Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

USAHA MELINDUNGI DIRI DAN KELUARGA DENGAN - THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY

Salam semua...
Mesti ualls masih ingat lagi baru-baru ni apabila kita di kejutkan dengan cuaca Malaysia yang sejuk dingin melebihi suhu yang sepatutnya. Anak-anak aku sendiri mula tunjukkan tanda awal selesema dan cukup susah hati bila ada yang dah mula sakit sebabnya boleh berjangkit.

Makin membimbangkan adalah kerana aku punya bayi yang masih kecil. Bayi yang baru di lahirkan semestinya mudah di jangkiti penyakit dan kerana itu aku agak rungsing kiranya anak-anak yang lain akan menjangkiti Kasih secara tidak sengaja. Aku juga turut bimbangkan keselamatan anak-anak sekiranya ada penyakit lain yang boleh di jangkiti daripada luar sehingga di bawa balik ke rumah.

Manalah tahu, berjangkit ketika sedang bermain, bersembang dan sebagainya. Penyakit sekarang ni ada pelbagai jenis dan ada yang cukup mudah untuk berjangkit hanya dengan sedikit sentuhan kulit sebagai contoh penyakit HFMD. Malah, salah seorang anak kepada rakan aku sendiri turut pernah mengalami penyakit HFMD ini. Beliau yang aku maksudkan adalah Sis Gee. Melihat keadaan anak Sis Gee masa itu, membuatkan aku risau tentang Awwal dan Kasih.


Apa itu penyakit HFMD?
HFMD adalah singkatan kepada Hand Foot Mouth Disease atau lebih mudah di kenali sebagai penyakit Kaki Tangan Dan Mulut.

HFMD terjadi disebabkan oleh sejenis virus yang bernama Enterovirus. Ia meliputi Coxsackie Virus A1D dan Entorovirus 71 (EV71). Penyebaran penyakit ini adalah melalui melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang telah di jangkiti.

Malah ia juga boleh berjangkit melalui sentuhan pada permukaan sesuatu objek seperti permainan. Sekiranya permainan itu pernah di pegang oleh mana-mana pembawa virus HFMD maka orang lain yang akan turut memegang permainan tersebut selepas itu akan turut di jangkiti.

Bahaya kan? Hanya dengan sentuhan pada objek seperti permainan juga sudah boleh berjangkit. Anak-anak kita pula sememangnya tidak akan tahu apa-apa dan jika ternampak permainan sememangnya mereka akan main dengan seronoknya tanpa ada apa-apa perasaan takut. Tambahan pula penyakit yang di bawa oleh virus bukannya boleh di lihat oleh mata kasar.

- BERMAIN BEGINI JUGA BOLEH SEBARKAN PENYAKIT JIKA ADA -

Apakah tanda-tanda penyakit HFMD?
Mereka yang di jangkiti akan menunjukkan pelbagai tanda-tanda yang tidak sepatutnya seperti demam, luka di mulut (ulcer), ruam dan lepuh pada tapak tangan dan juga tapak kaki. Ada di antara pesakit yang boleh sembuh dengan sendirinya namun ada juga segelintir pesakit yang tidak dapat sembuh dengan cepat.

- Keadaan anak Sis Gee ketika di jangkiti oleh HFMD -

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT
Sama seperti ibu-ibu yang lain, aku juga ingin anak sentiasa sihat dan mahu hindarkan mereka daripada penyakit terutama penyakit yang boleh berjangkit seperti HFMD ini. Pelbagai info cuba aku cari dengan bantuan Mr.Google dan akhirnya aku terjumpa akan satu produk ni yang gah di perkenalkan melalui Youtube. Produk ini dihasilkan dengan menggunakan teknologi terkini daripada United Kingdom.


THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY adalah sejenis produk sanitizer yang boleh membasmi kuman samada yang melekat pada apa-apa objek mahupun yang sedang terapung  di udara. Ia di perbuat menggunakan kaedah teknologi terkini yang di panggil sebagai Revolutionary AirShield Technology daripada United Kingdom (UK). 



Teknologi ini tidak melibatkan apa-apa bahan kimia, alkohol, dadah, steroid, dan wangi-wangian. Malah ia di katakan dapat membunuh sehingga 99.99% kuman yang paling kecil dan paling merbahaya seperti MERS-CoV, CoronaViruses, Enterovirus (Coxsackie), Staphylococcus Aureus, E-Coli, Aspergillus, Candidas, Pseudomonas dan pathogen-patogen lain-lain lagi dengan segera. Ia juga dapat membantu memberikan perlindungan pada si pengguna selama 10 hari hanya dengan sekali guna.

Ia bukan hanya dapat membantu membunuh kuman untuk HFMD malah untuk virus lain seperti virus selesema influenza A H1N1 juga.

Apa yang lebih menariknya lagi, Thymos Anti HFMD/Flu Spray ini di datangkan di dalam bentuk yang comel dan moden. Sizenya yang muat untuk di masukkan ke dalam poket atau beg tangan memudahkan kita untuk membawanya ke mana saja malahan cukup mudah untuk di gunakan pada bila-bila masa.



CARA MENGGUNAKANNYA
Cara nak guna tak susah. Ualls cuma perlu buka penutup dan spray je beberapa kali macam guna minyak wangi. Ualls boleh spray pada objek yang di rasakan perlu di 'lindungi' supaya tidak akan di jangkiti oleh apa-apa virus.

Sebagai contoh,...

  • sembur pada pakaian anak-anak apabila mereka ingin melangkah ke sekolah. 
  • sembur pada baby carrier dan baby walker
  • sembur pada bantal, cadar dan tilam.
  • sembur pada permainan 
  • sembur pada carseat baby di dalam kereta
  • sembur pada udara persekitaran dan lain-lain lagilah.

- bentuk yang menyerupai botol minyak wangi -


Walau botolnya bersaiz kecil namun boleh tahan lama sebabnya walau hanya dengan satu kali spray saja sudah dapat memberi perlindungan selama 10 hari. Teknologi “Self Sanitizing” (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen
dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 10 hari.

Aku ulang sekali lagi, spray sekali saja tapi boleh bertahan selama 10 hari! Jadi walau botolnya kecil tapi dapat di gunakan dalam jangka masa yang agak lama.

Aku dah mula sembur pada semua barangan anak-anak terutama kereta mainan kat bawah ni. Kereta ni boleh tampung berat hingga 70kg jadi anak-anak aku selalu bergilir naik hari-hari lepas balik sekolah. Yang paling seronok naik kereta ni adalah Awwal. Jadi demi untuk elakkan sebarang penyakit dari luar masuk ke dalam rumah dan jangkiti Awwal maka aku rasa kereta mainan ini memang wajib aku 'lindungi' dengan Thymos Anti HFMD/Flu Spray ini. 

Maklumat lanjut yang berkaitan boleh di baca secara direct melalui lamanweb utama Thymos. Panduan lengkap tentang penggunaan turut ada di pamerkan pada kotak Thymos sebagai rujukan para pengguna.


So, apa pendapat ualls tentang produk Thymos Anti HFMD/Flu Spray ni? Okay ke tidak? Kalau rasa okay dan teringin nak cuba, ualls boleh dapatkan secara terus di mana-mana cawangan farmasi GUARDIAN seluruh Malaysia yang berdekatan

Harga biasa RM75, sekarang harga pengenalan RM69.90 sahaja!





Post a Comment for "USAHA MELINDUNGI DIRI DAN KELUARGA DENGAN - THYMOS ANTI HFMD/FLU SPRAY"