Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Teruja Hati Jika Dapat Bercuti

Assalamualaikum ualls..
Sedar tak sedar tahun 2017 sudah hampir ke penghujungnya. Ya Allah betapa cepatnya masa berlalu kan? Rasanya macam baru semalam je aku sambut tahun baru tapi tup tup sekarang ni dah pun semakin mendekat ke tahun 2018.

Selalunya, bila tiba penghujung tahun, mulalah anak-anak aku ni buka mulut bertanyakan samada aku dan suami akan membawa mereka pulang ke kampung kelahiranku atau tidak? Jika ya, diaorang pasti akan lompat dan jerit suka sebabnya kampung aku tu sudah dekat sangat dengan desitinasi percutian terkenal iaitu Langkawi. Tiap kali balik ke sana pasti ibu aku ajak ke Langkawi. Dah jadi macam rutin pulak... manalah anak-anak aku tu tak seronok!

Jika tidak jadi balik kampung sekalipun, aku dan suami akan cuba luangkan masa membawa mereka meronda ke sekitar tempat peranginan di wilayah negeri-negeri pantai timur yang sedang aku duduki ni. Kat sini kan banyak pantai dan pulau-pulau jadi memang bestlah. Tapi, nampaknya... tidak untuk kali ini. Yelah aku kan sedang tunggu hari untuk bersalin? Buatnya masa bercuti 'terberanak', haaa sapa yang susah? Tak pasal-pasal aku kena letak baby nama AHMAD TRAVEL nanti..  (Ahmad? Eh macam yakin je baby yang aku kandung kali ni pun lelaki...hehe.. )

Walaubagaimanapun, aku tetap juga nak pantau apakah destinasi dan tawaran menarik yang ada untuk percutian pada hujung tahun ni. Apa nak buat, sebabnya memang dah begini rutin aku tiap tahun. Asal cuti sekolah je mesti nak godek-godek cari info tentang percutian yang best dan awesome. Walau tahun ni tak dapat nak pergi tapi at least perancangan awal tu dah ada. Nanti mudahlah sikit bila masa untuk bercuti tu betul-betul sampai. Tambahan pula lepas ni kan dah ada baby, jadi memang patutlah cari info yang lebih detail. Bila ada baby ni memang kena buat perancangan yang lebih teratur supaya memudahkan urusan semasa bercuti nanti. Barulah keseronokan suasana bercuti tu terjaga.

Godek punya godek, aku ternampak satu website yang amat best dan mengancam untuk percutian. Apalagi kalau bukan Traveloka. Pada pendapat peribadi aku lah kan, website ni memang betul-betul berguna dan boleh menawarkan cheapest tickets on internet untuk korang semua! 

Napa? Tak percaya? Okay.. cuba ualls tengok kat bawah ni... Harga tiket penerbangan untuk pergi bercuti ke Bali, Hong Kong atau Kota Kinabalu yang akan di kenakan hanyalah daripada RM 118 saja. Maknanya, kos untuk tiket penerbangan pergi dan balik belum pun mencecah RM250. Wow!! Murah giler.... Terkesima aku di buatnya ni.. Lagipun aku memang belum pernah lagi jejakkan kaki ke Kota Kinabalu tau... :D

Yang makin membuatkan aku excited adalah apabila disediakan juga senarai-senarai hotel mengikut tarikh aku mahu bercuti. Malah aku juga boleh listkan apakah kemudahan yang aku perlukan untuk menetap di sesebuah hotel tersebut dan pihak Traveloka akan terus syorkan mengikut budget, masa dan kemudahan yang aku minta.

Cuba ualls tengok harga hotel tu per night! Aduhhhh.. murah giler tu...


Siap boleh lihat gambar keadaan dalam hotel dan jenis-jenis bilik yang di sediakan juga. Ish tak boleh jadi ni.. bersabarlah wahai hati.. sabarrrr!!

Bila aku baca dengan lebih mendalam tentang Traveloka ni, aku bukan hanya boleh menempah tiket penerbangan malah aku juga boleh menempah sekali dengan hotel yang aku kehendaki tu dengan harga yang telah tertera dan tidak akan ada apa-apa caj tersembunyi lain yang akan dikenakan.

Maksudnya, jika aku betul-betul nak travel, aku hanya perlu...
- Pilih destinasi percutian
- Masukkan tarikh bila aku mahu bercuti
- Berikan jumlah bilangan orang yang akan bercuti

Kemudian pihak Traveloka akan terus syorkan apa yang berkaitan dan apa yang perlu aku buat hanyalah pilih saja mengikut apa yang aku suka dan rasakan sesuai. Kemudian aku boleh terus buat bayaran secara online samada dengan menggunakan kaedah kad kredit atau online banking. Hmm bagus betul ni. Tak perlulah kita pening pening kepala lagi kan? Ye lah, kalau tahu destinasi saja tapi tiket takde, harga tiket pun tak tahu, hotel pun entah ke mana... kan susah tu?

Makin lama aku scroll website Traveloka ni, makin seronok pulak aku jadinya. Yang paling aku suka adalah pada bahagian bawah website Traveloka tu. Cuba ualls tengok ni...



Traveloka siap berani beri guarantee yang harga mereka adalah terendah sekali ualls.. Patutlah harga yang Traveloka kasi tu betul-betul mengancam! Hmmm.. nampaknya aku kena cepat-cepat bersalin dan start kumpul duit ni. Mana tahu dapat makan angin betul ke Kota Kinabalu nanti. Ameen...

" Awa... awa.... baby dalam tummy tu belum lagi keluar tapi kau dah berangan nak pergi makan angin ek?? Hmmm...jangan marah ye ualls... hahaha.. "

UALLS KAT SANA MACAMANA?? DAH ADA PLAN UNTUK PERGI BERCUTI KE MANA-MANA KE HUJUNG TAHUN NI?? 


4 comments for "Teruja Hati Jika Dapat Bercuti"

  1. Selamat bercuti panjang bila bersalin nanti.
    Kalau boleh bersalin tahun 2018, boleh dapat inisiatif dr budget tu hari.

    ReplyDelete
  2. dah rancang awal2 dengan traveloka juga.....best lah traveloka...memang terbaik

    ReplyDelete
  3. Bila nak balik perlis ni ..hehe .
    Dah hampir ujung bulan kan . Cuti sekolah pun dh xlama lagi bermula . Masih tak terfikir nak gi jalan2 ke mana ..asyik keja .huhu

    ReplyDelete
  4. Berangan nak menginap kat Swiss Garden Kuantan. Hotel baru. Then, tak tau lagi nk gi jb ke tak... umah kakak kakyu. Kot la dpt buat lawatan tapak kat Ikea Tebrau hahahhaha

    ReplyDelete