Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SUSU IBU TAMBAH BANYAK DENGAN FEMILAC MILKBOOSTER

FEMILAC MILKBOOSTER PENGGALAK SUSU IBU | Selepas 24jam lahirkan Kasih, aku telah di minta oleh nurse untuk check darah Kasih di hospital. Apa yang menyedihkan, Kasih di sahkan mendapat jaundis dan makin hari tahap jaundis Kasih makin meningkat. Disebabkan susu aku sendiri yang agak kurang maka doktor terus sarankan supaya memberikan susu formula pada Kasih sebagai tambahan.

Sedihnya rasa hati apabila melihat Kasih minum susu formula. Sebetulnya aku mahu susukan Kasih dengan susu aku sendiri sepenuhnya sehingga usia Kasih dua tahun sama seperti yang pernah aku lakukan pada abang-abangnya sebelum ini. Disebabkan itu, Aku nekad untuk mencuba FEMILAC MILKBOOSTER.

DUA BIJI SEHARI - TIAP PAGI
Mujurlah aku berjaya menghubungi salah seorang penjual produk ini yang ada di sekitar tempat aku tinggal. Hanya dalam masa sejam saja aku telah berjaya dapatkan produk ini secara direct. Sebaik saja aku membuka botol produk ini, perkara pertama yang aku perasan adalah pada baunya. Wow. bau yang sedap dan menyelerakan. Aku pun keluarkan dua biji tablet dan terus masukkan ke dalam mulut.


"Kunyah-kunyah untuk kesan yang cepat" itulah pesanan yang aku ingat dari tadi dan ternyata rasanya sangat-sangat sedap.... Terasa seperti sedang makan gula-gula berperisa susu yang berkhasiat pula. Suka sangat!!

Apa yang paling memeranjatkan hanya dalam masa beberapa jam saja aku dapat rasakan payudara aku mula menegang sedikit demi sedikit. Bila aku picit, susu yang tadinya hanya keluar titik-titik seperti air yang jernih kini sudah mula bertukar menjadi warna putih. Aku terus susukan Kasih dan semakin Kasih menghisap, semakin lancar susu yang keluar. Cuma tahap pengeluaran susu yang aku perlukan untuk Kasih masih belum cukup lagi.


Hari demi hari aku dan suami berulang-alik dari rumah ke hospital untuk ambil darah Kasih. Makin hari tahap jaundis Kasih makin meningkat. Aku dan suami mula susahhati. Dalam masa yang sama aku terus amalkan Femilac seperti biasa. Aku juga terus susukan Kasih yang di selangselikan dengan susu formula.


Akhirnya, pada hari ke-6 aku lahirkan Kasih. Aku di beritahu doktor bahawa tahap jaundis Kasih sudah mula menurun. Dua hari selepas itu doktor ambil darah Kasih sekali lagi dan alhamdulillah tahap jaundis Kasih makin menurun lagi. Lega sedikit rasa hati aku dan suami. Tapi doktor tetap minta aku supaya lebih kerap susukan Kasih kerana  tahap jaundis Kasih masih lagi pada bacaan yang tinggi walaupun selepas ada penurunan tersebut.


Mujurlah ada Femilac kerana dengan bantuan produk ini susu aku semakin bertambah dari hari ke hari. Sekarang aku sudah mula kurangkan susu formula pada Kasih kerana susu aku sendiri sudah semakin banyak pengeluarannya untuk menampung tahap keperluan Kasih setiap hari. Aku yakin dalam masa beberapa hari lagi aku akan berjaya hentikan susu formula pada Kasih dan hanya memberikan susu aku saja padanya sehinggalah dia besar.

InshaaAllah...


Untuk belian hubungi : 017-4114945 (whatsapp only)

9 comments for "SUSU IBU TAMBAH BANYAK DENGAN FEMILAC MILKBOOSTER "

  1. Masa Qaseh mmg jaundis sikit je.. tp masa Niyaz mmg jaundis sebulan tau... byk naik dari turun... kena tahan hispital 3hari 2mlm... mmg susu liez sikit tapi gagah bagi..nurse pernah marah sbb kuning makin naik... katanya liez xbg susu pada anak setiap 2 jam.. Allah saja yg tahu betapa liez struggle bg niyaz susu dan pam walaupun xbyk..xpe awa... usaha selagi boleh utk bg byk susu utk Kasih

    ReplyDelete
  2. wahhh macam menarik jerk.. lea pun dok cari milkbooster gak ni..

    ReplyDelete
  3. produk yang menarik ni.. nanti ada anak boleh cuba kalau xde susu hihihihi

    ReplyDelete
  4. Semoga rezeki Kasih berpanjangan dan dapat merasa jugak sama seperti abang-abangnya :)

    ReplyDelete
  5. Insyaallah...ada rezeki kasih menyusu badan....lain rasanya bila dapat susukan dengan susu ibu kan...

    ReplyDelete
  6. wah menarikkk...semoga kasih cepat sihat dari jaundis..

    ReplyDelete
  7. Femilac ni molek betul, mak saudara ada jual.. Baju baju dari femilac pun comel je, recommended ibu bf

    ReplyDelete