CARA SENDAWAKAN BAYI SELEPAS MENYUSU

WAJIB SENDAWAKAN BAYI SELEPAS MENYUSU | Benar! Wajib okay Wajib! Jangan sesekali lupa untuk sendawakan bayi sebaik saja selepas menyusu. Ini kerana bayi akan terlena sebaik saja selepas menyusu dan ketika di dalam tidur bayi boleh tersedak dan termuntah susu tersebut sekiranya tidak di sendawakan.


Hal inilah yang kerap kali kita terbaca di dalam suratkhabar kisah-kisah bayi yang comel meninggal kerana tersedak susu.

Hal ini berlaku kerana angin yang ikut masuk ke dalam perut bayi semasa sedang menyusu. Angin tersebut akan berada di dalam perut dan boleh menolak kembali susu yang baru di minumnya tadi. Kerana itu kita wajib sendawakan bayi supaya angin tersebut dapat keluar semula melalui mulut bayi.

Aku dan Mr.Qamar memang tak pernah lupa untuk sendawakan anak-anak selepas selesai menyusu. Seperkara lagi, MrQamar cukup peka jika ada bunyi ketika bayi kami sedang tidur. Terutama bunyi batuk! Dia akan bergegas bangun dan angkat baby kerana takut kalau-kalau tersedak. Honestly, telinga dia lebih peka daripada aku.

Terdapat pelbagai cara untuk sendawakan baby dan ini adalah cara yang aku amalkan untuk sendawakan anak-anakku ketika mereka masih kecil. Cara inilah yang aku gunapakai sejak berbelas tahun yang lalu bermula dari anak yang pertama sehinggalah anak aku yang ke enam ini.

CARANYA:
1- Letakkan punggung baby di atas paha
2- Regangkan ibu jari dan jari telunjuk kemudian ampu keseluruhan dagu baby dengan ke dua-dua jari tersebut.
3- Sokong dada bayi dengan kuat menggunakan pergelangan tangan.
4- Sapu dan tepuk-tepuk lembut belakang bayi dengan tangan yang sebelah lagi.
5- Lakukan selama lima minit atau sehingga bayi sendawa.



Selain daripada kaedah di atas, boleh juga gunakan kaedah lain seperti di bawah ini. Lakukan mengikut mana-mana cara yang dirasakan selesa.


 Yang paling penting, jangan sesekali lupa untuk sendawakan bayi selepas menyusu.

5 comments :

  1. penting sgt bg baby sendawa ni... semoga kasih sentiasa sihat...

    ReplyDelete
  2. bagus info ni..penting utk ambil tahu..

    ReplyDelete
  3. Good info. Dapat tambah sedikit ilmu pengetahuan. Fatin follow sini, salam kenal dari penang ^^

    https://fatinshahrizam.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. betul tu penting ni!gee suka tiarapkan baby..gosok2 belakang.bila sendawa ibu pun rasa legaaa...

    ReplyDelete

My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates | Re-Edit By Sis Hawa