pada 27 Jan yang lepas... aku dan beberapa member dari #teambpt #bloggerpantaitimur dah luangkan masa untuk bersama dengan team Domino's Pizza premis cawangan mereka yang bertempat di Kubang Kerian, Kelantan. Aku turut bawa famili bersama dan happy sangat-sangat kerana dapt berkumpul untuk memeriahkan majlis 'JALAN JALAN CARI 100 PIZA'`
![]() |
Some of the DOMINO'S teams |
Aku tiba di sana sekitar jam 2 petang dan masa tu kelihatan sudah ada beberapa pengemar Domino's yang sudah mula beratur di luar premis. Terdetik kat hati, ni mesti meriah! Ye lah pemberian piza di jangka bermula pada jam 3petang dan berakhir pada jam 4petang namun sudah ada yang sanggup menunggu sejam lebih awal.
Di sebabkan aku bersama #teambpt #bloggerpantaitimur maka aku dn famili dapat terus masuk untuk menikmati piza dari Domino's. Sambil-sambil tu kami semua teruja sangat-sangat untuk menunggu aktiviti yang bakal berlangsung sekejap lagi.
Menurut Shamsul Amree, yang memegang jawatan sebagai Senior General Manager of Operations Domino's Pizza Malaysia and Singapore, "Event ini adalah pertama kali dalam sejarah dan event ini di anjurkan semata-mata demi untuk menunjukkan rasa terima kasih kepada para pelanggan yang sentiasa setia dengan Domino's sejak dulu hingga kini."
Apa yang lebih menariknya lagi, para pelanggan bukan hanya akan di berikan 100 biji pizza percuma bersaiz personal kepada 100 orang pelanggan terawal malah mereka juga akan berpeluang untuk merasai menu piza yang terbaru daripada Domino's. Alahai bertuah badan...
Inilah antara menu piza yang di sediakan pada hari tersebut.. aku sendiri dah rambang mata. Anak-anak apatah lagi. Sedap.. memang sedap! Semuanya sedap sampai tak tahu nak tandakan mana yang patut berada di carta teratas.
![]() |
Ualls suka yang mana satu?? |
Antara menu tersebut adalah:
- Aloha Chicken
- BBQ Chicken
- Beef Pepperoni
- Chicken Pepperoni
- Seafood Delight
- Simple Cheese
- Vergie Galore
- Smokie Beef & Chick
- Sambal Vegie
- Flaming Tuna
- Tuna Extreme
Jika mengikut selera anak tekak aku ni, aku lebih sukakan BBQ Chicken, Smokie Beef & Chick, Seafood Delight, Simple Cheese dan Tuna Extreme. Yang lain-lain tu sedap juga cuma ini apa yang aku suka makan la. Lain orang lainlah citarasanya. Tak gitu?
![]() |
Tu dia,.. meleleh air liur ni. Ish ish ish... apapun, snap gambar dulu. |
![]() |
Panassss tapi cheese yang mengancam tu macam sedang memanggil-manggil pula. |
Apa yang menariknya lagi, pihak Domino's telah mencabar aku dan team #bloggerpantaitimur untuk menarik cheese di dalam kerak itu sepanjang yang boleh. Pada mulanya terdetik juga kat hati ni, betul ke boleh buat macam tu? Tapi, sebaik saja pihak Domino's tunjuk demo kami semua terus mula menarik cheese dari dalam kerak untuk membandingkan siapakah yang paling terror sekali.
![]() |
Percubaan menarik cheese daripada salah seorang wakil Domino's |
![]() |
say cheeeeesssssss............ |
![]() |
DJ IWAN & DJ NAS dari THR Gegar Pantai Timur |
Pada yang benar-benar sukakan cheese seperti aku ni, aku sarankan ualls segera dapatkan Cheese Tarik Crust daripada Domino's yang terdekat. Ualls boleh pilih topping yang mana satu dan cubalah tarik sendiri keju dari dalam kerak piza ualls tu.
![]() |
Alhamdulillah ... kenyang... nak tengok camera pun dah tak larat.. nak senyum pun dah tak sudi... ish ish ish.. |
![]() |
Team blogger with CHEESE TARIK CRUST in a variety of flavors |
Thank you DOMINO'S for inviting us and please... please invite kami lagi okay... hahaha.
INGAT PIZA, INGAT DOMINO'S PIZZA!! JOM MAKAN PIZA, SEDAPPP =D
fav Liez Domino's... alhamdulillah team pantai timur dah ada group yang kuat.. good job awa dan geng
ReplyDeletebestnya gather bersama blogger-blogger lain, good job guys!
ReplyDeletedah la dapat makan pizza..dapat pula gather sama²..bestnyaa
ReplyDeleteIm drooling again.. hii meriahhh semua
ReplyDeleteMtk2 dominos pizza buat lg thun dpn😁
ReplyDeleteHehe ciktie boleh kata setiap minggu melekat dekat Domino's! Nasib baik la dekat je Domino's tu
ReplyDeleteuii, sedap ! bleh repeat lagi !
ReplyDeletefuhhh..cikyan pom suka domino..kat tmpat keje ni ada domino... nak pi beli la lepas ni..hahahhaha
ReplyDelete