HIGHLIGHT

10 Jan 2018

ANAK MAKIN BIJAK DENGAN ARAYYAN KIDS EDU PLAY SET DAN MIND BOOSTER

Assalamualaikum ualls..
Eh pejam celik pejam celik dah hampir dua minggu anak-anak kita semua mula bersekolah balik kan? Bila sekolah dah start hmmm.. mulalah rutin para ibu yang busy siapkan bekal, hantar dan jemput anak-anak dari sekolah. Anak aku si Awwal yang masih kecil ni pun sibuk juga nak ke sekolah... =D

Awwal ni tiap pagi bangun macam orang nak pergi sekolah. Apabila suamiku, MrQamar nak hantar abang-abangnya dia pula yang teruja. Seperkara lagi apabila abang-abangnya nak siapkan kerja rumah.. hooo mahu bergegar satu rumah dek di sebabkan Awwal yang geram tengok buku dan pensil warna.

Sebagai ibu aku jadi di dalam di lema. Kalau aku marahkan Awwal, aku takut rasa keterujaannya terhadap buku itu hilang dan jika tidak di marah maka alamatnya anak-anak yang lain susah nak siapkan kerja sekolah kat rumah. Jadi apa patut aku buat?

Penyelesaiannya adalah...... aku dapatkan Kiddy Kit Edu Play Set daripada team Arayyan Kids. Meh sini aku terangkan dengan lebih jelas.

KIDDY KIT EDU PLAY SET  adalah satu set yang mengandungi buku latihan, CD, alatulis, pensel warna, crayon dan animasi yang akan menarik minat kanak-kanak untuk belajar sambil bermain.

Tujuan set Arrayyan Kids Edu-Play ni adalah untuk merangsang minat kanak-kanak untuk belajar dan tidak hanya menghabiskan masa bermain dengan gadget semata-mata. Selain daripada itu ia akan membantu kanak-kanak seawal usia 2 tahun untuk lebih cepat mengenal huruf, belajar memegang pensel, belajar menulis, mewarna dan membaca.
- AWWAL YANG BERUSIA 2 TAHUN SEDANG SIBUK BERMAIN DENGAN BUKUNYA -
Set ini memperkenalkan konsep 3M iaitu membaca, menulis dan mewarna. Set ini juga adalah Set Bilingual @ Dwibahasa. Dalam erti kata lain set ini di sediakan untuk membantu kanak-kanak menguasai dua bahasa serentak iaitu Bahasa Melayu dan juga English.
- MEMBACA MENULIS DAN MEWARNA-
Yang lebih menariknya lagi, Arayyan Kids telah berjaya memenangi International Best Enterpreneur Award. Wah.. terbaik!
Selain play set, pihak Arayyan juga telah mendapat idea untuk menggabungkan makanan tambahan untuk minda kanak-kanak di dalam pakej pembelajaran awal tersebut dan makanan tambahan ini di perbuat dengan menggunakan susu kambing dan ekstrak buah-buahan.
Masa mula-mula nak beri pada Awwal, dia belek je supplement susu kambing daripada Arayyan ni. Mungkin dia ingat ubat kot.... sebabnya anak aku si Awwal ni memang cukup liat makan ubat. Kalau demam alamatnya ubat lebih banyak tumpah daripada masuk ke mulut. Jadi apabila amalkan supplement sebegini ia bukan hanya boleh membantu Awwal supaya lebih cergas dan cerdas malah dapat meningkatkan sistem imun dalam tubuh badan Awwal untuk melawan penyakit.

Lepas di belek-belek, Awwal pun cakap.. "Mama.. nak!"
Kusyuk betul Awwal membelek produk Arayyan
 Aku rasa mungkin disebabkan packagingnya yang menarik telah membuatkan Awwal menganggap yang suppliment ini adalah coklat. Tambahan pula rasanya memang sedap sangat. Perisa susu yang bercampur dengan delima. Yummy yummy....


Sedap sangat la tu hingga tangan kiri pun ikut masuk mulut. Bukan main berselera lagi Awwal makan supplement susu kambing Arayyan ni. Nampaknya aku kena sembunyikan produk ni kat tempat tinggi dan terselindung, kalau letak kat tempat yang Awwal mudah nampak gerenti dia akan habiskan dalam masa sehari. Eh bukan sehari tapi sekali  hadap! =D

Selain daripada susu kambing dan delima, suppliment ini turut mengandungi kismis, kurma, berries, aprikot, gingko biloba, dan vitamin C. Bila di teliti pada bahannya aku makin yakin dengan produk ini kerana bahan yang digunakannya itu adalah makanan sunnah yang sememangnya bagus dan punya banyak khasiat. Bagi setiap botol supplement susu kambing Arayyan ini mengandungi 30 tablets dan bagi setiap biji tablet adalah seberat 1200mg. 

Alhamdulillah, sekarang ni semua orang dah happy. Bila abang-abangnya buat kerja sekolah, Awwal juga akan menyelit duduk sekali menulis dan mewarna bersama-sama. Bukan main seronok lagi Awwal dapat duduk sekali tanpa kena tegur macam dulu.  

SIAPAKAH PENGASAS ARRAYYAN KIDS?
Arrayyan Kids atau Arayyan Kids Holdings Sdn bhd di asaskan oleh sepasang suami isteri iaitu Encik Ahmadil Razman yang bertindak sebagai CEO bersama isterinya Puan Surita yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat.

Untuk maklumat lanjut berkaitan harga dan sebagainya... sila layari :

Facebook: @KidsArayyan

Tel : 019-490 8769


Apa pendapat ualls tentang produk ni? Adakah ualls juga kena sembunyikan supplement anak-anak di tempat yang tinggi dan terselindung juga? =D

3 comments:

  1. Alhamdulillah semakin banyak produk bumiputera yang ada sekarang, tak ada ibu bapa pening nak cari yang terbaik untuk anak2.

    ReplyDelete
  2. Wah suka tengok produk yang menerapkan 3M tu..
    Makin cepat pandai la anak anak sekarang

    ReplyDelete
  3. Berminat boleh hubungi saya STOKIS ARAYYAN KIDS
    www.wasap.my/60172042769/suplement

    ReplyDelete