HIGHLIGHT

26 Dec 2017

KOPI CINTA by SisHawa - Bab 7


Tariq memberhentikan keretanya di ruang parkir yang kosong tidak jauh daripada Kafe Cinta. Beliau menapak masuk ke dalam kafe dengan langkah yang penuh bersemangat.

Keadaan di dalam kafe agak sibuk dengan pelanggan yang ramai. Mujurlah sewaktu dia sampai kebetulan ada sebuah meja yang baru saja di kosongkan. Tariq segera menarik kerusi di meja itu dan duduk. Matanya pula mula melilau mencari kelibat seseorang.

"Encik nak minum apa?" seorang pelayan wanita menyapa Tariq dengan penuh sopan.

"Mmmm.. berikan saya secawan cappuccino dan sepotong chocolate cake." Tariq membuat pesanan berdasarkan menu yang telah tersedia di atas meja.

"Baik encik. Sila tunggu sebentar ya, sekejap lagi saya akan hantar pesanan encik" balas si pelayan dengan suara yang lembut berserta sebuah senyuman yang manis.

Tariq memerhatikan pelayan wanita itu dari atas ke bawah. Berbaju kemeja berwarna putih, berseluar panjang hitam dan menyanggul rapi rambut yang panjang. Nampak kemas dan bersih. Layanan juga bagus.

Tariq memerhatikan pula seluruh pelusuk kedai. Teratur, ceria dan bersih. Tariq mengangguk-anggukkan kepalanya tanda berpuashati dengan suasana cafe yang cantik dan selesa.


   989369nkhwxrd6yq.gif


Seperti yang telah di janjikan, pelayan wanita tadi kembali semula sambil menatang sebuah dulang. Minuman dan makanan yang di pesan diletakkan di hadapan Tariq dengan berhati-hati. "Silakan makan encik. Jika ada apa-pa lagi encik boleh panggil saya semula nanti ya." Si pelayan mahu berpaling untuk berlalu namun sempat di tegah oleh Tariq.

"Ada apa-apa lagi yang nak di tambah ke encik?" tanya pelayan wanita itu kembali dengan sopan seperti tadi.

"Eh tak... saya bukan nak tambah order tapi saya nak tanya sesuatu."balas Tariq.

"Tanya apa tu encik?" tanya pelayan itu semula dengan kening yang berkerut.

"Sebenarnya, saya sedang mencari seorang perempuan. Katanya dia berkerja di sini." terang Tariq dengan jujur.

"Siapa namanya? Saya boleh tolong panggilkan." jawab pelayan wanita tersebut dengan senyuman.

"Nama dia? Mmmm.. Nama dia saya tak tahu.." pelayan wanita terbabit mula memandang Tariq dengan pandangan yang semacam sebaik saja mendengar jawapan itu. Yelah, nak cari seseorang tapi sama sekali tak tahu nama orang yang di cari. Bukankah agak mencurigakan?

"Maaf, saya memang tak tahu nama dia. Dia cuma cakap berkerja di sini saja." Tariq mula menerangkan situasi sebenar dengan segera untuk mengelakkan dirinya dari di salah anggap.

"Mmm.. apa kata encik cuba gambarkan fizikal dia pada saya. Lagipun pekerja perempuan kat sini hanya ada tiga orang saja encik. Selebihnya semua pekerja lelaki. Jadi mudahlah untuk saya agak siapa yang encik sedang cari ni."

 Tariq mula berasa lega apabila pelayan yang memakai tag bernama Mira ini ingin membantunya. "Orangnya kecil molek, berambut panjang dan berkulit agak cerah." hanya itu yang mampu Tariq berikan sebagai panduan.

"Kalau itu saja susah saya nak agak. Macam ni lah. Encik makan dulu, sambil makan encik perhatikan pekerja-pekerja kat sini. Nanti lepas encik sudah makan saya akan datang semula pada encik. Rasanya cara begini lebih mudah kan?" bagusnya pelayan yang bernama 'Mira' ni kerana dapat memberi idea yang bernas.
  
Tariq terus tersenyum setelah mendengar cadangan terbabit. Tariq menggangguk dan mengucapkan terima kasih. Pelayan yang bernama Mira itu segera berlalu untuk meneruskan tugasannya yang lain. Tariq pula mula menikmati makanan yang telah terhidang di depan mata.


Tariq menjamah makanan dan minuman yang telah di pesannya itu dengan hati yang senang. Bertambah senang hati Tariq apabila makanan yang terhidang itu memang menepati seleranya. 20 minit kemudian, Tariq masih lagi belum nampak kelibat gadis yang di carinya. Akhirnya Tariq melambaikan tangannya kepada pelayan yang bernama Mira itu semula. Mira lantas mengangguk dan segera menghampiri meja yang sedang di duduki Tariq.

Mira : Macamana encik? Ada tak orang yang encik cari tu kat sini?
Tariq : Maaf sebab terpaksa menyusahkan awak tapi orang yang cari tu tak ada kat sini. Saya pun pelik.
Mira : Pelik kenapa pula encik?
Tariq : Gadis tu sendiri beritahu pada saya yang dia berkerja di sini. Tapi takde pula saya nampak kelibat dia dalam kafe ni. Saya bukan ada niat jahat. Saya cuma nak jumpa gadis tu untuk minta maaf sebab saya dah terlanggar dia minggu lepas.

"Terlanggar?" Mira mengulang kembali perkataan itu dengan wajah yang agak pelik seolah-olah seperti sedang mengingati akan sesuatu.

"Ya! Saya terlanggar dia minggu lepas. Teruk jugalah saya kena marah pagi tu dengan gadis tersebut. Tapi gadis tu sempat beritahu pada saya yang dia berkerja di sini." beritahu Tariq dengan agak panjang lebar.

"Rasanya saya dah tahu siapa orang yang encik sedang cari ni." jawapan pelayan yang bernama Mira itu benar-benar membuatkan Tariq berasa sangat gembira. Siapa sangka usahanya hari ini akan berhasil. Mujur juga Kamal buatkannya secawan kopi tadi, jika tidak sudah tentu dia tak akan teringat semula tentang gadis garang yang telah di langgarnya tempohari.

"Siapa namanya? Mana dia?" tanya Tariq kembali dengan rasa yang sangat teruja.
"Kalaulah benar orang yang saya sangka ni, namanya adalah Dhia Zulaikha dan dia bukannya pekerja sebaliknya adalah tuanpunya kafe ni. Tapi hari ni Puan Dhia tak ada encik. Dia sedang bercuti.

Ooo patutlah Tariq tak nampak kelibatnya. Sedang bercuti rupa-rupanya. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya dia sudah berjaya untuk tahu nama gadis itu.

"Bila dia akan mula masuk kerja semula?" tanya Tariq semula.

"Maaf encik, saya sendiri tak pasti tentang tu. Nama pun boss kan?" jawab si Mira dengan tawa kecil. "Ada apa-apa lagi yang boleh saya tolong?" tanya Mira semula kepada Tariq.

"Tak ada. Terima kasih banyak ya. Tolong beri saya bil" pinta Tariq dan Mira si pelayan segera mengangguk dan berlalu ke kaunter bagi mendapatkan bil yang perlu di jelaskan oleh Tariq.


989369nkhwxrd6yq.gif


"Terima kasih, sila datang lagi." ucap Mira sebagai tanda selamat jalan kepada Tariq. Selangkah Tariq menapak keluar dari cafe, sekali sebutan nama Dhia bergema di dalam hatinya.

Tariq terus berjalan menuju ke kereta Lamborghini Murcielago LP 640 berwarna putih yang dimilikinya. Tariq perasan ada banyak pasang mata wanita yang lalu lalang di situ memandang ke arahnya namun semua itu tidak di pedulikan kerana saat ini hanya empunya nama DHIA ZULAIKHA seorang saja yang sedang bernyanyi di dalam hati.


5 comments:

  1. banyak tertinggal episod da, kena baca semula ep2 yang tertinggal ni. :)

    ReplyDelete
  2. amboii tariq..sudh terpikat kaa

    ReplyDelete
  3. yeayyy...dah mula panas ni episod akan datang...tak sabarrr

    ReplyDelete