KARIPAP RANGUP SEDAP - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

23 Nov 2017

KARIPAP RANGUP SEDAP

Assalamualaikum ualls....
Jom buat karipap! Daripada beli baik kita buat sendiri kan leh makan banyak sikit. Tapi itu kalau ada anak dan ahli keluarga ramai la. Jika setakat nak makan berdua je dengan suami baik gi beli RM2 kat kedai jer. Tak yah penat.. lagi jimat kos. Pada yang nak buat sendiri tu.. bolehlah cuba resepi kat bawah ni..


BAHAN-BAHAN (DOH) :
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu tepung beras
- 1 sudu tepung jagung
- 4 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar marjerin
- setengah cawan air (larutkan sedikit garam di dalamnya)

Cara-Caranya :
1. Satukan ke semua jenis tepung dan gaul sebati.

2. Panaskan minyak masak bersama marjerin, masukkan ke dalam tepung dan gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti.

3. Masukkan air garam sedikit demi sedikit, gaul dan terus menguli sehingga menjadi doh yang tidak lagi melekat di tangan. (jika terlebih agak keras tambahkan air jika doh agak lembik tambahkan tepung).

4. Bulatkan doh menjadi bebola kecil dan biarkan seketika.

Jom kita buat intinya pula...

BAHAN-BAHAN ( INTI) :
- Isi daging ayam/daging (potong dadu kecil-kecil)
- 3 biji kentang (potong dadu)
- 2 biji bawang besar (potong dadu)
- 3 sudu besar serbuk kari ayam/daging
- 2 ulas bawang merah *
- 3 ulas bawang putih *
- 1 inci halia *
- 3 biji cili kering * (tambah jika nak lebih pedas)
- 1 ketul kiub pati ikan bilis
- setengah cawan air


Cara-Caranya :
1. Kisar bahan yang bertanda (*) dan tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan air, serbuk kari, ayam/daging, kentang, bawang besar dan kiub pati ikan bilis dan gaul sebati.

3. Tutup dan masak dengan api perlahan supaya daging kentang cepat empuk. Masak sehingga air menjadi agak kering.

4. Tambahkan garam dan gula sesedap rasa (jika mahu).


Okay,... doh dah ready, inti pun dah siap..  apalagi tunggu, bolehlah mula mencanai doh dan isikan inti. Jika tak pandai nak kelim sendiri pakai jer acuan.  Lepas tu goreng dan ngap......!! Selamat mencuba... :D

3 comments: