Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan

Assalamualaikum ualls... ualls punya birthday bila ye? Ataupun maybe ulangtahun ibu, shabat karib atau kakak ke? Kalau ada ualls boleh belikan Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan ni untuk di hadiahkan pada mereka. Ada pelbagai bau dan boleh pilih mana yang sesuai dengan diaorang punya personaliti.

Kenapa aku rekemonkan set ni? Ini kerana aku sendiri adalah peminat kepada produk Echanteur. Aku dah mula kenal dan jatuh cinta dengan Echanteur ni dah lama sebenarnya, daripada aku masih di bangku sekolah menengah lagi. Apa yang lebih mengamcam, kini pihak Enchanteur telah memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik.





5 set wangian ni cukup sesuai untuk semua perayaan sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Malah hadiah ini sangat-sangat sesuai di jadikan sebagai kejutan kerana mudah di bawa di dalam beg tangan.

Apa yang lebih menariknya lagi, ENCHANTEUR telahpun berjaya membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis.

Setiap aroma yang di keluarkan telah dipilih oleh pakar wangian Perancis dan tak hairanlah kenapa wanita termasuk aku mengambil keputusan untuk menjadi pengguna setia Enchanteur dari dulu hingga kini.



SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku). Ia memberikan aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar.

Manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impian.

Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah.

Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri -  seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris.




SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)

Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria. Wangian Adore pula menggambarkan haruman yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan.

SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE

Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa.




Gabungan set ini akan memberikan bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi.


SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)

Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri.




SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)
Diilhamkan dari personaliti romantis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama si dia lebih berharga terutama antara suami isteri.

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak).
ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak).
Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi team Echanteur melalui facebook di : https://www.facebook.com/EnchanteurMY/

10 comments for "Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan"

  1. sha suka jugak enchanteur ni, bau dia best!

    ReplyDelete
  2. Menarik dan menawan betul set enchanteur nie.. sesuai sangat nak buat give..

    ReplyDelete
  3. Comelnya enchanteur memang best.bau wangi je

    ReplyDelete
  4. bestnya..bila la enchanteur ni nak bagi sekotak dekat nieyl..hihihi..

    ReplyDelete
  5. suka bau minyak wangi ni .. ehee

    ReplyDelete
  6. Zaman sekolah menengah dulu pakai enchanteur hehee. Masa tu ada 1 jer bau yg best.

    ReplyDelete
  7. Comel je Enchanteur yang ini. Buat hadiah mesti seronok siapa yang dapat tu

    ReplyDelete
  8. botol kecil comel jah.. peminat tegar enchanteur ni

    ReplyDelete