Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

RAZPETITE FOOD - PENERAJU KARIPAP MODEN BERAROMA ITALI

KARIPAP atau CURRY PUFF? Mana satu ualls panggil? Ah tak kisahlah Karipap atau Curry Puff,... yang penting aku dah jumpa satu pengeluar karipap sedap yang lain daripada yang lain. Nak tahu kenapa aku cakap lain? Ini kerana ia mempunya perasa yang jarang-jarang kita jumpa.

Lima perasa tersebut adalah.... 
  • PIZZA
  • CHEESE
  • CARBONARA
  • DAGING
  • SARDIN

Cuba ualls bayangkan apabila karipap berperisa Pizza yang di letakkan sausage, mushroom, ubi, herbs dan tomato paste bersama mozzarella cheese yang banyak. Ohlala... kecur air liur beb! Karipap pun dah boleh makan dengan perasa cheese ala-ala Itali. Oh mamamia... inilah yang aku katakan karipap moden alaf baru yang lain daripada yang lain.

Karipap ini di perbuat dengan menggunakan bahan yang segar dan bermutu. Malah pembuatan karipap ini di lakukan di kilangnya sendiri yang bertempat di Kuala Selangor.

BAHAN YANG DI GUNAKAN UNTUK SETIAP PERISA
  • 1. Pizza - Tomato paste, sausage, mushroom, ubi, herbs dan mozzarella cheese
  • 2. Cheese - Sausage, mushroom, ubi, Cheese Serbuk, dan Cheddar Cheese
  • 3. Carbonara - Sausage, mushroom, ubi, sos karbonara, dan cheddar cheese
  • 4. Daging - Daging, ubi dan rempah 
  • 5. Sardin - Ketulan Sardin dan Ubi 

Syukur alhamdulillah, aku dah pun merasainya bersama famili. Pada mulanya terkejut juga aku disebabkan sizenya yang agak besar daripada biasa. Dalam hati terdetik juga, "jangan-jangan size je besar tapi inti dalam sikit". Hmmm.... manalah tahu kan?

Tapi, apabila aku sudah goreng dan potong untuk memudahkan anak-anak makan, haaa tudia.. penuh isinya yang padat. Patutlah masa menggoreng tadi rupa karipap aku dah tak nampak comel mana rupa-rupanya di sebabkan intinya yang dah tak sabar nak menjelmakan diri.

Seperkara lagi yang aku suka tentang karipap Razpetitie Food ini adalah pada kulit karipapnya yang rangup. Adunan kulitnya memang sedap dan rapuh apabila di gigit.



HARGA & CARA UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN
Harga adalah sama saja untuk pek kecil dan pek besar. Masing-masing berharga RM8 cumanya untuk pek kecil berisi 6pcs/pek manakala untuk size besar berisi 5pcs/pek

Yang aku makan bersama anak-anak adalah bersaiz besar dan aku sarankan jika nak beli baik size besar kerana cukup puashati apabila masa makan. Pekena sebiji pun dah rasa kenyang kikiki.



Ualls boleh beli secara direct (COD) ataupun melalui di atas talian (by post). Jika tinggal di dalam kawasan KL/Selangor ualls boleh dapatkan secara terus di lokasi berikut:

1. Az Zain TTDI Jaya Shah Alam 
2. Rabitah Catering Kuala Selangor 
3. Kedai Nufaz Kuala Selangor 
4. FEG Store Bandar Seri Coalfields 

Untuk pembelian atas talian, kos penghantaran adalah sebanyak RM9 / pek dan jika nak lebih jimat ualls boleh order lebih daripada 1 pek untuk mengurangkan jumlah kospos.



Info lanjut:
Facebook: https://www.facebook.com/FoodByRazpetite/
Call : 011–1028 2006

- AGENT SEDANG DI CARI DI SELURUH MALAYSIA -

Apa pendapat ualls...??? Menarik tak....??? =D


7 comments for "RAZPETITE FOOD - PENERAJU KARIPAP MODEN BERAROMA ITALI"