Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ibu Di Penjara 75 Tahun Kerana Lacurkan Anak Sendiri

Ibu Di Penjara 75 Tahun Kerana Lacurkan Anak Sendiri - Sering aku terbaca kisah haruan yang makan anak. Kisah si abang yang merogol si adik perempuannya sendiri malah kisah bayi baru lahir yandi buang tanpa belas kasihan tapi kali ini aku makin terkesima apabila wujudnya 'ibu' yang sanggup melacurkan anak perempuannya untuk memenuhi kepentingan diri sendiri.



Terdetik di hati, ibu jenis apakah ini? Layakkah beliau di panggil ibu?? Mungkin tidak!! Maaf jika bahasa aku agak terkasar sepanjang artikel ini di tulis tetapi memang aku sangat-sangat tidak berpuashati dengan perkara ini.

Sedih sangat hati aku ni apabila terbaca kisah 'wanita ini' yang sanggup melacurkan dua orang anak perempuannya yang baru berusia 10 dan 13 tahun ini kepada dua orang warga asing.

Apa yang makin menyedihkan perkara terkutuk itu dilakukan hanya kerana inginkan bayaran sebanyak RM50. RM50 itu bukannya untuk tuan punya tubuh ya tetapi adalah untuk si ibu itu sendiri.

Selepas menerima bayaran RM50 tersebut, di katakan si ibu hanyalah memberi sejumlah kecil daripada wang terbabit (RM1, RM5, RM10 dan RM20) kepada mangsa sebagai upah. Bukankah ini tanda perilaku seorang ibu ayam?! Ya Allah, tergamaknya beliau berbuat begitu terhadap anaknya sendiri.

Serendah ini kesucian anak-anak itu di kacamata tertuduh... :(
Bayangkan si ibu sanggup mengambil wang di atas hubungan seks anak sendiri dengan lelaki warga asing. Sudahlah si ibu dedahkan anaknya dengan dosa berzina malah di gunakan pula wang hasil persetubuhan itu untuk kegunaan sehari-hari. Inilah natijahnya jika tidak asas agama di dalam dada. Sepatutnya si ibu ini berusaha sedaya upaya memikirkan jalan untuk mencari rezeki yang halal untuk di beri pada anak-anaknya. Ya Allah berikanlah hidayah kepada si ibu ini supaya dia dapat berubah untuk kembali ke jalanMu. Ameen...


Sebelum di jatuhkan hukuman ibu tunggal beranak empat ini memohon supaya mahkamah hanya menjatuhkan hukuman denda saja ke atasnya. Ini di sebabkan dia mempunyai dua lagi anak yang berusia 4 dan 5 tahun di bawah jagaannya.

Walaubagaimana, pihak Timbalan Pendakwa Raya yang bernama Suhaila Shafi'uddin telah memohon mahkamah supaya menjatuhkan hukuman yang paling setimpal kerana kesalahan tertuduh adalah di tahap yang teramat serius. Beliau tegas mengatakan bahawa sebagai ibu kandung, si tertuduh sepatutnya menjadi pelindung dan memberi kasih sayang yang sepenuhnya terhadap anak-anak. Bukannya mengambil kesempatan dan membahayakan keselamatan ke dua-dua kanak-kanak terbabit.

Hakim Kamarudin Kamsun turut menasihatkan wanita berusia 39 tahun itu supaya segera insaf dan bertaubat. Beliau juga telah mengambil keputusan untuk menjatuhkan hukuman penjara ke atas tertduduh selama 15 tahun bagi setiap pertuduhan setelah tertuduh mengaku bersalah.

Mengikut apa yang di beritahu oleh pihak media massa, kes ini terbongkar setelah pihak sekolah mangsa menerima mesej melalui Whatsapp dengan mengatakan bahawa mangsa telah di lacurkan oleh ibunya sendiri kepada warga asing. Disebabkan mangsa sudah tidak hadir ke sekolah selama hampir 3 minggu, maka pihak sekolah telah mengambil keputusan untuk melaporkan perkara terbabit kepada pihak polis.

Akibat laporan tersebut, pihak polis telah berjaya menahan si ibu di rumahnya pada 25 Oktober yang lepas.

Semasa di dalam tahanan si ibu telah mengaku bahawa dia telah beberapa kali membawa ke dua-dua anaknya itu ke hotel bajet di Larkin Perdana, Johor Bharu untuk dilacurkan kepada dua orang lelaki warga Bangladesh. Semua perbuatan tu di lakukan antara jam 9.25pagi, 1 Oktober 2017 hingga 12.21 tengahari, 7 Oktober 2017.

24 comments for "Ibu Di Penjara 75 Tahun Kerana Lacurkan Anak Sendiri"

  1. Nauzubillah min zalik...mcm mna cra dia berfkir smpai sggup buat cmnie.teruknya dunia skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah tanda manusia akhir zaman. Makin hari makin melampau

      Delete
  2. Allah hu... tergamaknya dia anak itu kan amanah

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. aduhai.. tak tau nak cakap mcmana lagi dah. Geram!!

      Delete
  3. x sanggup rasanya nak baca, hairan maacam mana boleh wujud ibu yang bersikap macam ni, harapkan pagar, pagar makan padi, anak yang patut dijaga bagai menatang minyak penuh dibiarkan diratah oleh manusia berhati binatang, dgn 'upah' rm50 buat ibu, sanggup menjual anak! Terdesak sangat dah kehidupan golongan susah di Malaysia ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak leh bayangkan macamana mamat bangla tu dok ratah... ishhh!! selisih malaikat 44 oi

      Delete
  4. Replies
    1. itulah juga yang sis rasa Aira oi... sedihh sangat sangat :(

      Delete
  5. eiiii sakitnya hati baca....tergamak betul seorang ibu buat anak sendiri macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak lien.. geram!! patutnya si ibu tu carilah kerja halal.

      Delete
  6. sekarang dah macam-macam kes jadi sis hawa, sampai nak keluar depan rumah pun kena fikir panjang, apa lagi nak biarkan anak-anak keluar rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul CK. Sis sendiri takut nak bg anak-anak keluar tanpa pengawasan. Mcm2 kes skrg ni. culik la apa la.. makin teruk

      Delete
  7. Kejam. Kerana desakan hidup manusia hilang kewarasan akal

    ReplyDelete
  8. Ya Allah tak tergamaknya mama nak baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awa yang menulis pun berjurai airmata Mama huhu

      Delete
  9. Sedih sungguh berita gini, kejam tak bermoral si mak.. Sanggup dia buat gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih sedih daripada baca berita haruan makan anak kan.. sbb ini mak yang mengandung dan melahirkan huhu

      Delete
  10. Terkejut juga dengan berita ni T_T

    ReplyDelete
  11. atas desakan hidup,sampai hati sanggup sampai lacurkan anak kan hawa...banyak lagi benda yang boleh dibuat tau...sedih pemikiran dia macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Haida. Banyak lagi keja yg halal. rezeki Allah ni luas tapi apakan daya. kalau ada asas agama rasanya tak sanggup sampai ke tahap tu

      Delete
  12. Apabila diri dikuasai syaitanirojim. Sama-samalah kita berdoa agar ibu ini insaf dan kembali ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen. itulah sebaiknya. Moga dia insaf bertaubat dan mndapat keampunan dr Allah swt.

      Delete