tiba saja inbox aku di singgahi dengan pelbagai mesej dari Nuffnang mengajak aku ke event sini dan situ. Terdetik di hati, dah kenapa Nuffnang ni? Buang tebiat? Bukan hari tu dia sendiri ke yang tak sudi nak pandang blog aku ni sampaikan sama sekali tak hendak beri walau satu kempen pun pada aku selama berbulan-bulan.

Makin aku bertambah keliru adalah apabila ada di kalangan rakan blogger yang aku kenali menunjukkan bukti bahawa income Nuffnang di blog mereka kembali menjelma secara tiba-tiba. Eh eh ini mana boleh jadi. Nuffnang pandang orang lain tapi tidak aku? Hmmmm...

Akhirnya, aku nekad untuk kembali bersatu dengan Nuffnang sekali lagi. Tapi dalam hati masih lagi bengkak okay! 

Beberapa minggu selepas aku letakkan kembali code Nuffnang di blog, kelihatan beberapa kempen yang mula singgah untuk memberi sedikit cahaya. Tersenyum sikit wajah blog aku ni bila Nuffnang kembali datang untuk memujuk hati yang tengah merajuk.. 


Syukur alhamdulillah. Walau hanya beberapa sen namun ia telah dapat membuatkan aku mula bersemangat untuk kembali berkerjasama dengan Nuffnang semula. Moga-moga ikatan antara aku dan Nuffnang ni akan kembali erat dan tidaklah hingga ke tahap bercerai berai lagi. Ameen :D

6 comments for "Di Pujuk Nuffnang Untuk Kali Ke Dua"