Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tips Mendidik Anak Tidur Tanpa Buaian

Assalamualaikum ualls..
Hari ni aku nak ajak ualls story mory tentang isu tidurkan baby tanpa buaian. Bila sebut tentang buaian pasti akan ada dua kategori yang berbeza.
1- suka guna buaian untuk menidurkan bayi dengan cepat
2- tidak mahu terlalu biasakan anak dengan buaian



Bila bercerita bab tidurkan anak dengan buaian ni, aku terus teringat pada salah seorang ahli keluargaku sendiri. Mereka tinggal di Terengganu dan setiap kali pulang untuk beraya pasti akan di sumbatnya sekali buaian anak mereka di dalam bonet kereta. Mujurlah buaian style sekarang ni jenis boleh di lipat-lipat. :D

Tidak di nafikan juga yang di rumah aku ni turut terdapat sebuah buaian. Malah buaian ni dah berada di dalam simpanan aku sejak 15 tahun yang lepas lagi. Buaian ni di beli dan di hadiahkan oleh arwah ayahku suatu ketika dulu. Konon-kononnya beli buai untuk memudahkan urusan menidurkan anak tapi alih-alih aku ambil keputusan untuk menidurkan bayi di atas tilam saja.

Syukur alhamdulillah, ke lima-lima anakku tidak merengek-rengek untuk tidur di dalam buaian. Malah buai kat rumah aku ni seolah-olah hanya sebuah perhiasan semata-mata. Ini semua dek ketegasan suamiku, Mr Qamar yang beria-ia suruh aku jangan terlalu biasakan anak dengan buaian. Buktinya sehingga ke hari ini anak-anakku sudah terbiasa tidur di sebelahku saja setiap hari dari kecil sehingga menginjak ke usia 2 ke 3 tahun.


CARA UNTUK BIASAKAN ANAK TIDUR TANPA BUAIAN
Ini adalah berdasarkan cara yang aku praktikan ke atas ke lima-lima anakku sejak mereka masih bayi lagi.

- Bila anak merengek nak tidur, pastikan kita menyusunya terlebih dulu tanpa melibatkan buaian sama sekali. Jika menyusu badan semestinya si kecil akan berada di sisi tapi jika susu botol pastikan menyusu anak sehingga kenyang di atas ribaan terlebih dahulu. Jangan letakkan bayi terus di dalam buai dan memberinya botol susu untuk di hisap di dalam buaian.

 Baca Juga :  Hati-Hati Tidurkan Bayi Dalam Buai Jika Tak Nak Kejadian Ni Berlaku 



- Selepas bayi dah kenyang, wajib sendawakan dan cubalah di dodoi dodoikan bayi atas ribaan atau dukungan sehingga dia terlena. Baby sendawa ni penting tau untuk elakkan tersedak susu. Selalunya ramai yang ambil lewa susukan baby di dalam buai pastu bila lihat baby dah tidur terus di biarkan saja. Sedangkan sepatutnya WAJIB SENDAWAKAN BAYI terlebih dahulu.

- Setelah bayi sendawa dan terlena selepas di dodoi dodoi di atas dukungan, terus letakkan baby di atas tilam.

- Tapi, jika si kecil belum juga mahu lena dan mula merengek-rengek dengan kuat, barulah boleh di masukkan ke dalam buaian untuk membantu kita mendodoikannya sehingga dia terlelap.

- Dodoi dengan buai bukan bermaksud terus di biarkan saja si kecil di dalam buaian tersebut sehingga berjam-jam lamanya ya. 

- Setelah si kecil terlena dan tidur dengan nyenyak, haruslah di angkat dan di letakkan di atas tilam. 

- Nanti bila si kecil terjaga, dengan sendirinya dia akan perasan yang dia tidak tidur di dalam buaian sebaliknya hanyalah tidur di atas tilam saja. Ini adalah salah satu cara untuk setkan minda anak-anak bahawa buaian bukanlah satu tempat untuknya tidur sepanjang masa.


Semasa anak ke dua lahir aku hampir tertewas dengan buaian. Ini kerana aku melahirkan anak ke dua secara pembedahan maka aku tak larat nak buai anak selalu di atas ribaan dan dokongan sehingga dia terlena. Jadi aku berniat untuk menggunakan buai lebih lama daripada biasa. Tapi ternyata aku tetap tewas dengan ketegasan suami. Mujurlah dia sudi bantu jagakan si kecil masa tu kalau tidak memang boleh perang dunia ke tiga ler.

TERPULANG PADA KEADAAN
Tidak salah menggunakan buaian namun terus terang aku agak bersyukur kerana dapat membiasakan anak-anak tanpa buaian. Ini kerana ia lebih memudahkan aku untuk memantau keadaan bayi semasa sedang tidur dan yang paling penting sekali ia dapat menyenangkan aku ketika travel ke mana-mana..


UALLS DI LUAR SANA PULA MACAMANA?? :D


p/s : Anda rasa blog ini bagus dan bermanfaat? Jika YA, jadilah salah seorang followers blog ini  >> DI SINI << sebagai tanda support. Terima kasih.


21 comments for "Tips Mendidik Anak Tidur Tanpa Buaian "

  1. alhamdulillah masa syafi dulu pun tak pakai buaian. senang nak pergi rumah orang. popok je dah tido

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mama. pergi mana senang. cukup time tidur :D

      Delete
  2. Boleh try juga untuk next baby nanti, yg 2 ni memang jenis tidur dalam buai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cuba praktikan utk baby yg akan datang :D

      Delete
  3. Alhamdulillah miza pun dah belajar dari pengalaman anak pertama siksanya nak mengusung buaian kemana2 anak no 2 nekad tak pakai buaian alhamdulillah senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. tengok sedara Awa time balik kampung kena bawa balik buai sekali. Apa nak buat kalau takde buai dah payah anaknya nak lena. hehe

      Delete
  4. Nice tips hawa.. anak bujang deeba yang dah berumur 2 tahun sekarang ni memang sejak dia baby kecik lagi memang xsuka tidur dalam buaian.. so deeba memang takde la nak belikan dia buaian tapi dah nenek dia yang belikan buaian tu.. cuba jugak la bagi dia tidur dalam tu tu eh sekali dia masuk je dalam tu pandai dia nak keluar daripada buaian tu.. bijak.. btw deeba follow sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. Awa pun dh singgah blog deeba. baguslah anak bujang tu tak nak buai. Mudah sikitkeja mama dia tu haa :D

      Delete
  5. mrs pip pun jenis katakan TIDAK pada buaian.
    bukan cakap buai ni tak elok, tapi kitorang dulu selalu sangat road trip sana sini,
    so memang nak anak2 praktis boleh tidur di mana jua dalam apa saja keadaan.
    jadi, tu sebab utama kenapa mrs pip elak guna buaian, utk kesenangan mrs pip and si anak juga. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL! Bukannya nak ckap buai tu tak elok utk anak cumanya tak nak terlalu bergantung harap pada buaian tu. Kalau bergantung harap alamatnya menyusahkan kita balik nanti.. :(

      Delete
  6. sorg anak sedara mmg maknya @ kakak ipar biasakan tido buai.. bila pegi cuti kat umah kakak kepada kakak ipar, anak sedara x bkleh nak tido sgt sbb anak x biasa tido xde buai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sebablah Awa kurang amalkan penggunaan buaian untuk anak-anak. Susah bila nak ke mana-mana. tambah-tambah kalau kat umah orang ngan pergi travel :D

      Delete
  7. alhamdulillah... anak-anakLiezmemang takdiajar tidur dalam buaian.Bukan apa sebab nanti payah nak bawak berjalan klau jenis nakkena ada buaian baru nak tidurkan
    Rasa tidur dipangkuan lebih bonding

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Liez. Awa lebih suka anak-anak tidur dalam dakapan masa diaorang kecil daripada buaian

      Delete
  8. Ena mmg xnak ajar ank tidur buai sejak lahir tp pikirkan org tua dah hadiahkn sbb dia cakap senang nk buat keje ank tdo lama terpaksa ikutkan je..tp susahnya bila bjalan jauh die merengek xnk tdo sbb dah trbiasa dlm buai.. sejak tu ena tekad stop die dri tdo dlm buaian..simpan buaian terus bg die xnampak. mmg hati kena kuat bila dia menangis smpai tlelap kt tilam..hari2 mcmtu dia ngs smpai terlelap. Lama2 dia nk tdo die cri tilam die..hehe..guna smpai 7bulan je.. senang dah berjalan die tdo je dlm kereta or stroller..

    ReplyDelete
  9. Banyak tips yang CCL dapat dalam entri ni . Take a note untuk masa akan datang . Kedepan-depan nanti dah berumah tangga at least ada sedikit ilmu . Amalkan baby tido dalam buaian oun bahaya juga kadang tue . Pernah baca dalam paper bayi meninggal buaian . Ada yang jatuh buaian .hurm macam2

    ReplyDelete
  10. Gee amal buai start anak umur setahun gitu sebab nk biasakan tidur bawah..sebab kita biasa travel jadi susahlah nak hangkut buai tu..bila dia dah besar jadi tak kisah dah tidur buai ke bawah ke..kena istiqamah since dalam pantang..sama juga konsep ajar anak duk dalam car seat. kita mula dari dia bayi. baru dia dapat biasakan sampai ke besar..hehe..

    ReplyDelete
  11. lea kalau anak dh tidur dalam buai pastu diangkat letak kat tilam memang dia sedar..

    ReplyDelete