RESEPI PIZZA MUDAH BUATAN SENDIRI - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

20 Nov 2017

RESEPI PIZZA MUDAH BUATAN SENDIRI

Assalamulaikum ualls...
Baru-baru ni aku terlebih rajin sikit. Jadi aku ambil keputusan untuk masakkan pizza sebagai menu minum petang bersama family. Nak tahu bagaimana cara memasak pizza sendiri? Jom ikut langkah-langkah kat bawah ni...


BAHAGIAN 1 - KERAK 

BAHAN A:
1 cawan air suam
1 sudu makan susu pekat
2 sudu makan gula
1 sudu teh yis mauripam

Ke semua bahan-bahan ni di satukan kemudian di biarkan pada suhu bilik selama 10 minit atau sehingga berbuih. Jika tak berbuih itu tandanya yis tersebut sudah 'mati' dan perlulah di beli yis yang lain dan buat semula. Sementara tu jom kita sediakan bahan yang lain pulak.

BAHAN B:
1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung roti
1 biji telur
2 sudu marjerin
1/2 sudu teh garam


CARA-CARANYA:

  1. Masukkan bahan B ke dalam satu bekas yang agak besar. Kemudian masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam adunan bahan B tadi sambil di uli perlahan-lahan. Boleh tambahkan air jika perlu dan proses menguli ni perlu di lakukan sehingga adunan tepung sebati dan sudah tidak melekat pada tangan lagi.
  2. Setelah siap, terus bentukkan doh kepada bentuk bulat mengikut size yang ualls nak. Jika tapak loyang ualls besar maka doh tersebut pun kenalah besar sikit. Letakkan doh ke dalam dulang yang telah di tabur dengan sedikit tepung dan biarkan doh ini berehat selama 40 minit atau sehingga ia menjadi kembang sebanyak beberapa kali ganda.
  3. Sekarang, sapukan loyang dengan mentega.
  4. Ambil doh, tumbuk tumbuk doh tersebut sehingga keluar angin di dalamnya dan bolehlah di letak doh tersebut ke loyang. Leperkan mengikut size loyang dan cucuk cucuk adunan tepung tersbut dengan garfu.


BAHAGIAN 2 : TOPPING

BAHAN-BAHAN:
Sos pasta / tomato
Sosej, isi ketam, nenas, cendawan butang dan lain-lain. (terpulang)
Keju mozzarella yang telah di parut
Lada hitam
Italian herbs (takde pun takpe)

CARA-CARANYA:

  1. Sapu sos pasta/tomato pada adunan doh yang telah di leperkan pada loyang tadi.
  2. Letakkan apa saja topping kegemaran berserta dengan keju mozzarella, lada hitam dan italian herbs tadi mengikut kreativiti masing-masing
  3. Rehatkan doh sebentar selama 15-20 minit bagi menggebukan lagi doh tersebut.
  4. Bakar pada suhu 170darjah dengan menggunakan api atas dan bawah selama 20 minit atau sehingga pizza bertukar rupa menjadi keperang-perangan.

SIAP!! SEDAP DI MAKAN PANASS-PANAS.... 

Sorry ualls.. takde gambar lepas masak sebabnya tak sempat nak snap gambar dah pun licin masuk ke perut...! Selamat mencuba yer.. =D

9 comments:

  1. bestnya kalau dapat buat piza sendiri bole letak topping banyak2 hehe

    ReplyDelete
  2. owh senang jer buatnyer...bolehla cuba nanti...cuti2 sekolah ni mesti lapar je kan budak2 ni

    ReplyDelete
  3. wah...bagus ni hawa..anak2 mesti suka

    ReplyDelete
  4. Rajinnyer .kalau buat sendiri boleh letak bahan banyak2 ..

    ReplyDelete
  5. dulu selalu buat tapi rumah baru ni takde oven so malas sikit. pergi dominos je senang :P

    ReplyDelete