HIGHLIGHT

15 Feb 2018

JL FARA CRAB - TEMPAT SHELLOUT BERGAYA VINTAGE DI WAKAF CHE YEH, KELANTAN

Aku ni cukup suka makan seafood tapi masalahnya apabila tiba saja di restoran makanan laut tu, aku mula jadi pening kepala tak tahu nak pilih menu yang mana satu. Cukup sukar untuk aku buat keputusan di antara sotong, udang, ketam dan lala. Tapi sejak adanya menu dengan gaya shellout aku sudah boleh merasa semua makanan laut yang aku suka tadi dalam satu masa. Di Kelantan ini juga terdapat pelbagai restoran yang bertemakan shellout dengan setiap satunya mempunyai keistimewaan masing-masing.

Keterujaan aku untuk menikmati makanan laut semakin membuak-buak apabila adanya peneman di kalangan keluarga dan rakan blogger yang sudi bersama-sama aku. Terlalu banyak restoran yang menyediakan shellout ini hinggakan aku sendiri sukar untuk membuat keputusan namun akhirnya aku berjaya menemui sebuah restoran seafood yang awesome dan special. Restoran seafood yang aku maksudkan ini adalah JL Fara Crab yang terletak di Lot 47, Batu 3, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu Kelantan.



Lokasinya di jalan utama Wakaf Che Yeh dan bersebelahan D Klasik Wakaf Che Yeh telah membuatkan ianya mudah untuk di kesan. Tempat parking kereta juga banyak dan mudah. Sebaik saja sampai dua orang rakan bloggerku iaitu Sis Gee dan Mek Yuni sudahpun sedia menunggu. Sorry ualls, I'm late!

Sebaik saja kaki melangkah masuk hati aku terus jatuh cinta dengan dekorasi dalamannya yang bercirikan romantic english. Aku rasakan bagaikan kembali ke zaman victoria dengan gaya mewah di sebalik bayangan lampu chandelier yang bergayutan. Makin membuatkan ianya menarik adalah keadaan perabotnya yang bersih dan tersusun berserta bunga-bungaan yang menarik perhatian. Untuk gaya dan penampilan aku kasi 5 bintang!


Senyuman daripada para pekerja turut membuatkan hati aku tertambat. Manis wajah senyuman mereka dan apa saja yang di ajukan mereka jawab dengan ramah. Moga-moga servis ini dapat terus di kekalkan ketika melayan pelanggan yang baru tiba. Walau penat melayan kerenah kami yang pelbagai ragam namun senyumlah.. senyumlah seikhlas hati supaya kami rasa teruja untuk datang kembali.

Ruang dalaman yang menerapkan nilai-nilai privasi

Menurut kata 'kapten' Mursyid, restoran JL Fara Crab ini bukan hanya menyediakan servis penyediaan makanan berasaskan makanan laut malahan turut menyediakan servis khidmat mesra pelanggan bagi yang ingin menyambut sebarang hari istimewa di restoran tersebut. Jika ualls nak sambut hari lahir insan kesayangan contohnya, ualls boleh minta pihak mereka siapkan meja berserta dengan kek dan dekonya sekali. Nanti ualls cuma perlu datang je dan mereka akan berikan suprise untuk insan kesayangan ualls tu. Bestkan macam tu. Senang kerja ualls. Tak payah nak fikir banyak.

Kerana itu, pemiliknya yang bernama Puan Fara telah mengambil keputusan untuk mendekorasikan restoran terbabit kepada pelbagai sudut yang menarik sesuai dengan situasi pelanggan yang inginkan latarbelakang istimewa untuk gambar kenangan pada hari tersebut.

Terdapat pelbagai ruangan makan yang di sediakan dan jika datang awal dengan kebetulan masa itu pelanggan belum ramai lagi, ualls boleh pilih meja mana yang ualls suka mengikut keadaan. Bagi aku dan #teambpt yang ramai dan punya anak kecil ini kami lebih prefer berada di ruangan tengah di tingkat bawah. Kerusi baby turut di sediakan, ualls tak perlu risau.
Photobooth untuk memudahkan pelanggan merakamkan detik istimewa 
Antara ruangan makan yang disediakan untuk pelanggan 
Ish ish ish... tertibnya anak-anak kami menunggu makanan yang akan di hidangkan.

 

Masing-masing dah teruja sebenarnya tu. Jangan kata anak-anak, mak ayahnya ni pun dah makin kecur air liur. Apa tidaknya, sebaik saja makanan di keluarkan aroma terus menusuk ke hidung. Hmmm boleh tahan bau ramuan yang di gunakan untuk memasak semua makanan laut tu. Mengancam okay!!

Taraaaa... inilah kejadiannya selepas siap di hidangkan di atas meja di hadapan kami.


Dari kiri, udang, sotong, ketam dan lala. Ada juga jagung dan nasi. So nice... inilah yang membuatkan aku suka.. Tak perlu lagi aku nak pening kepala nak pilih menu yang mana satu. Di JL Fara Crab dengan style shellout ni aku boleh makan ke semuanya sekali dalam satu masa yang sama dengan harga yang amat berbaloi.

Dari segi rasa, aku sukakan variasi. Bagi aku kena ada rasa pedas juga di sebalik manis. Dalam erti kata lain sesuai untuk citarasa anak-anak hingga ke dewasa. Empat jenis makanan laut dengan empat jenis kepelbagaian resepi akan membuatkannya jadi semakin awesome.

Di sini, ualls boleh minta tambahan makanan jika tak cukup jadi tak perlu risau. Ualls order je tahap mana ualls nak makan janji kenyang dan puashati. Harga sekitar RM99 dan jika risau takut terlebih budget ke apa, ualls boleh call terus untuk dapatkan info lanjut berkaitan soal harga ini. Jika rasa puashati dengan harga terus buat tempahan meja so bila ualls sampai nanti tidaklah perlu menunggu lama.

Seronoknya makan style shellout ni hinggakan tak sedar semuanya dah licin. 
Sambil makan sambil berbual-bual oh asyiknya.. Tengoklah tu, menimbun kulit lala selepas di kerjakan oleh aku dan suami. Hahaha.

JL Fara Crab benar-benar mendapat perhatian banyak pihak termasuklah di kalangan para artis. Boleh di katakan artis-artis yang hadir ke sini kebanyakannya turut meluangkan masa untuk menjamu selera di JL Fara Crab.Antaranya Dato' Aliff Shukri, Fasha Sandha, Rita Rudaini, Iena Azman dan ramai lagi. Tidak ketinggalan juga anak-anak ternama Kelantan seperti Dato' Vida dan Apex. 


 

Disebabkan permintaan yang tinggi maka JL Fara Crab telah mengambil keputusan untuk membuka satu lagi cawangan bagi memenuhi permintaan para pelanggan yang semakin meningkat. 

Lokasi premis ke dua restoran JL Fara Crab adalah seperti di bawah ini:
Lot 2186 Kg. Lundang,
Jalan Sultan Yahya Petra
15150 Kota Bharu
KELANTAN.
(Restoran Kapal Terbang, Lundang)

Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan pada pihak JL Fara Crab yang sudi melayan kami dengan layanan yang baik. Apa saja yang di tanya semuanya di jawab dan apa saja yang di minta telah di penuhi demi memastikan kami semua termasuk anak-anak selesa.
Alamak.... macam garang je... ye ke peramah? Hmmmm
Dont worry gambar kat atas tu lagak je lebih. Konon nak tunjuk macho. Itupun kerana kami yang banyak songeh dan mengada-ngada ni. Minta wajah serius la apa la.. Hahaha.. Teruknya #teamBPT ni kan suka suka je buli Kapten Mursyid and the geng. Jangan mare... =D

Smileeee................... =D

CADANGAN
Aku sarankan pihak JL Fara Crab adakan special resepi pada masa tertentu. Sebagai contoh, sekali dalam sebulan adakan dayout special dengan menjelmakan satu sos istimewa terbaru untuk menggabungkan ke semua makanan laut tadi. Dengan cara ini pihak JL Fara Crab dapat menerima feedback daripada pelanggan sebagai persiapan menu baru di masa akan datang. Secara tidak langsung ia akan menarik pelanggan untuk datang berulang kali demi untuk mencuba basic sauce shellout yang baru.

Ohya, ualls juga boleh lihat sendiri keadaan di dalam restoran JL Fara Crab sepenuhnya melalui video di bawah ini. Ingat!! Seandainya ada kesempatan untuk ke Kelantan, jangan lupa untuk menjamu selera di JL Fara Crab yang lain daripada yang lain ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi pihak JL Fara Crab di:
Facebook : https://www.facebook.com/jlfaracrab/
Call: 097431444
Call/Whatsapp: 01110745455
Call/Whatsapp: 0139334545

Waktu Operasi:
12.00 tgh hari - 12.00 tgh malam
Buka setiap hari

APA PENDAPAT UALLS TENTANG RESTORAN NI? OKAY KE TIDAK??


18 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah... not bad! sesuai ngan harga =D

      Delete
  2. harganya pun boleh tahan juga... dekat sgt dgn rumah sy... slu duk lalu jer... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pahni kena singgah etek. lalu jah mana aci hehe

      Delete
  3. aduhhhh kecur liur hahahahah sabar2 puasa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala... cian cik ash dok telan air liur. sorrryyyy =D

      Delete
  4. haa betul!berbaloi sangat dengan harga!tempat makan memang best gila!menu shell out kebabom!

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. kalau terliur wajib singgah sekali cuba sendiri =D

      Delete
  6. Replies
    1. BETUL... deko dia lawa!! selesa pulak tu

      Delete
  7. Replies
    1. klau ada masa.. jemput singgah tau =D

      Delete