Mengapa WD-40® dipercayai ramai dan mesra kepada alam sekitar?
Diasaskan pada 1953, produk Syarikat WD-40® sentiasa menemani pengguna di seluruh dunia sebagai produk yang
perlu ada tidak kira sama ada diletakkan di bawah sinki, garaj mahupun kotak
peralatan sejak berdekad lamanya.
Penggunanya yang terdiri daripada pelbagai
peringkat termasuk mekanik dan jurutera, membuktikan ia adalah produk selamat yang sentiasa dipercayai
ramai.
Kepercayaan yang diletakkan oleh pengguna
terhadap produk ini mendorong syarikat untuk terus melakukan pelbagai usaha
bagi melindungi pengguna dan pada masa sama, memelihara alam sekitar.
Sebagai contoh, formulasi yang digunakan untuk
produk popular di dalam tin biru kuning, Produk Pelbagai Guna WD-40® tidak mengandungi bahan kimia penyebab kanser, benzena yang
digunakan dalam pembuatan plastik, resin, nilon dan banyak lagi. Ia juga boleh
menyebabkan kerosakan sistem saraf pusat akut dan sum-sum tulang. Pada
kebiasaannya ia digunakan sebagai pelarut cat untuk industri, bahan pengilat,
peluntur cat, petrol dan lain-lain.
Produk Pelbagai Guna WD-40® sememangnya produk biodegradasi atau mudah diurai iaitu menepati
panduan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) bagi biodegradasi
(Kaedah 301 – kaedah ujian biodegradasi aerobik). Bekas yang digunakan untuk
produk ini juga bersifat kitar semula, sama seperti bekas keluli yang lain.
Ia juga mematuhi Sekatan Bahan Terlarang
Kesatuan Eropah (RoHS) yang bermaksud ia tidak mengandungi plumbum (Pb), merkuri (Hg), kadmium (Cd), hexavalent chromium (Cr6),
polybrominated biphenyls (PBB) atau polybrominated diphenylether.
Bahan terlarang ini berbahaya kepada alam
sekitar dan mencemarkan tapak pelupusan sampah. Ia juga mengancam keselamatan
pekerjaan ketika proses pembuatan dan pelupusan.
Selain itu, produk syarikat bersifat mesra ozon
memandangkan ia tidak mengandungi
Kloroflurokarbon (CFC) yang lazimnya terkandung
di dalam sesetengah produk aerosol dan boleh memusnahkan lapisan ozon bumi.
Propelan adalah sejenis bahan yang membantu
menyembur keluar Produk Pelbagai Guna WD-40® dari bekas
tin. Bahan propelan yang digunakan di dalam Produk
Pelbagai Guna WD-40® ialah karbon dioksida (CO2) iaitu gas lengai. Penggunaan CO2 juga
mengurangkan bilangan sebatian organik tidak menentu di dalam produk sekaligus
menjadikannya lebih baik kepada alam sekitar.
Memandangkan penyembur WD-40® adalah bahan mudah terbakar, syarikat melakukan yang terbaik
untuk sentiasa mengingatkan pengguna dan paling utama ialah penyembur berkenaan
mesti diuji untuk mengetahui jarak mudah terbakar dan pembalikan api iaitu sama
ada semburan itu akan berbalik kepada pengguna. WD-40 tidak memberi kesan
pembalikan api tetapi ia masih mempunyai keupayaan untuk menyalakan api dan
dikategorikan sebagai bahan mudah terbakar.
Menerusi pengguna setianya di 176 negara di
seluruh dunia, WD-40 sentiasa berbangga dengan usaha yang dilakukan dalam aspek
penjagaan pelanggan serta keprihatinan terhadap alam sekitar yang menjadi sebab
mengapa pengguna terus bergantung kepada produk ini dalam menyelesaikan masalah
seharian.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk
WD-40® atau data teknikal mengenainya, sila rujuk http://wd40.asia.
Tentang syarikat WD-40®
Syarikat
WD-40® adalah
pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti
ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan
pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-hakisan untuk lapisan luar Atlas
Missile (peluru berpandu) dan ia diubah
kepada produk penyelesaian yang pantas bagi tujuan membersih dan melindungi,
melonggarkan bahagian yang berkarat, menghilangkan kelembapan dan lain-lain.
Produk syarikat WD-40®
sentiasa menjadi pilihan
mereka yang profesional dalam bidang penyelengaraan
dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka seperti perkakasan, industri, automotif
, sukan, basikal dan jualan runcit. Hari ini WD-40®
boleh diperolehi di seluruh dunia dalam
pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40®
Specialist™, WD-40® BIKE dan WD-40®
Specialist™ Automotive.
Rangkaian produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan
seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia
Siqah tak pernah dengar pasal produk syarikat ni.
ReplyDeletewahh produk cmni la bgs.Mesra alam.
ReplyDeletebagus produk ni...
ReplyDelete