Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Larangan Tunjuk Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebabnya

Larangan Tunjuk Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebabnya  | Bila terima orang baru, sudah tentulah kita nak memperkenalkan bayi baru lahir untuk kongsi kegembiraan dengan ramai orang. Salah satu cara mudah untuk share berita baik ni, dengan upload gambar bayi baru lahir ke media sosial seperti facebook, instagram, twitter dan lain-lain. 

Walaubagaimanapun, kita dilarang untuk tunjuk muka bayi baru lahir. Bayi baru lahir ni lebih kurang usia 40 hari dalam Islam. Jangan post gambar penuh gitu. Memadai hanya tunjuk jari, tangan, kaki tapi jangan tunjuk muka baby.

Kenapa dalam Islam kita dilarang untuk upload gambar bayi baru lahir ke media sosial? 

Bagi yang belum tahu kenapa larangan tunjuk gambar bayi baru lahir ini wujud, di sini aku kongsikan sebab-sebabnya untuk rujukan ibu ayah di luar sana. 

Pengalaman Sendiri, Tak Tunjuk Muka Anak Lepas Baru Lahir

Aku salah seorang yang ikut larangan tak boleh post gambar masa kecil baby baru lahir ini ke media sosial ni. Gambar bayi waktu baru lahir dulu aku hanya tunjuk bahagian jari je di facebook. Post gambar penuh aku hanya share untuk tatapan ahli family terdekat.

Keputusan aku tu membuatkan ada rakan yang bertanya, 'bila nak post gambar baby ni? Nak tengok'

Pada waktu itu juga, ada pembaca komen di blog bertanyakan bila agaknya boleh lihat wajah Kasih Sufi anakku. 

Mungkin kerana aku sering menulis kisah aku sejak mula mengandungkan Kasih di blog maka para pembaca jadi 'cukup dekat' dengan Kasih. 

Tambahan pula ramai yang tahu bahawa Kasih adalah satu-satunya puteri setelah lebih 10 tahun menanti jadi Kasih agak special di hati pada siapa yang tahu mengenainya.



Aku sengaja hadkan gambar Kasih Sufi untuk tontonan umum bukan kerana Kasih ada cacat cela. Bukan kerana nak simpan Kasih untuk tatapan sendiri saja.

Bukan juga sebab aku berlagak, tapi sebab aku nak elakkan bahaya dari 'penyakit ain' seberapa banyak yang boleh.

Apa Itu Penyakit Ain 

Nasihatkan bahawa gambar bayi yang baru lahir tidak elok untuk dimuat naik ke media sosial sebaik sahaja dilahirkan, ada kaitan dengan penyakit Ain. 

Ain bermaksud mata dan apakah ini penyakit mata? Jawapannya memang ada kena mengena dengan mata tapi tidaklah sakit mata bengkak, lebam dan sebagainya. Penyakit ain' yang aku maksudkan di sini lebih pada dalaman seseorang yang terhasil dek kerana pandangan mata.

Untuk lebih mudah faham, sebagai seorang ibu, semestinya kita ingin berkongsi kegembiraan dengan rakan-rakan dan orang lain. Dalam masa yang sama sebagai seorang ibu, pastinya kita akan merasakan bahawa anak kita adalah yang paling comelll sekali. Perasaan itu tidak ada salahnya tetapi apabila kita tunjuk pada orang lain belum tentu mereka akan berasa perkara yang sama. 

Mungkin bagi kita anak kita comel sebab punya wajah macam suami yang bermata sepet. Mungkin juga kita rasa anak kitalah yang paling comel sebab punya mata bulat macam ibu tapi belum tentu orang lain rasakan perasaan yang sama. 

Memuji di mulut belum tentu sama dengan apa yang ada di hati. Mungkin ada yang memberi tindakbalas dengan berkata comel tapi besar kemungkinan, hakikat sebenarnya mereka mengatakan hal yang berlainan di dalam hati. Kata-kata yang tidak sepatutnya itulah yang ingin di hindarkan. 

Sebagai contoh, Mira upload gambar keretanya... kemudian rakannya yang bernama Nana komen... "wah cantiknya kereta kau Mira, mesti mahal tu..." semestinya Mira akan tersenyum suka hati kerana orang lain memuji. Manusia kan suka di puji. 

Tetapi Mira tidak tahu bahawa hakikat sebenarnya, di status Mira saja Nana komen cantik tapi apa yang tercetus di hati Nana sebenarnya adalah, "Hek eleh. Setakat kereta kancil pun nak menunjuk. Aku ni pakai kereta BMW tak menunjuk pun..."

Inilah dia penyakit ain. Sebab itulah kita tidak di galakkan untuk pamerkan wajah bayi selepas di lahirkan. Kita tak nak nanti akan ada kata-kata ucapan yang tidak baik terhadap bayi kita itu samada yang disengajakan ataupun tidak. Kerana itu jugalah aku hadkan wajah Kasih untuk umum.

Cara Penyelesaian Yang Disarankan

Ini adalah salah satu cara untuk atasi masalah penyakit Ain itu tadi. Jika melihat apa saja yang patut kita berikan pujian, sebutlah....

Masha'Allah means "whatever Allah wills". It is chiefly used as an expression of admiration or glorifying Allah for anything with which one is pleased. It is also usable in conditional sense, meaning "whatever Allah wills, will be realized."

  • "Masha'Allah cantiknya kereta..."
  • "Masha'Allah besarnya rumah..."
  • "Masha'Allah comelnya baby.."

Si penerima pujian pula balaslah dengan perkataan Masha'Allah juga pada permulaan ayat. "Masha'Allah, terima kasih". 

Inilah dia adab ketika memberi dan menerima pujian yang di sarankan oleh nabi kita, Nabi Muhammad SAW untuk menggelakkan penyakit ain' daripada berleluasa.

Di sebabkan ramai rakan-rakan yang ingin melihat wajah Kasih yang terbaru maka aku tunjukkan di sini... Lagipun ada juga yang berpendapat bahawa sudah boleh di tunjukkan wajah bayi selepas usianya 40 hari namun aku sendiri tidak pasti kesahihannya.

Hari ini, detik ini, suka untuk aku tunjukkan wajah Kasih demi untuk berkongsi sebagai kenangan untuk Kasih apabila dia sudah besar nanti. Dalam masa yang sama untuk kita sama-sama praktikan cara memberi dan menerima pujian yang betul berlandaskan Islam. 

Inilah dia KASIH SUFI saat usianya 45 hari... dah makin debab! jangan lupa sebut Masha'Allah ye ualls... 

terima kasih 



21 comments for "Larangan Tunjuk Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebabnya"

  1. masyaallah....putih gebu si kasih ni...nak pinjam boleh?? hihi

    ReplyDelete
  2. masyallah...comell sungguh.putih gebuss ni

    ReplyDelete
  3. masyaAllah awa.. comelllll bulat mata ..ikut saperrr nii hii

    ReplyDelete
  4. double chin tu hahahahha... masha'Allah

    ReplyDelete
  5. Comelnya awak. Nak pinjam boleh tak awa 😄😄

    ReplyDelete
  6. Oooo baru tau adab nak memuji, thanks sharing awa... And masyaallah, cute si Kasih ni... Gebu2 gitew.

    ReplyDelete
  7. Wah..menarik entry ni sis. Assalamualaikum Kasih...selamat berkenalan. Hehe

    ReplyDelete
  8. Masyaallah cutenya..geram tengok aihh comel cantik macam kak awa 😍

    ReplyDelete
  9. Comelnya kasih. Betul bahaya sekarang penyakit Ain ni, macam baby pulak masih baru beberapa hari melihat dunia masih lemah..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... Sebaik-baik kejadian nya..

    ReplyDelete
  11. masya-allah comelnya kasih! Melepak pulak tu.

    ReplyDelete
  12. MasyaAllah.. comelnya kasih.. gebu pipinya.. putih melepak pulak tu..

    ReplyDelete
  13. Masha-Allah baru tahu tentang perkara yang ini, terasa jahil kejap huhu. Terima kasih kak untuk nasihat berguna ni.

    Mashaa-Allah gebunya Kasih, pink putih mulus sangat kulitnya 😍

    ReplyDelete
  14. masyaAllah comel sangat niiii. nak jumpa bolehhhh? hehe

    ReplyDelete
  15. Masha'Allah indahnya ciptaan Tuhan!

    ReplyDelete
  16. MasyaAllah comelnya kasih :)

    ReplyDelete
  17. MasyaAllah comelnya..putih gebu..

    ReplyDelete
  18. Subhanallah comelnya kasih tu sis. Geram pula nengoknya

    ReplyDelete
  19. MasyaAllah comelnya kasih.. Double chin dah tu

    ReplyDelete