Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MENYUSU DI TEMPAT AWAM DENGAN #SELAMBERSELAK

Assalamualaikum ualls...
Hari ini genap seminggu aku berpantang selepas melahirkan Kasih Sufi. Dalam masa awal kelahiran ni perkara yang perlu aku lakukan apa lagi kalau bukan berulang-alik ke hospital untuk check tahap bilirubin di dalam darah Kasih. Mudah cakap 'check kuning' @ jaundis.

Hari ni aku tak nak citer bab jaundis tapi aku nak citer tentang satu jenama yang telah membantu aku selama aku terpaksa ulang alik untuk check Kasih di hospital.

Produk tersebut adalah....

Terus terang aku katakan blaus yang di jual oleh pihak Feedmilk Boutique ni sangat-sangat awesome. Ia bukan saja menepati ciri-ciri aku sebagai seorang pemakai fesyen muslimah bahkan ia juga dapat menyenangkan tugas aku sebagai seorang ibu yang menyusu dada.

Pada mulanya aku was-was juga untuk menyelak baju di tempat awam. Mata aku ni asyik tertoleh ke kiri kanan depan belakang takut punya pasal kalau ada mata-mata manusia lain yang memandang. Tapi setelah memakai FEEDMILK TEE ni, aku rasa sangat yakin untuk menyusu di tempat awam. Bahkan, aku tak lagi perlukan bantuan suami untuk menjadi 'pendinding'.

Cuba ualls lihat ni, senang sangat kan?


Tak perlu nak angkat naik baju sepenuhnya dari bawah, apa yang ualls perlu buat hanyalah selak 'poket doraemon' yang tersembunyi seperti di dalam gambar ni. Aku amat sukakan konsep ini kerana tiada lagi pendedahan aurat di bahagian belakang.

Dari segi design alhamdulillah tidak terlalu menjolok mata dan mengikut perederan semasa. At least takde la orang cakap kolot sangat bab fesyen kan? Selain daripada itu, kain yang di gunakan juga sangat selesa di pakai dan jahitannya juga agak kemas. Pendek kata memang padan dengan harganya.

Baru-baru ini turut diadakan promosi.....


Pada yang terlepas promosi hebat ini jangan susahati kerana pihak FEEDMILK sentiasa membuat jualan hebat sebegini dari masa ke semasa. Apa yang penting ualls kena Like Fanpages mereka supaya tidak terlepas peluang di masa-masa yang akan datang.

Aku sendiri tak sabar nak tunggu promosi yang lain untuk sambar beberapa helai lagi pakaian yang berstatus #selamberselak ini. Happy rasanya dapat menyusu di tempat awam dengan senang dan selesa.

6 comments for "MENYUSU DI TEMPAT AWAM DENGAN #SELAMBERSELAK"

  1. nice la blouse ni ...
    nak BF baby pun senang .... harga pun affordable...
    Kopi Cinta tu bila nak sambung bab 6, 7, 8? hehe ...

    ReplyDelete
  2. wah menarik!!harga pun affordable!!

    ReplyDelete
  3. cantik design dia. kain pun nampak selesa.

    ReplyDelete