HIGHLIGHT

14 Feb 2018

CARA UNTUK ISTERI PUJUK DAN GODA SUAMI HINGGA KE BILIK TIDUR

Pertelingkahan di dalam rumahtangga adalah perkara biasa. Bak kata P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Apa yang lebih memeritkan apabila suami naik angin yang teramat sangat hinggakan kita sendiri sebagai isteri kelu lidah untuk berkata dan buntu kepala untuk memujuknya. Namun, tahukah ualls bahawa kemarahan suami boleh di padam bagaikan api di siram air dengan cara mengajaknya dengan godaan hingga ke bilik tidur.

Ya! Inilah dia senjata rahsia yang boleh di gunakan oleh sang isteri apabila suaminya sedang marah. Namun, pastikan ianya di lakukan langkah demi langkah supaya cara ini berkesan. Jangan pula ualls terus tarik tangan suami ke bilik tika dia sedang mengamuk nanti tak pasal-pasal makin mengeruhkan lagi keadaan yang sudah tegang.


LANGKAH UNTUK PUJUK DAN GODA SUAMI HINGGA KE BILIK TIDUR

1- Berdiam diri dan dengan saja apa leteran suami terhadap kita.

2- Tundukkan wajah ke lantai dan benar-benar memohon maaf tanda menyesal.

3- Ulangi memohon maaf dengan suara yang palingggg lembut.

4- Dekatkan jarak di antara kita dengan suami secara perlahan-lahan sedikit demi sedikit.

5- Pegang tangan suami dan cium tangan itu sebagai tanda mohon maaf yang ke dua.

6- "Awak maafkan saya tak?" tanya suami dengan nada suara yang rendah.

7- "Awak... janganlah macam ni... saya sayang awak" lontarkan kata sayang dengan hati yang jujur dan ikhlas.

8- Renung wajah suami dengan pandangan penuh kasih dan sayang.

9- Paut lengannya atau peluk suami dari belakang.

10- Tarik tangan suami perlahan-lahan sehingga ke bilik tidur.


AMARAN
Sekiranya suami menepis maka jangan sesekali memaksa. Tips ini hanyalah sebagai salah satu cara untuk memujuk suami dan tahap peratus kejayaan adalah berdasarkan situasi yang sebenar.

Moga-moga tips ini dapat memberi manfaat dan ku doakan moga rumahtangga ualls kekal bahagia gembira bersama sehingga ke jannah. Ameen....


5 comments:

  1. Biar suami cool dulu barulah pujuk dia.

    ReplyDelete
  2. Mslhnya klau suami pns, istri trut panas 😂 Duk badi kato bru puah ht 😂

    ReplyDelete
  3. mekasih sis hawa for this sharing

    ReplyDelete