HIGHLIGHT

21 Feb 2018

MAIN KUTU ALAF BARU DENGAN BANTUAN APLIKASI - BAYAR!

Bayar. Satu perkataan yang boleh mengambarkan suatu perbuatan yang kita lakukan saban hari. Ada saja aktiviti 'bayar' yang di lakukan hinggakan kadangkala malas nak kira semula baki duit kecil yang bersepah di dalam handbag terutamanya duit syiling. 


Namun ada satu perbuatan lagi yang mengingatkan aku apabila menyebut perkataan 'Bayar' ini. Perbuatan kedua yang aku maksudkan ini adalah main 'kutu' yang cukup popular di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya di dalam kaum Melayu. 


Kutu ini bukannya sejenis haiwan kecil di atas kepala tu okay tetapi ini adalah satu jenis komuniti yang ditubuhkan secara beramai-ramai untuk mengumpul satu jumlah wang secara sama rata. Setiap bulan akan ada seorang penerima dan apabila telah menerima maka perlu pula membuat pembayaran supaya penerima seterusnya akan dapat duit yang dikumpulkan itu sama seperti penerima sebelumnya.


Pengalaman Bermain 'Kutu'

Terus terang tidak semua kumpulan 'kutu' yang ditubuhkan itu berlangsung secara damai dan aman. Ketika ingin menerima amboiiii seronok bukan main tetapi apabila tiba masa untuk membayar aduhaiii liat mengalahkan sotong! 


Apabila diminta ada saja alasannya. Antara alasan yang diberikan adalah:
  • Terlupa tarikh
  • Tak cukup wang, nanti Bayar
  • Tertinggal dompet
  • Tak sempat jumpa untuk membuat bayaran
Macam-macam alasan yang diberikan dan alasan-alasan itu selalunya sengaja direka demi untuk melepaskan diri daripada membuat pembayaran.


Hantar Duit Kutu Dengan Aplikasi 'Bayar'

Sebaik saja melihat aplikasi ini di Google Play, aku berasa amat teruja sekali. Terlintas di kepala bagaimana mudahnya untuk mengunakan aplikasi ini untuk bermain kutu. Apa tidaknya, masing-masing boleh mendownload aplikasi ini secara percuma ke handphone masing-masing kemudian bolehlah menerima dan membayar duit pada yang terbabit hanya dengan mengunakan telefon bimbit masing-masing tanpa perlu lagi melibatkan wang tunai dan online banking.


C:\Users\User\Pictures\Bayar\Marvel Screens\kutu GTS1.pngC:\Users\User\Pictures\Bayar\Marvel Screens\Kutu payment1.png

Setelah menerima wang, si penerima juga boleh menghantar wang tersebut secara terus ke mana-mana bank yang diingininya dan bolehlah ditunaikan seperti biasa melalui mesin ATM dan sebagainya. 


Apa yang lebih mengembirakan, aplikasi ini turut menyediakan butang 'MEMINTA DUIT' daripada pihak terbabit. Dengan cara ini kita boleh memperingatkan rakan kumpulan kita itu apabila tiba masa yang sepatutnya untuk dia membuat pembayaran. Jadi, tiada lagi alasan-alasan untuk terlupa ‘Bayar’!


App ini boleh didownload secara percuma dari Apple Store atau Google Store.
Sila gunakan Referral Code: FreeDuit untuk dapat RM3 percuma selepas sign up!

Untuk info lanjut, sila layari


APA PENDAPAT UALLS??? OKAY ATAU TIDAK??




6 comments:

  1. Wah hebat ye sekarang, bagus la kalau nak collect hutang kalau cm ni

    ReplyDelete
  2. Wahhh kutu pon dah ada aplikasi. Senang dan mudah.

    ReplyDelete
  3. wahh..dah ada apps utk kutu..canggih sekrg ni..

    ReplyDelete